Wednesday 12 February 2014

THE PROMISED LAND : ANUTAN ISLAM DI PENGHUJUNG

SALAH KERANA MENGIKUT ATAU TERSALAH IKUT
TERKESIMA DAN YAKIN DENGAN 'KEHEBATAN' SESEORANG
KENAPA TIDAK SENDIRI  MENCUBA??

Mendengar kata orang tanpa diri sendiri 'menggali' 

                              Terjumpakah 'jalan'?


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Tanpa melalui sendiri akan 'keagungan' ilmu Allah SWT yang diberikan kelebihan pada setiap 'jiwa yang terpileh', manakan sama tarafnya dengan jiwa yang 'bukan' pilihan. Walaupun ramai manusia mencuba 'menawarkan diri' untuk 'bersekedudukan dengan Yang Maha Esa' yang hanya berusaha 'mentelaah atau menghafal' tanpa berusaha untuk 'mentarbiahkan' diri sendiri untuk lebih 'rendah tarafnya' dari seorang 'hamba' manakan mungkin seseorang itu akan mendapat 'ilmu' lebih besar dari Allah SWT sebagai 'ganjaran'.

Apa yang dipertontonkan kepada jemaah Islam ketika ini hanyalah 'gambaran-gambaran' yang 'kabur' yang disangka 'terang' olih kebanyakan 'pemujiNya tanpa 'mengetahui ' susun atur' atau 'adap' yang sebenar mengikut tuntutan Al Quran. Walaupun seribu kali 'khatam' yang didakwa berjaya dilakukan namun 'keistemewaan' setiap yang melengkapkan tidak akan sama tarafnya. Hanya 'ganjaran' saja yang pasti akan dinikmatai seperti yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap 'pelakunya'.

Walaupun Islam berakarkan dari Mekah dan dihijrahkan ke Madinah lebih seribu empat ratus tahun dahulu namun  pengembangan ajarannya tidak terhenti malahan berkembang biak diserata benua yang tanpa sempadan ini. Dari sekaya-kaya manusia hinggalah kesemiskin-miskin manusia semuanya terkesan dengan Islam samada secara langsung mahupun tidak langsung dan begitulah 'Islam' yang diwarisi sehingga kini

Dunia Arab yang suatu ketika dahulu dipandang tinggi olih masyarakat Islam didunia , kini, maruah mereka sedang dilumpurkan dan dihina  sehina-hinanya bukan saja dari bangsa mereka sendiri tetapi juga  dari musuh Islam juga . Kalau dahulu 'budaya Arab' disanjung-sanjung namun kini semuanya 'hancur' berkecai malahan salah laku dan ketidakupayaan bangsa itu 'bersatu' dibawah 'panji-panji Islam' juga 'terbongkar. Sifat pentingkan diri serta 'melebihkan' puak sendiri dilihat semakin menjadi-jadi. Benteng 'agama' yang disandarkan dalam kehidupan seharian hanya tinggal sebagai 'pelengkap saja.

Begitulah nasib yang menimpa bangsa Arab yang ditinggalkan olih Junjungan Nabi Muhammad s.a.w lebih 1400 tahun dahulu. Dengan kemewahan yang melimpah ruah yang dijanjikan Allah SWT terhadap benua ini, tetapi pada akhirnya tanah ini menjadi 'tempat sembelihan' manusia yang tidak berdosa pula akibat kerakusan manusia didalam 'mengunpul kekayaan serta harta' tanpa berfikir. Rezeki yang dilimpahkan ibarat 'hujan' dari langit gagal dizakatkan kepada fakir miskin dibumi Islam. Sifat menunjuk-nunjuk serta 'boros' dalam perbelanjaan kehidupan menjadi 'trend' umat Arab . Kini kesengsaraan sudah mula menjenguk dimuka pintu mereka. Rakan yang disangka akan 'menangis bersama' rupa-rupanya adalah 'musuh dalam selimut' . Begitulah nasibnya bumi yang 'seronok' bersengkokol dengan dunia Barat.

Sifat rendah diri dan bersyukur yang disunnahkan Rasullulah s.a.w tidak dipraktikkan lagi. Kejahilan mula 'membaluti' bangsa ini. Islam yang ditinggalkan Rasullulah s.a.w dibumi Arab semakin hari semakin jauh dari Islam yang dibawa olih Baginda Rasullulah s.a.w. Olih sebab itu didalam 'Hadith Hadith' yang didakwa dilafaskan olih Rasullulah s.a.w banyak merujuk kepada 'kehancuran' terhadap bangsa ini'. Kematian dan pembunuhan serta meninggalkan sunnah juga di'gambarkan' terhadap Bangsa ini

Penularan ketidakpatuhan terhadap Sunnah dan Al Quran telah tersebar. Bukan saja dibumi Arab malah dimana saja  Islam 'berkembang'  maku disitulah juga gejala memburukan 'wajah' umat Islam akan berlaku. Ada yang disebabkan olih umat Islam itu sendiri dan ada juga dari campurtangan musuh Islam namun pada hakikatnya umat Islam telah 'terbabas jauh' dari ajaran Islam yang sebenar seperti yang 'sunnah'kan olih Baginda s.a.w. Pelajaran 'sebenar' tidak dikembangkan tetapi 'rekaan dan sangkaan' diutamakan. Itulah yang terjadi akhir-akhir ini. Masaalah ini bukan baru malahan telah berakar umbi dan menunggu masa untuk membelit 'iman' umat Islam.

Berbagai bagai kepercayaan yang bukan 'hak' dijadikan keutamaan samaada dari cendekiawan Islam, yang mengaku Ulama atau 'Pembesar-Pembesar Islam mahupun pertubuhan yang mengaku Islam mahupun negara yang mengaku Islam tetapi didalam masa yang sama 'ketinggian' Islam tidak diterjemahkan dalam diri . Yang diterjemahkan hanyalah 'pakaian-pakaian' , makanan-makanan, ulangan-ulangan kata-kata hadith, kubah-kubah dan Mesjid yang tinggi yang berbillion harganya tetapi syiar Islam yang sebenarnya yang dikatakan 'berserdahana' didalam semua aspek kehidupan tidak diutamakan.

Kesepakatan atau bersatu yang dibawakan olih Baginda Rasullulah s.a.w tidak diikuti. Walaupun berkiblatkan kearah yang satu, bersahadah yang sama serta mengakui dan beriman dengan Tuhan yang Satu juga dilihat gagal untuk 'sepakat'kenapa? Atau adakah ajaran yang dibawa olih baginda Rasullulah s.a.w tidak benar? Atau kerana umat Islam sudah 'terlajak jauh' dari ajaran Rasulluah s.a.w.

Sekiranya ramai umat Islam meyakini bahawa kedatangan Imam Mahadi  atau pun turunnya Nabi Isa a.s.adalah untuk 'membetulkan' agama Islam yang telah tersasar jauh dari kebenaran ini, maka, kenapa umat Islam masih lagi melakukan 'kesalahan' dan tidak cuba 'memperbetulkan''? Tidakkah manusia sedar bahawa 'setiap jiwa' yang mengaku Islam dan mengikut Al Quran, tidak akan tersesat? Bukankah itu janji Allah SWT kepada mereka yang 'beriman' denganNya?

Kenapa tidak menjurus saja kepada Al Quran dan Sunnah. Kenapa perlu 'melakukan' atau 'mempraktikkan' sekiranya telah mengetahui bahawa apa yang dipelajari ini semuanya 'terkhilaf' Kenapa tidak digali 'Al Quran' itu? Sifat ketidakpedulian terhadap saranan didalam Al Quran menjadikan manusia semakin jauh dan tersasar dari kebenaran ';ajaran' Nabi Muhammad s.a.w Apa yang terjadi kini, umat Islam hanya suka 'mengikut'. Bagi mereka 'pengikut' atau 'mengikut;' adalah selamat bagi mereka. Berfikir dengan akal yang diberikan Allah SWT tidak digunakan tetapi akal yang diberikan disalah gunakan untuk tujuan 'menyongsang'

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Golongan yg sebenar benarnya dan pasti selamat adalah org org yg bertaqwa. Tadabburkan Al Quran, apakah kita sudah mencapai derjat taqwa dgn segala ciri ciri taqwa itu.
    Org bertaqwa menjadikan Al Quran sbg panduan hidupnya sbgmn yg dicontohkan oleh sebaik baik contoh, junjungan kita Rasullullah saw.
    Org bertaqwa adalah yg mencapai derjat ihsan dlm Hadis Umar r.a. yg sentiasa merasa Allah swt sentiasa mengawasinya (rujuk juga 3:134&135, 23:57, 67:12) serta sentiasa berusaha utk mendpt redhaNya dan menjauhi kemurkaanNya.
    Masih adakah org org sebegina sekarang ini ? Berusahalah bersungguh sungguh mudah mudahan kita menjadi seorg drnya.

    ReplyDelete