Monday 2 December 2013

THE PROMISED LAND ; KENAPA ANWAR 'GABRA' - BERANI KERANA BENAR!!!

APA BEZANYA ? ORANG TUDUH ANWAR DAN ANWAR TUDUH SHAFEE
                                                                  SalamunAlaykum.
Entah sampai bila perkara ini akan berlanjutan. Setiap kali ada saja alasan Anwar Ibrahim untuk 'berdalih' atau 'mengelak' untuk 'kes' nya dari diteruskan dimahkamah. Bermacam-macam alasan dan 'helah' dibuat.

Kini Anwar menuduh Shafee kerana didakwa  gagal 'melapor' salahlaku Gani Patail. Tetapi sebaliknya Anwar juga dilihat 'gagal' untuk melapor tuduhan  'salah laku' dirinya sendiri kerana dituduh terlibat dalam kes' porno'. Kenapa tak repot dan buat laporan.

Olih itu apa bezanya diantara tuduhan Anwar terhadap Shafee dan tuduhan masyarakat terhadap Anwar?

Gagal lapor salah laku Gani, Anwar sifatkan tindakan Shafee jenayah serius]

Kegagalan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan salah laku membabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes Pulau Batu Putih disifatkan sebagai satu jenayah serius oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, katanya, satu usaha akan dilakukan bagi membuka semula kes untuk menggugurkan Shafee sebagai pendakwa dalam kes rayuan Liwat II.
"Pihak kita bersama barisan peguam termasuk Karpal Singh akan menyegerakan tuntutan menggugurkan Shafee di Mahkamah Persekutuan.

"Mana kredibiliti beliau? Walhal Shafee banyak menyimpan rahsia tentang akaun Peguam Negara di Hong Kong dan jadi pendakwa dalam kes rayuan saya di Mahkamah Rayuan," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini. – 2 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment