OTAK IDRIS JALA DAN OMAR ONG TETAP DIATAS NAJIB BERBANDING .'OTAK UDANG' DIKALANGAN AHLI UMNO |
Apa yang hendak diharapkan lagi olih orang Melayu kepada parti cap UMNO ini apabila Najib tetap 'mendahulukan' Idris Jala dan Omar Ong didalam 'membentuk' Barisan Nasional mengikut 'acuan' mereka. Ditambah merosakkan lagi , masa hadapan negara ini disandarkan sepenuhnya kepada dua watak ini untuk mengolah apa yang dirasakan baik untuk masa hadapan 'politik' Najib dan 'ibu segala ibu kepada wanita UMNO' iaitu Rosmah. Tanpa menghiraukan 'keluh kesah' rakyat yang tersepit dengan segala macam kenaikan kos sara hidup, Najib dan 'punasihatnya' tetap 'menuba' kehidupan rakyat agar sentiasa 'hidup' dalam serba 'kekurangan' agar 'mudah dicucuk hidung..
Berbangga dengan keahlian melebihi 3.5 juta ahli berbanding dengan rakyat Malaysia yang berjumlah 27 juta, UMNO cuba menobatkan bahawa mereka adalah parti pembela rakyat dan parti pilihan rakyat berbanding parti lain yang pada hakikatnya adalah 'kata-kata' untuk" menyedapkan hati" pengikut setia mereka yang saja.
Berbalik kepada topik utama iaitu Idris Jala dan Omar Ong, dua watak ini sebenarnya merupakan 'malapetaka" kepada negara yang pada hakikatnya tidak disedari olih 'pendukong UMNO". Dengan perlantikan dua watak ini secara 'jalan belakang' olih Najib dalam 'saf pemikir'nya ,sekali gus 'meletakkan' 'ahli UMNO' yang dikata 'brilliant' atau 'pandai' ditempatkan ditahap yang paling 'bangang' dalam sejarah orang Melayu..
Berbagai-bagai 'perancangan' telah dibuat olih dua watak ini yang didakwa Najib 'menguntungkan' negara tetapi pada hakikatnya 'kemeruduman' serta ' perbelanjaan' melebihi keperluan telah dibelanjakan dan mengakibatkan situasi ekonomi negara semakin terancam dan kini berada dibawah paras 'membimbangkan'. Dengan cadangan 'transformasi' yang didendangkan olih 'badut'nya iaitu Najib, kini, bala petaka' sudah mula dirasai olih negara dan rakyat.
Untuk 'menutup kemaluan'nya yang tersalah arah itu, kini, segala beban hutang yang dibuat olih Najib dan konco-konco dipindahkan kepoket rakyat untuk ditanggung. Tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa bertanggung jawap keatas apa yang dinyanyikan iaitu "rakyat didahulukan" telah diterjemahkan' secara nyata olih Najib sendiri dengan 'memaksa'rakyat' untuk bertanggung jawap' diatas 'keborosanya.' dengan alasan untuk 'mengekang negara' dari 'bengkrap".
Berbagai kenaikan telah berlaku dan akan berlaku namun semua penganut 'taksub' UMNO tetap 'menutup mulut' . Kebodohan serta kebangangan yang ditunjukkan olih panganut UMNO semakin terserlah apabila Najib yang dilihat tidak memperdulikan nasib rakyat masih dikata 'hero' atau 'pejuang' . Sememangnya mereka-mereka ini telah 'buta hati dan buta mata' kerana tidak memahami 'keluhan' dan 'rintihan' rakyat.
Cuma tadi kedengaran 'suara' Khairi Jamaluddin mempertikaian kewajaran 'tarif' eletrik dinaikkan, itupun kata-katanya dilihat 'berlapik' , tidak 'bersemangat', mungkin takut untuk menguris hati Presidennya kerana dengan "kuasa veto" Presidennya serta 'kehormatan' kepada individu bernama Idris Jala dan Omar Ong.
Begitulah tingginya nilai Idris Jala dan Omar Ong dimata Najib. Kini bolihlah disimpulkan bahawa kedudukan yang paling tinggi dalam UMNO ialah Idris Jala dan Omar Ong iaitu 'pemikir segala pemikir' bertahap 'Grand" yang mana tiada seorangpun ahli-ahli UMNO yang setaraf dengan mereka waima 'Najib' sendiri.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment