BETUL KE MELAYU MAHU DIJADIKAN BANGSA MALAYSIA? ADAKAH MELAYU TIDAK MAHU JADI MELAYU? |
Adakah ini kehebatan pemimpin?
Apabila Najib merampas kedudukan Presiden UMNO dari Pak Lah maka bermulalah satu era 'kegemparan' yang dilbuat olih Najib. Samaada 'isu' ini telah dibincangkan dengan pemimpin Melayu lain atau Pemimpin tertinggi UMNO yang kanan tidaklah pasti akan hakikatnya.
Kalau Pak Lah 'menghadari' Islam mengikut fahamannya berbeza dengan Najib pula ,beliau "mengilhamkan' 1 Malaysia" untuk dijadikan 'ajenda'nya Atas alasan apa Najib ingin 'menyamaratakan' semua bangsa dinegara ini untuk di'brand' kan atas nama 1 Malaysia , hanya beliau saja yang tahu sebabnya dan kemungkinan perkara ini tidak diperbincangkan dengan pemimpin UMNO yang lain mungkin 'benar'.
Berpuluh tahun rakyat negara ini hidup atas dasar 'berbangsa' dan mengikut keturunan masing-masing namun apabila Najib mengetuai Kerajaan, beliau dengan sesuka hati ingin menukar status yang 'tersalut' dalam diri bangsa lain-lain. Kemungkinan berkiblatkan kepada 'demokrasi' ala Barat atau kemungkinan berpaksikan kepada pemikiran rakyat Amerika , maka, 'penyama rataan bangsa' diperkenalkan dinegara ini olih Najib. Kalau disemak didalam Perlembagaan tiada pula istilah 'Bangsa Malaysia' yang ada cuma 'bangsa-bangsa lain" yang dikenali sebagai 'keturunan Cina' dan ''keturunan India' serta 'kaum peribumi' untuk merujuk kepada 'rakyat'.
Tidakkah secara lojiknya Najib sendiri telah 'mengenepikan' Perlembagaan Negara yang dijunjung rakyat? Tidakkah perkara ini termaktub didalam Perlembagaan dan telah disahkan olih semua termasuk Raja-Raja Melayu? Olih itu, pencabulan Perlembagaan ini dilakukan olih Najib secara samborono tanpa persetujuan rakyat majoriti iaitu Melayu? Atau sememangnya Najib berdiri lebih tinggi dari Perlembagaan Negara untuk beliau melakukan sesuka hatinya apabila ingin 'menyahkan' status yang terkandung ini?
Olih itu apabila Najib menwar-warkan bahawa Kerajaannya ingin mengenalkan bangsa Malaysia atau 1 Malaysia, sepatutnya Perlembagaan negara adalah rujukan beliau dan bukan sebaliknya? Kini apa yang dilakukan atau diperkenalkan Najib telah menjadi satu 'ancaman' kepada Melayu dan Perlembagaan Negara. Kini kaum Cina dan India telah mula bersorak kegembiraan apabila UMNO" telah membuka 'laluan , ini melalui 'slogan 1 Malaysia' Najib..
Dengan berpaksikan kepada slogan 1 Malaysia, kini, kaum ini mula mencucuk dan mengatur dan mendesak bermacam-macam perkara sehinggakan 'hak bumiputra dan Melayu' dan kedudukan istemewa Raja Raja Melayu pun ingin di'nyahkan'. Salah siapakah ini? Adakah salah rakyat yang berbangsa Melayu atau 'kebodohon' Pemimpin Melayu itu sendiri?yang sengaja ingin 'memberi' keistemewaan kepada mereka agar mereka setaraf dengan kedudukan bangsa Melayu.dinegara ini.?
Inilah yang dikatakan 'bodoh tak bertempat' dan 'pandai tak bolih diajar', apabila 'hak sendiri' yang dimiliki dari nenek moyang ingin diberikan secara percuma kepada 'pendatang'.
Kini terpulanglah kepada Melayu samaada ingin terus menerima momokan Najib iaitu 1 Malaysia yang akan 'menyahkan' bangsa Melayu di bumi ini atau 'menggantikan Najib dengan calon yang lain yang dikira dapat 'mempertahankan' maruah Bangsa, semuanya terpulang kepada Melayu senndiri untuk menentukankanya.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment