LANGIT BN BAKAL MERUDUM DAN UMNO DALAM KEPANASAN |
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ingatkan paneh sampai kepetang rupanya hujan juga ditengahari.Ingatkan payung yang diberikan untuk menghindar dari dibasahi hujan rupanya lubang yang digali yang menjerumuskan seluruh badan.
Begitulah perumpamaan yang selayaknya diberikan kepada Najib dan seluruh Kabinetnya yang beriya-iya berjanji kepada rakyat bahawa 'kesejahteraan rakyat' adalah keutamaan dalam perjuangan mereka. Walaupun Najib mengenggam 'jawatan' Presiden UMNO melalui 'jalan songsang' namun kebebalan keseluruhan warga tertinggi 'kepimpinan' UMNO terserlah dengan kebodohan masing-masing. Ibarat kata pepatah Melayu ' telunjuk lurus kelingking berkait'atau ibarat 'haruan makan anak atau harapkan pagar tetapi pagar makan padi'.
Semenjak Najib mengepalai Kabinet 'bingai'nya, bermacam-macam ungkapan 'menjaring rakyat' dibuat semata-mata untuk 'memenangi undi' .Benar, Barisan Nasional menang tetapi pada hakikatnya majoriti rakyat 'menolak' BN kalau dikira dari sudut undi tetapi semua itu sedikitpun tidak menjadi kudis kepada 'gerombolan' BN pimpinan Najib untuk terus' berasa gah' dengan memperbodohkan 'rakyat'. Sebenarnya Najib memerintah adalah diatas kapisiti 'minoriti' saja dan tidak lebih dari itu.
Yang paling membodohkan rakyat ialah, ketidak upayaan' pembangkang' samaada PKR ke, PAS ke, DAP ke untuk terus 'bersuara lantang' diatas 'salah laku pentadbiran' Kerajaan yang menyusahkan rakyat . Kegagalan pembangkang yang diketuai olih Anwar dan gerombolannya semakin terserlah.Apa yang sebenar diperjuangkan olih pembangkang hanya sampah belaka. Tiada satu yang bermenafaat kepada rakyat terutama mereka-mereka yang 'menyokong' perjuangan Anwar dan teamnya.
Begitu juga dengan kepimpinan Najib dan BNnya. Semenjak BN memenangi undi minoriti untuk menerajui negara ini, berbagai onar dilakukan terhadap rakyat. Kalau sebelum PRU rakyatlah yang dipuja sebagai raja tetapi apabila 'kuasa' sudah ditangan 'rakyat' adalah 'hamba'nya untuk diperah 'poketnya' untuk menampung segala beban hutang yang 'bertimbun' dan menggunung. Namun salahlaku mereka dengan 'membelanjakan' 'wang negara' secara sesuka hati , macam 'duit mak bapak diorang' telah mengakibatkan 'ekonomi' negara berada diparas yang membimbangkan Bagi menampung 'kebangangan' dan salah urus tabir kewangan, kini, semua subsiidi dikurangkan dan untuk mengimbangi 'defisit' tersebut, kini rakyat dipaksa untuk 'menerima' apa saja kenaikan yang difikirkan 'wajib' dikenakan kepada rakyat olih Najib dan gerombolannya
Memburukkan lagi keadaan kewangan, Najib dalam tempoh tidak sampai 5 tahun semenjak mengambil alih dari Pak Lah telah membelanjakan 7 billion ringgit, semata-mata untuk membayar 'kon setan'. Atas kapasiti apa 'kon setan' ini diberikan begitu banyak bayaran tidak pula dibentang secara terangan di parlimen. Dengan berbagai-bagai salah laku pentadbiran kerajaan pimpinan Najib dan 'gerombolan'nya, tiada satu 'penjelasan' dibuat secara 'detail'.
Tetapi yang memeritkan lagi, dengan 'keputusan Najib dan gerombolannya yang dengan 'senang hati' menaikkan lagi 'tariff elektrik' bermula 2014, membuatkan 'rakyat' lagi membenci dan menyampah dengan kerajaan BN. Orang Melayu beranggapan dengan mengekalkan 'kuasa mereka' pada PRU 13 maka, nasib dan ekonomi orang Melayu akan terbela tetapi ternyata apa yang diharapkan olih rakyat adalah sebaliknya.
Najib jangan ingat rakyat akan berpeluk tubuh dengan apa yang dilakukan olih Kerajaannya,. Apa yang telah dilakukan olih kabinet Najib akan mengundang 'bala' yang lebih besar untuk dia dihadapi dalam masa terdekat ini. Kini pembangkang pasti akan 'mengambil' kesempatan ' untuk bersimpati dengan nasib rakyat. Kalau dahulu kerajaan Najib berhadapan dengan 'Bersih' kini Kerajaan perlu menghadapi 'badai' yang lebih besar lagi. Kalau dahulu rakyat tidak bersimpati dengan Bersih tetapi kali ini rakyat 'yang makan hati' akan merubah 'langskap' politik yang ada kini. Olih itu diharap 'bersedia'lah dengan 'pengunduran' secara hina' yang akan dilakukan olih rakyat terhadap Kerajaan Najib dan Gerombolannya.
Kalau dahulu rakyat amat 'rasional' didalam tindakan tetapi kini tidak lagi, kerana 'kekangan ekonomi" yang dirasai olih setiap rakyat terutama yang berada dibandar yang merasakan 'semua; serba mahal' akan mula hilang pertimbangan.
Nasib BN dan UMNO tidak akan sampai ke PRU14.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment