Sunday, 30 March 2014

THE PROMISED LAND : INSIDEN MH 370 B777-200 : MALAYSIA DISEHALAKAN :

HANYA 'POLITIK MAHATHIR' YANG BOLIH
MERUNGKAI 'PERMASAALAH'
MALAYSIA.
                          satu cara menutup langkah pembangkang & permainan 'tangan ghaib' luar
                                  letakkan  Tun Dr Mahathir ditempat yang setara dengan beliau,
                                                                         'Inshaallah'
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Jangkahayat 'ping' yang dikata bolih mengeluarkan 'isyarat' tentang 'kedudukan sesebuah' pesawat yang hilang bakal berakhir minggu depan. Samaada benar atau sebaliknya 'ping' tersebut sememangnya 'terlekat' didalam pesawat atau pun tidak , tiada satupun ajensi dinegara kita yang bolih 'mengesahan'kannya. Segala  'penyataan' tentang keberadaan 'pinger' tersebut hanya dibuat olih Boeing serta 'rakan sepakat' mereka ia itu Immarsat ataupun sekutu mereka  yang sewaktu dengannya.

Apa yang ingin saya utarakan disini bukanlah berkenaan 'ping' tersebut tetapi keadaan dan hala tuju pemimpin negara kita yang "ter'pinga'-pinga'  dalam menghadapi situasi 'cemas'  yang silih berganti ini.

Saya tidak menyalahkan Kerajaan didalam 'insiden' ini tetapi merasakan Perdana Menteri tidak berkeupayaan untuk menangani situasi yang serba mencabar ini. Kelemahan serta kelembikan Najib Razak dilihat amat ketara didalam menangkis segala 'tuduhan' yang dibuat terhadap Malaysia Najib seolah-olah hilang arah dan seakan hilang 'pedoman' didalam menangani situasi tegang ini.

Diera Najib Razak ini terlalu banyak insiden yang menjengkelkan terjadi . Bermacam-macam malapetaka yang mencalar imej dan keupayaan Malaysia terserlah. Tidak tahu nak pertimbang macamman, samaada Najib Razak ini membawa bala atau sebaliknya tidak pula dapat diperjelaskan. Mula imej Najib tercalar kerana dikata 'terbabit' dengan kes pembunuhan  Alayuntya. Seluruh dunia menghala kepada beliau. Kemudian timbul pula insiden Lahad Datu, begitu juga semuanya menghala kearah Najib apabila beliau dikata lambat bertindak sehinggakan 'penceroboh' dibenarpula untuk membuat 'negotiation' dan menyebabkan beberapa 'pahlawan' negara gugur.

 Tidak cukup dengan itu , kewangan kita pula didapati 'menghadapi' kekangan kerana dikata kerajaan Najib 'boros' berbelanja yang menyebabkan 'subsidi' untuk rakyat mula dipotong. Tidak cukup dengan itu 'gerombolan' pembangkang membalun Kerajaan kiri dan kanan, menyebabkan Kerajaan agak tertekan. Beransur dari itu 'Najib' dimalukanpula dengan 'isu kangkung' yang mana implikasinya 'terpalit' keatas muka beliau dan gagal dibentes olih Najib sendiri. Yang terbaru dan terkini isu MH370 pula menjengah negara yang sehingga kini gagal ditemui. Semua ini nampaknya berturutan dan mencemaskan rakyat dan negara.

Apa yang saya rasa ialah  'badi' telah terpalit keatas diri  Najib. Tidak tahu kenapa mungkin Najib sendiri tahu akan jawapannya. Bukan hendak menyalahkan beliau tetapi mungkin Najib Razak ini tidak 'layak' untuk jawatan tersebut kerana dari apa yang saya diperhati , semenjak Najib memegang tampuk pemerintahan, bermacam-macam malapetaka melanda  dinegara ini.

Selalunya bila seseorang Perdana Menteri  yang berwibawa' dan 'beriman'  mengambil alih  kepimpinan dari orang  yang terdahulu selalunya negara kita  tidak banyak 'menerima 'dugaan' ' secara langsung samaada dari segi kewangan, agama serta 'ketidaktentuan politik'.   Isu besar, selalunya berjaya diselesaikan tetapi semenjak Najib memegang tampuk pemerintahan 'berbagai' ranjau dan duri 'menusuk' bumi Malaysia sileh berganti kenapa??

Mungkin 'nasib baik' yang dikata selalu memayungi Najib Razak telah berakhir agaknya. Kalau dahulu beliau mendapat kedudukan politik melalui 'pemergian' ayahandanya telah 'menerangkan' bintang perjalanan hidupnya tetapi kemungkinan selepas beliau 'menceraikan' isterinya, 'bintang' itu tetap menyala terang' tetapi mungkin bintang tersebut telah 'malap', mungkin kerana 'doa' isteri yang 'ikhlas dan merasa dirinya teraniya' telah dimakbulkan Tuhan. Mungkin apa yang pernah beliau lalukan terdahulu kini mula 'membadii'"  jawatan yang disandang. Dari pemerhatian  saya,  bintang Najib sudah mula 'malap' dan tidak  bersinar lagi dan ini perlu diberi perhatian olih seluruh warga kepimpinan tertinggi  UMNO dan orang Melayu.

Saya berpandangan Najib tidak akan berjaya mengharungi 'kegelapan' ini walaupun dibantu olih Penasihat-Penasihat beliau. Sekiranya UMNO dan orang Melayu tidak melakukan sesuatu maka perkara lebih buruk bakal 'menjelma' dipintu Kerajaan Malaysia. Didalam hal ini Melayu dan UMNO memerlukan seseorang yang lebih berkaliber untuk 'membuang badi' yang dibawa Najib. Bukan kita tidak suka dengan beliau tetapi 'badi' yang dikendongnya bakal menjahanamkan Malaysia. Ini adalah terlebih buruk jika tidak ditangani sekarang.

Pada firasat saya, hanya Tun Dr Mahathir saja yang bolih 'mengubat dan merawat' apa yang berlaku kini. Walaupun Tun sudah menjangkaui 84 tahun, inshaallah, dalam masa 2 tahun beliau bolih 'memperbaiki apa yang terselirat dan yang menjerat ini Kepintaran serta 'keberadaan diri beliau' sudah memadai untuk mengetuai Malaysia untuk jangkamasa 2 tahun ini.
Berikanlah keyakinan dan sokongan kepada Tun Mahathir untuk 'merungkai jerat' ini, inshaallah, beliau akan berjaya. Cara bagaimana untuk 'diangkat' Tun kepersada kedudukan itu, terserahlah  kepada kebijaksanaan pemimpin tertinggi UMNO mencorakkanya.

Benar!!! akan banyak tomahan serta kejian yang bakal diterima olih UMNO dan BN ... tetapi yakinlah...semua itu hanya bersifat sementara. Inshaallah  perjalanan negara kita akan bertambah 'mudah', makmur serta teratur', dan beliau akan meletakan Malaysia sekali kali dipersada 'dunia'.                      Badi yang dikendong Najib  bakal 'menjahanamkan' masa depan negara.

BELIAU MAMPU MENCONGAK SIAPA DALANG MH 370

                                                   ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. teori RAHMAN yg cacat masa umno diharamkan M akan dipulihkan oleh M juga ker ?

    ReplyDelete