Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Nampaknya kemelut politik " T'ganu Kita" belum lagi sampai kekemuncak. Walaupun sebilangan 'pencatur politik' merasakan bahawa 'kedudukan' mereka teah selamat dengan 'berlangsung'nya Majlis angkat Sumpah jawatan untuk Menteri Besar pilihan Najib, namun mereka lupa bahawa kemelut yang lebih besar sedang menunggu ibarat 'retak menungu pecah' ataupun ibarat 'telur dihujung tanduk'.
Dengan kejayaan 'misi Ku Nan dan Roaf' mewakili Najib untuk bertemu Ahmad Said berhubung 'perlucutan' jawatan seperti yang dipersetujui setahun yang lalu, nampaknya hasil yang diraih 'dua nama besar' dalam UMNO ini sedikitpun tidak 'mengegarkan' Ahmad Said. Walaupun Ahmad Said bukanlah calon 'pilihan' Najib, tetapi kalau dikira dari segi intigriti,maruah serta tanggungjawap, saya rasa tiada cacat celanya tetapi disebabkan beliau 'bukan' dari kem pilihan, maka, menamatkan riwayat politik beliau, wajib dilakukan demi kelangsungan 'segeintir' pemiimpin UMNO Terengganu.
Namun didalam pergolakan yang meruncing ini terhadp bebarapa wakil Rakyat yang dikata 'sealiran' dengan pendapat Ahmad Said, mungkin disebabkan Ahmad Said lebih bersifat 'kekampungan' maka beliau dirasa amat mudah didekati olih rakyat dan ini berkemungkinan dua orang wakil yang 'berura-ura' untuk mengikut jejak langkah Ahmad Said. Apa yang pasti sehingga kini, hanya seorang saja, yang 'benar-benar' bermaruah seperti Ahmad Said, tetapi seorang lagi 'sahabat' yang sebelum ini 'berura-ura' untuk bersama Ahmad Said untuk memperjuangkan 'kuasa Terengganu , Terengganu menentukan', berfikir dua kali untuk meneruskan 'hasrat'.
Mungkin disebabkan 'mereka' ini 'talam dua muka' atau sememangnya 'cakap saja berdegar-degar' atau 'gunting dalam lipatan' dalam kem Ahmad Said 'hanya' Allah SWT saja yang menjadi saksinya.
Nampaknya 'perjuangan Ahmad Said' didalam 'membersihkan' UMNO Terengganu tidak kesampaian jua. Walaupun tindakan beliau tidak disenangi olih segelintir pemimpin UMNO Terengganu dan juga UMNO pusat, maka, segala kesalahan diatas kegagalan BN Terengganu 'merangkul 2/3' kerusi dijadikan alasan untuk 'membuang' beliau.
Kini penyokong UMNO Terengganu perlu bermuhasabah diri. Adakah perlu UMNO Terengganu 'mengikut telunjuk' UMNO pusat dalam 'menentukan 'hala tuju' politik Terengganu? Atau adakah kerana Terengganu telah menikmati 'wang royalti' maka UMNO Terengganu 'perlu akur' dengan keputusan Pusat? Selama ini pun UMNO Terengganu tidak pernah 'mendatangkan' masaalah kepada UMNO Pusat kecuali ' tangan-tangan atau suara-suara ghaib yang 'bersiul' yang mahu 'merebut' atau ' mengsakau' wang royalti tersebut?
Tetapi sekiranya Adun-adun yang berkata 'mahu' berhijrah kepada ' Bebas', ini merupakan satu jalan terbaik. Melalui cara begini 'tiada' siapa yang bolih 'mendabik dada' dan melakukan program sesuka hati'. Semuanya perlu dilakukan secara berhemah dan ini mungkin menguntungkan 'rakyat'. Sekiranya sesuatu usul yang dibawa itu dirasa mencurigai atau 'berkeblatkan' kepada kepentingan seseorang, maka, suara dipersidangan DUN bolih digunakan 'sebaiknya'.
Kalau sekiranya dua wakil bebas ini bersatu hati 'dan tidak berbelah bagi dalam perjuangan, maka, gunakan 'kuasa' anda' yang bakal menjadi 'penentu' didalam 'persidanagan'. Gunakan 'kuasa undi' anda dalam 'persidangan DUN' sebagai senjata 'untuk 'membalun' salah laku mereka.
Walau apapun rakyat Malaysia amat terkilan dengan 'kes' yang menimpa Ahmad Said , walau apapun sekalung tahniah diucapkan kepada Ahmad Said kerana 'berani' membantah Najib, setidak-tidaknya 'anda tahu' bahawa selama ini Najib hanya berpura-pura dihadapan anda begitu juga dengan 'kawan-kawan' yang mengaku ;kawan' sewaktu anda 'dipersada jawatan'. Sekurang-kurang nya anda mengerti bahawa 'tiada sahabat' sebenar dalam politik, yang ada cuma kawan iaitu kawan yang akan 'menunggang anda' diwaktu ada dipersada', selebihnya 'semuanya hipokrit.
PILIHAN DITANGAN HEAD OR TAIL???? |
.
Najib pun tak dapat majoriti 2/3 apa??Najib pun patut letak jawatan! Dah la tak dapat majoriti lepas tu perasan majoriti sokong dia syok sendiri betul la...
ReplyDeletewakaka...
Deletetuding jari kelingking berkait..
betolla lu beb