PERKATAAN 'RAHSIA' CARA MUDAH MENIPU!! |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Kos Melebihi RM700 Juta ?" Mengapa perjanjian AES dengan dua syarikat Beta Tegap dan AES Solution diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi."
Nak tanya telusnya pada pandangan siapa? dan bertanggungjawap kepada siapa?
Kenapa semua perjanjian yang melibatkan " penggunaan wang rakyat" diklasifikasikan sebagai 'Rahsia"? Tidakkah rakyat berhak untuk 'mengetahui' kemana dan berapa jumlah sebenar yang terpaksa rakyat tanggung . Tidakkah kerajaan mewar-warkan bahawa Kerajaan bersikap telus dan bertanggungjawap?
Yang menjadi persoalan rakyat kenapa Kerajaan bersetuju untuk menanggung RM700 Juta untuk ;projek' ini. Adakah ini harga pasaran atau harga yang telah di'tambah' untuk kepentingan puak-puak tertentu? Benarkah angka dan barangan yang dibekalkan 'bernilai' sedemikian rupa?Tidakkah kerajaan merasakan bahawa harga ini terlalu tinggi?
Bagi mengelak rasa curiga rakyat terhadap Kerajaan terutama Kerajaan BN diharap 'Perjanjian' ini dapat diperlihatkan secara umum kepada rakyat bagi mengelak 'fitnah' atau 'dispin' olih mereka yang tidak bertanggung jawap. Rakyat tidak mahu melihat puak-puak tertentu 'melapun' wang rakyat dengan cara yang salah, kerana sebelum ini terdapat banyak salah laku dan penyelewengan 'wang rakyat' olih 'penjawat awam' dan 'kesalahan Menteri' didalam 'mentadbir kewangan' negara.
Atau adakah Kerajaan mahu melihat 'rakyat' membuat 'petition umum' terhadap perkara ini yang dirasa 'terlalu mahal"? Kalau pemilik rumah di Kuala Lumpur bolih 'menyaman' DBKL" dan mengarahkan DBKL membentangkan 'kos pengurusan dan perbelanjaan' tidak mustahil perkara yang serupa juga bolih dilakukan olih Rakyat terhadap Kerajaan berhubung AES ini. Kalau dahulu perjanjian IPP dan konsesi Lebuhraya diselindungkan dari rakyat, kini, rakyat sudah semakin celik dan bertanggung-jawap, olih itu rakyat minta Kerajaan bersikap telus dan bentangkan 'Perjanjian' tersebut untuk 'tontonan' umum,
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment