MENCURI BERDOSA MEMBUNUH LAGI BESAR DOSANYA |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Tiada kata yang dapat diucap apabila terbaca satu paparan yang dipost dalam sebuah blog yang mengatakan bahawa seorang pemuda telah dipukul didalam sebuah Mesjid sehingga menyebabkan kematian dengan alasan pemuda tersebut dituduh cuba mencuri tabung mesjid.
Mashaallah!!! kenapalah undang-undang diambil ditangan sendiri??
Benar!! Mencuri adalah perbuatan terkutuk dan dilaknat olih Allah SWT tetapi memaafkan sipelaku adalah yang termulia disisi Allah SWT.
Remaja yang masih dibelasan tahun sememang perlu diberikan tunjuk ajar olih yang tua, walaupun keadaan pada masa itu amat terdesak dan amat melukai hati jemaah yang hadir sepatutnya pemuda ini ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa dan bukan kita mengambil keputusan sendiri dengan mencederakannya.
Waima kalau kita mengukur dengan kalam Allah SWT sekalipun , kesalahan yang dilakukannya hanya layak untuk dipotong tangan dan bukan 'diambil nyawa'nya.
Apa yang berlaku ini amat menyedihkan ditambah pula kejadian ini berlaku dirumah Allah SWT, sepatutnya 'kesabaran' seseorang mengatasi 'nafsu syaitan' yang menggoda.
Kerana hilang pertimbangan dan hilang rasa belas maka yang melakukan terpaksa berhadapan dengan tuduhan 'membunuh' dan balasan untuk kanun ini adalah 'gantung sampai mati mengikut 'hukum manusia'.'.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Diikut rasa, membawa binasa. Bila membalas, membalas berlebihan / melampau, merbahayakan diri sendiri dunia Akhirat.
ReplyDelete