Saturday 26 December 2015

PERUTUSAN THE PROMISED LAND : APA YANG PERLU DIUBAH SELEPAS MAULUD NABI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

SANGGUPKAH ANDA BERUBAH

Semua orang Islam selalu cakap, ikut sunnah Nabi, ikut cara Nabi, bersederhana dalam semua cara kehidupan. Apakah  benar seperti yang mereka ucapkan?

Sebelum kita menjengah keluar ,cuba kita renung dan timbang dalam diri kita adakah kita mempraktikan seperti apa yang diajarkan Rasullullah saw dalam kehidupan seharian yang berintikan Al Quran.

Solat kita, apakah benar kita melakukanya atau mendirikanya atau menunaikanya sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah? Bermula dari langkah pertama mendirikan sehinggalah salam terakhir, apakah kita sebenar benarnya mendirikan solat atau kita seperti pencuri dalam solat?

Atau adakah kerana kita melakukan solat kerana kita dituntut sepertimana yang dikehendaki atau keikhlasan hati untuk mendapat keredhaan Allah swt? Terpaksa, memaksa, dipaksa  dan rela hati adakah ianya sama disisi Yang Maha Esa? Ataupun kita terpaksa lakukan kerana kita takutkan siksaan api neraka berbanding kita mengikhlaskan diri dalam "mengesakan" Tuhan Yang Berhak Disembah?

Begitu juga dengan niat dan lafas niat, adakah gerak dan pengkhususan lafasnya "tidak mempersekutuan Nya dengan segala sesuatu " terhadap Nya? Atau kita hanya mendirikan solat mengikut waktu yang dilafas kerana Allah swt?

Adakah Rasullulah saw mendirikan solat dengan lafas niat kerana waktunya ataupun Baginda saw mendirikan solat dengan lafas "tidak menyukutukan Kau Ya Allah  dengan segala sesuatu atau sesiapapun didalam ibadahku ".

Begitu juga didalam mendirikan solat adakah Rasullullah mengulangi ayat Firman penceritaan Allah swt kepada Baginda ataupun Baginda melafaskan puji pujian mengesakan Tuhannya? dan tidakkah Solat itu untuk "mengesakan" Ya Rabb? dan tidakkah sujudnya Muhammad saw kerana sifatnya sebagai hamba kepada Allah swt kerana keikhlasan dalam ketakwaan Baginda saw?

Begitu juga didalam perjalanan kehidupan Baginda saw seharian. Semua hadith hadith menceritakan perilaku dan tutur bahasa Baginda saw ketika bercakap mahupun berdakwah, adakah Baginda menggunakan bahasa yang kasar atau dengan nada suara yang tinggi ketika menyampaikan ayat ayat Allah swt. Adakah Baginda  mengherdik melawak sehingga sehingga seluruh tetamu yang datang ketawa berdekah dekah sepertimana Pendakwah atau Ustaz Ustaz kita masa kini yang mana diantaranya ada yang menyanyi, menyindir dan mengumpat. Adakah ini sunnah Rasullulah saw?

Sedarkah kita apa yang sebenarnya dilakukan oleh Baginda saw adalah "memujuk hati" mereka mereka yang dalam keraguan terhadap kebenaran dan kekuasaan ALLAH swt tetapi apa yang dipraktikan oleh pendakwah masa kini sebenarnya amat jauh terpesong dari laluan sebenar Rasullullah saw.

Menakutkan manusia dengan balasan balasan api neraka tidak akan berjaya melahirkan manusia yang benar benar bertakwa , beriman dan ikhlas terhadap Allah swt tetapi sebaliknya hanya akan melahirkan manusia yang keras hatinya samaada terhadap kebenaran yang dibawa Baginda Rasulullah saw dan juga terhadap Al Quran itu sendiri.

Alhamdullilah apa yang saya tuliskan ini adalah melalui pengalaman yang saya lalui sewaktu "memujuk hati" mereka yang berjaya ditawan dengan KERAHMATAN ALLAH SWT sehingga mereka mereka ini sanggup meninggalkan agama asal nenek moyang mereka dan mengambil Allah swt sebagai Tuhan yang di Esakan.

BERANI KERANA MENCARI KEREDHAAN
ALLAH SWT.

                    Cahaya Al Majid

p/s  : Tahun 2012-2015 ada yang mahu saya adakan program atau berkongsi pengalaman atau bercerita  berhubung Perjalanan Saya sebagai Mubaligh tetapi saya belum bersedia sepenuhnya tetapi 2016 adalah tahun Perjalanan UMMAH.
Sesiapa berkeinganan untuk saya menyertai program mereka sila hantarkan keblog ini.
Sekian terima kasih.

















1 comment:

  1. Subhanalah Alhamdulillah..teruskan berkarya dan teruskan perjuangan. Alhamdulillah a'la barokatillah..Sallahu ala Muhammad

    ReplyDelete