PERCATURAN YANG MEMERANGKAP SKRIP YANG DISEDIAKAN |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Segala pujian hanya untuk Allah SWT, Tuhan semesta alam. Tempat semua manusia mengadu. Ada yang mengaku ada yang menafikan, namun pada hakikatnya ' Dia' adalah satu-satunya tempat bergantungnya setiap makhluk yang diciptakan.
Firman Allah S.W.T. : "Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku" (Surah az-Zariyat ayat 56)
Allah S.W.T berfirman: "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat." (Hijr:35)
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)." (Hijr:36)
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh." (Hijr:37)
"Hingga ke hari (masa) yang termaklum". (Hijr:38)
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Hijr:39)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (ikhlas)". (Hijrr:40)
Hari demi hari, jam berganti waktu, saat semakin menjauhkan. Itulah yang dapat saya simpulkan berhubung 'misteri yang bukan misteri' ini. Sesungguhnya apa yang berlaku diwaktu ini amatlah terkesan kepada setiap jiwa lebih-lebih lagi kepada keluarga 'mangsa' yang sememangnya 'mengharapkan' 'miracle' dari Allah SWT untuk memulangkan 'yang dikasihi' kepangkuan keluarga.
Sesungguhnya kebenaran itu datangnya dari Allah SWT dan kekhilafan itu dari tangan manusia.
'Petaka' yang menimpa kali ini bukanlah satu pilihan kita namun sebagai manusia yang dibekalkan dengan 'hati dan akal' olih Allah SWT sewajarnya kita 'menimbang' diantara 'benar dan bathil', antara kebaikan dan kejahatan dan antara manusia dengan syaitan yang setiap itu berpasang-pasangan dan itu adalah janji Allah SWT.
Telah saya perjelaskan berkali-kali dipost saya terdahulu tentang 'istemewanya' bumi Melayu ini.dan juga telah saya 'nyatakan secara berkias' kenapa dibumi bertuah ini .dan keturunan siapa yang mewarisi Tanah Melayu ini.
Cuba perhatiakn, sejak kebelakangan ini bermacam-macam 'malapetaka' menikam orang Melayu. Antara sedar atau tidak Melayu semakin 'lemah' dan hilang arah. Bukan saja Melayu UMNO malahan Melayu PAS dan PKR juga bercakaran sesama sendiri 'semuanya' menjurus kepada 'kekuasaan'. Diatas kelemahan orang Melayu itu sendiri, maka, Islam dijadikan ;'taruhan' dalam perjuangan mereka. Apabila Melayu itu lemah maka 'Islam yang dianuti itu sendiri juga menjadi lemah dan mula diperlekehkan. Bukan kerana Islam itu lemah tetapi kerana 'penganutnya yang majoritinya berbangsa Melayu' itu yang lemah, inilah 'tanda-tanda'nya.
Apabila tunjang 'agama'nya lemah maka 'syaitan' pun mudah untuk 'menyuntik' masuk. Inilah yang terjadi sekarang. Islam.yang sepatutnya 'menyatu' tetapi kini telah 'terbelah dan terpisah' dan berbagai-bagai 'fahaman' yang bukan berlandaskan Al Quran dan Sunnah mula muncul disana sini. Ulama sudah mula menunjukkan ketidak sepakatan, bangsa yang menjadi tunjang juga tidak sehaluan serta 'berbagai onar dan duri telah ditanamkan disepanjang perjalanan Melayu dan Islam untuk kepuncak, namun,'dajjal-dajjal' yang berkiblat kepada 'kuasa' mula 'menyerlahkankan diri dan ini 'merosakkan'.
Kepimpinan samaada yang dipihak pemerintah mahupun pembangkang tidak lagi 'berkiblat' kepada ajaran Al Quran , memburukan lagi 'Islam'nya hanya terserlah pada pakaian serta 'kata-kata' tetapi perlakuan dan jalan hidup amat jauh menyimpang dari ajaran bawaan Rasullulah sa.w., begitu juga dengan 'ulama-ulama' semua 'berkepentingan' dan amat kurang dari mereka ini yang sanggup melakukan kerja-kerja Allah SWT secara percuma melainkan semuanya 'menanti imbuhan', begitulah yang dipraktikan kini.
Berbalik kepada isu sebenar. Apa yang berlaku terhadap pesawat MH 370 ini merupakan permulaan kepada sesuatu yang tidak kita ingini, namun, ketentuan Allah SWT melebehi segalanya. Dajjal pun telah berjanji bahawa setiap inci bumi ini akan didatanginya kecuali Mekah dan Madinah. Itulah janjinya sebagimana Iblis dan Syaitan juga berjanji bahawa setiap anak adam dan keturunannya juga akan dibisekan untuk disesatkan melainkan mereka-mereka yang benar-benar ikhlas terhadap Allah SWT saja yang'terhindar' , begitulah ketentuan yang Allah SWT tetapkan dalam Al Quran.
Dari apa yang berlaku kini, dunia Melayu sudah 'terbuka' untuk mereka 'bermain', namun 'permainan' yang dimulakan ini amat 'halus' untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Pada pandangan mata kasar manusia, 'pesawat' itu tidak dapat dikesan walaupun dengan menggunakan 'teknologi terhebat' yang dicipta manusia samaada dari US mahupun China. Peralatan (radar) yang sememang diciptakan untuk 'mengesan ' pesawat dikata gagal 'mengesan', bukan satu malahan banyak 'radar' yang terpasang namun 'jawapan yang disuakan ' hilang' dari 'pandangan mata.Namun bolihkah kita mengesahkan dengan 'sahih' bahawa 'pesawat itu benar-benar hilang'?
.....bersambung....
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
.
No comments:
Post a Comment