Tuesday 9 August 2016

THE PROMISED LAND: MENAFI PERLU ADA BUKTI DAN FAKTA

Bismillahhirrahmannirrahim.

          KETERLIBATAN

1MDB DAN NAJIB MENAFIKAN


*1MDB menafikan bahawa dana mereka hilang atau dicuri.
*Najib menafikan bahawa beliau terlibat dalam skandal penyaluran Dana 1MDB dalam skandal "pengubahan wang haram".
seperti yang didakwa oleh Department of Justice, Amerika.

Yang menjadi persoalan :-

Bagaimana dana berbillion USD yang berpunca dari 1MDB berakhir keakaun syarikat milik Jho Low n The Gang?

Kenapa semua transaction dan money trail yang dituduh berpunca dari 1MDB dipapar dan dibuktikan oleh DoJ tidak disanggah oleh Najib ataupun Kerajaan?

Kenapa kerajaan Najib tidak membuat bantahan resmi terhadap tuduhan yang dilempar DoJ tentang USD681 juta dari Tanore Finance yang masuk keakaun beliau .?
Kenapa tak sanggah tuduhan itu dengan bukti?

Jangan sekadar nafi saja..tunjukkan lah fakta atau bukti bahawa dana 1MDB tidak "terkredit" atau tersalah hantar keakaun Jho Low atau kroni Najib seperti yang didakwa DoJ.

Jangan nanti Jho Low and the Gang memberi alasan yang sama seperti jawapan Najib pula.(tidak mengetahui akan kemasukkan dana keakaun sendiri atau tetiba ada banyak duit, bolih belanja sakan ikut suka hati).

Ashik ashik mengaku diri tidak terlibat tetapi bukti tak pernah dikeluarkan.
Tak kan cukup dengan nafi air liur je.

              Cahaya Al Majid




1 comment:

  1. senang aje....yang menuduh, mesti membawa bukti. yang tertuduh, tak perlu membawa bukti sebab yang menuduhlah yang perlu bertanggung jawab atas tuduhan yang di buat.

    perkara ini semua, harus di bentangkan di hadapan hakim dan peguam masing masing di dalam satu dewan yang orang ramai boleh hadir.

    maknanya, kita kena tunggu pendakwaan di mahkamah. Buat masa sekarang, it is a waiting game, albeit an expensive waiting game for Malaysia, Malaysian and isteri Rosmah (yes aku perli Najib)

    ReplyDelete