Thursday 11 August 2016

THE PROMISED LAND : PAGAR KANDANG LEMBU DAH TERLERAI

Bismillahhirrahmannirrahim.

   TUKAR JANGAN TAK TUKAR

BERSATU adalah singkatan namanya,macam orang dulu dulu jugalah keadahnya. Namun agaknyalah, itulah nama yang dikira boleh mengerun mahupun mengusarkan ahli ahli UMNO sediaada terutama terhadap pemimpin pemimpin kanan UMNO masakini.

Walaupun pertubuhan itu baru saja mengemukakan permohonan pendaftaranya dan permohonanya pun belum diluluskan ataupun disahkan, namun "bahang kepanasan" nya mula dirasai oleh Menteri menteri UMNO, dan tanpa berselindung serta dengan tak tahu malu, mula memperlekehkan usaha mereka mereka yang dinafikan hak oleh parti mereka terdahulu.

Bukankah Pemimpin UMNO sendiri yang mengenepikan mereka kerana mereka ini tidak mahu bersengkokol dengan Pemimpin yang pembohong serta pemimpin yang sedang meruntuhkan UMNO.

Patutkah  mereka mendiamkan diri saja dan membiarkan pucuk pimpinan menjahanamkan parti?

Setelah bermacam macam tohmahan dan hinaan yang telah dilemparkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri serta rakan seperjuangan dalam UMNO dahulu oleh Pembodek Pembodek atau sekutu yang menghalalkan kemungkaran Presiden mereka, kini, tiba giliran bekas bekas Pemimpin Pemimpin UMNO pula meleraikan pagar pagar berduri UMNO pula.

Nampaknya pagar pagar UMNO dah mula terlerai dan seekor demi seekor lembu belaan UMNO mula meninggalkan ladang. Dan sekarang ni Tuan Kebun dah mula gabra kerana kawanan lembu dah mula hilang sedikit demi sedikit samaada lari ataupun dah kena curi.

Kawanan lembu lembu ini sebenarnya dah muak makan dedak dan kini mereka sudah mula mencari makanan asli iaitu rumput dan lembu lembu ini dah mula mencari padang ragut baru yang penuh dengan rumput yang menghijau.

Begitulah perumpamaanya.

Oleh itu disarankan agar pemimpin UMNO berhenti melatah atau meremehkan Pertubuhan baru ini. Cukup cukuplah, bersihkanlah jamban sendiri dan jangan pedulikan hal rumah orang.

Atau pun pemimpinUMNO dan mula ketakutan untuk disumbatkan ke Sungai Buluh?

Kini Melayu yang bencikan UMNO kerana Presidennya, bolehlah berhijrah .

               Cahaya Al Majid





7 comments:

  1. Tunggu PRU 14..tak perlu promo persepsi...tengok siapa yang ditulis di Loh Mahfuz menang..

    ReplyDelete
  2. hahahahhahah.....YES...PRU 14 akan melihat ramai akan berubah arah. Semua hanya menunggu sahaja. Of course akan mengundi Parti pimpinan TSMY

    ReplyDelete
  3. Undilah yg mana suka..dalam memilih ugama pon tiada paksaan inikan pulamengundi parti..tapi undi tu kan rahsia..kenapa bagi tahu..kurang cherdik

    ReplyDelete
  4. Saya nak sangat tengok Najib dan kumpulannya akan di penjarakan selepas kalah dalam pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tak sempat tengok malaysia official 1 masuk penjara bamboo river, kerana masa undi di dah fly tunggu keputusan pru 14 di kazakstan,kalau menang ,dia fly balik terhegeh hegeh dengan muka merah berucap sampai menjerit jerit macam prk sungai besar dan kk.

      Delete
  5. Ramai yang menanti kelulusan Parti Bersatu. Saya dan keluarga telah lama menanti.
    Sudah di beritahu, di nasihati, namun angkuh dan sombong.....lagi takaburr....maka ini lah natijahnya.

    Parti Bersatu di tubuhkan....adakah ini yang TSMY mahukan....rasa nya tidak. Dia telah kata...Saya totok denagn UMNO. Akhirnya setelah di malukan dengan perlucutan jawatan TPM, di pecat pula dari UMNO.....Salah siapa.....TSMY? hehehehehe

    Pantun Johor 1,
    JANGAN DI JOLOK SARANG TEBUAN,
    DI SENGAT TEBUAN MEMBAWA MAUT,
    JANGAN MENDUGA SEBARANGAN,
    NANTI LARI TERKENTUT KENTUT.....HEHEHEHE

    ReplyDelete
  6. pagar kandang lombu kayu gotah maseh kuat telah roboh disondol babi hutan
    pagar keselamatan baru diganti dgn konkrit besi sangkanya gerenti kuat tahan
    bangkit saekor Aldebaran hogeh2 tiang terlondeh tak lari tombang timpa badan

    pertama & his gangs siap program cabot lari keAustralia angkut segala kekayaan
    kedua terlobeh makan berat badan entahkan keras dulu tak sompet keKazakstan
    ketahui olehmu wahai Melayu dolat bumi MIM jangan berani buat sembarangan

    bangkit Melayu Dajjal alahai SiTuhak tak melawan rupanya terjolok sarang tebuan
    biadab melawan jadi Melayu durhaka tulah Mahdi Zulqarnaen murka binasa badan
    keramah ArRahman telah dikhianati bakal bangkit keramah AlMajid perintis jalan..

    allahu'alam... prk dikk bn monang janji bantuan duit Risda kah3... jangan dilupakan

    ReplyDelete