Tuesday 22 December 2015

THE PROMISED LAND : MASIH BENARKAH PEGANGAN KITA

Bismillahhirrahmannirrahim.

MAULID YANG SEMAKIN JAUH

Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi membenarkan jiwa dan jasad ini untuk terus menghidup udara dan berjalan dimuka bumiNya yang berkhalimahkan "lailahaailalllah" dan yang bersahadahkan "muhammaddarasulallah" serta berkiblatkan ke "Tanah Haram Mekah Al Mukaramnah" serta yang berpandukan kepada Kitab Allah Swt.

Salawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw berserta salam kepada para para Nabi dan Rasul semoga kerahmatan ALLAH swt jua terhimpun keatas mereka dan keluarga mereka yang dirahmati.  AMIN..

Walaupun tarikh keputeraan dan kewafatan baginda Rasullulah saw dikata sama  namun ianya masih lagi menjadi perdebatan olih Alim Ulama serta cerdik pandai samada yang terdahulu mahupun masakini. Oleh itu tak usah lah diperdebatkan lagi dan jangan kerana isu ini kita berbalah sesama kita, memadailah kita menyerahkan kepada Yang Maha Esa saja.

Apa yang perlu diimani hanyalah apa yang tertulis didalam Al Quran saja. Selain dari Al Quran Allah swt tidak menjamin kebenarannya dan kesohihannya .

Apa yang diajarkan olih Rasullulah saw yang bersandarkan kepada kitab ALLAH swt , itulah yang sepatutnya kita pegang dan kita amalkan.


Al Quran diturunkan bukan untuk umat Muhammad saja malahan kitab atau Firman Allah swt yang terkandung didalamnya ditujukan kepada setiap manusia yang sanggup beriman dengan Allah swt.

Ianya bukan untuk Bangsa Arab saja malahan meliputi keseluruh bangsa yang dipanggil makhluk Allah swt. Cuma bahasa yang digunakan adalah Bahasa Arab kerana Nabi dan Rasul terakhir pilihan Nya datangnya dari Bangsa Arab, oleh itu untuk mengatakan Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan Allah swt..sangat dangkal pandangan ini.

Sayang seribu kali sayang kelebihan bahasa yang digunakan dalam Al Quran ini tidak dimenafaatkan secara total oleh dunia Arab. Segala ilmu yang terkandung didalamnya tidak diikut dan diamalkan sepenuhnya oleh kaum Arab.

Disebabkan keangkuhan kerana menyangka bahawa bahasa petuturan mereka adalah sama dengan bahasa yang tertulis didalam Al Quran jugalah yang telah membuta dan membatukan hati mereka.

Kini seluruh bangsa Arab telah dihina sehinanya. Negara dan rakyat mereka kini diambang kehancuran. Satu demi satu pemerintah negara Arab telah terjual meruah dan harga diri mereka.Kehidupan dan kelestarian masa depan mereka sudah dipegang oleh Bangsa Asing. Apa lagi yang mereka miliki?

Kini Arab Saudi juga telah terjerumus kedalam kancah peperangan dengan jiran jiran mereka namun .Perasaan curiga mencurigai sesama bangsa mereka amat tinggi , semuanya kerana mainan hati yang ditiup oleh "pemain politik" Barat sehinggakan nyawa kaum mereka yang berada diambang maut dibumi Palestin juga tidak dapat dibenteng. Begitulah untung nasib bangsa Arab setelah kewafatan Baginda Rasullulah saw.

Apa yang tinggal bagi bangsa Arab kini hanyalah "impian", keyakinan mereka bahawa Imam Mahadi akan lahir dari susuk Bangsa Arab dan didambakan bahawa "watak" ini saja yang boleh memulihkan maruah bangsa mereka.

Untuk mereka mencuba merubah nasib dan hidup mengikut syariat yang disunnahkan oleh Rasulullah saw amat jauh sekali.

Nasib yang sama juga bakal dilalui oleh negara ini sekiranya Ulul Amri atau pemerintah mempermainkan ketetapan dan kehendak Al Quran.

Apabila  kebhatilan dihalalkan, apabila "kebenaran "dinafikan,  apabila yang berkuasa "menganyiya" yang benar, apabila alim ulama menghalalkan kemungkaran apabila penegak agama dicaci apabila kemungkaran diangkat sebagai kebenaran maka tunggulah saatnya...pasti datang..

Sempena bulan Maulid ini, kembalilah kejalan Allah swt dan berusahalah untuk menegakkan kebenaran sementara belum terlambat.

Ingatlah..hati akan ditanya akan  tetapi lidah yang berbicara menentukan kemana akhirnya kita..Syurga mahupun Neraka..

Berbahagialah mereka mereka yang sentiasa mengingati Allah swt sewaktu jaga mahupun tidur..

           Cahaya Al Majid













1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete