PAS MASIH TAK SEDAR BAHAWA SELAYAKNYA PAS HANYA ALAS KAKI BAGI ANWAR!!! |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sudah sepakat, sudah sehati, sudah sejiwa ibarat cubit peha kiri peha kanan terasa. Begitulah yang diertikan oleh PAS terhadap hubungan baik dan akrabnya kedudukan pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim yang dirasakan amat dekat sekali dihati. Manis mulut, janji manis, berpegang pada janji itulah yang dipegang atau dianuti oleh pemimpin PAS.
Walaupun dikala Islam di'cerca dan dicaci olih bukan Melayu terutama Cina DAP terhadap 'pegangan orang Melayu' iaitu Islam, namun, PAS tetap merelakan kerana bagi PAS 'janji tetap janji' walaupun Islam 'terpaksa dikorbankan' demi kelangsungan Pakatan yang dibina. Bujur lalu melintang patah' itulah pegangan PAS.
Sekiranya terdapat jua suara-suara sumbang dalam PAS yang ;mengingkari' ketentuan kepimpinan PAS , namun, 'suara sumbang' itu dimatikan begitu saja tanpa diberikan 'keutamaan' untuk 'dibincangkan. Begitulah nasib penganut penganut PAS yang tidak sealiran dengan pucuk kepimpinan.
Rela tanpa reda itulah ketentuan yang terpaksa dilalui olih kelompok ini. Berpandukan kepada suara dari 'Majlis Syuara' semua keputusan tidak bolih dipertikai.
Menghalalkan perhubungan yang bukan 'bukan perhubungan sebenar' ,kini, suara anak Nik Aziz mula 'berkotak' bagai ayam dicabut ekor. Bertindak diatas ketidak puasan hati terhadap 'keputusan' yang Anwar Ibrahim putuskan 'sendirian' yang tanpa merujuk kepada 'rakan kongi kuasanya' iaitu PAS ( yang mempunyai kelebihan kerusi berbanding PKR), dikata amat kecewa apabila dikata 'tidak dibawa berunding' untuk 'kes 'DUN Kajang'.
NIK MOHAMAD ABDUH berpendapat idea-idea besar (strategi) PKR yang digunapakai ke atas PR dewasa ini agak pelik dan perlukan pencerahan.
Justeru penjelasan teliti dan terperinci penting bagi memberikan gambaran sebenar untuk menangkis persepsi berkenaan dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalah erti, katanya yang juga Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Kelantan.
Beliau berpendapat kes seperti di Kajang dan Konsensus Nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat PR.
“Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit.
Nampaknya tindakan Anwar Ibrahim yang selalu 'mengencing' kawan terutama PAS masih lagi tidak dapat dihidu olih PAS. PAS kena akur bahawa Anwar 'tidak' memandang tinggi kepada kepimpinan PAS cuma PAS berasa 'tinggi diri' apabila 'berimamkan' Anwar Ibrahim. Nak buat macam mana, pemimpin PAS hanya layak sebagai 'alas kaki' Anwar Ibrahim saja, itu pun masih tak sedar diri?
Kopiah dan jubah saja yang berwarna putih tetapi hati tetap hitam
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Islam dihina, dicela diam tertunduk, Tuhan disyirikkan pun boleh disokong, tp bila pimpinan mrk disentuh sedikit sahaja, marah melenting.
ReplyDelete