Tuesday 28 February 2017

THE PROMISED LAND : "NYANYUK" ADAKAH KEJADIAN INI SATU PENGHINAAN ???

Bismillahirrahmanirrahim.

" ADAKAH KITA DARI GOLONGANYA?"

Allah SWT telah menjadikan manusia sebagai sebaik baik kejadian dan  ciptaan Nya . Manusia dibekal kan dengan akal fikiran sedangkan Malaikat dan Syaitan hanya ada satu saja misinya. Syaitan menyesatkan atau keburukan dan malaikat menjurus kepada kebaikan. Tetapi manusia diberi kebebasan untuk memilih diantaranya.

" Firman Allah SWT yang mana satu yang mahu kamu nafikan"

Pusingan kehidupan adalah ketentuan ALLAH SWT, dari bayi hingga lah berusia atau tua. Tetapi kematian tidak membatasi usia.

Siapa yang dipanjangkan usianya olih Allah SWT,  bersyukur lah kehadrat Nya dan sesiapa yang didatangi penyakit mahupun yang diberi kan kesihatan yang baik, semuanya adalah diatas kehendak Allah SWT jua.

Semuanya adalah kerahmatan Allah SWT diatas akal fikiran yang diguna manusia dalam menilai apa yang baik dan buruk untuk diri sendiri. Allah SWT tidak pernah menganiaya hambanya melainkan hamba Nya saja yang menganiaya diri sendiri.

Wahai manusia ' Firman Allah SWT yang mana satu yang mahu kamu nafikan"?

Genderang satu alam.

"Nyanyuk," dijadikan kata kata atau ungkapan bagi mengambarkan perilaku seseorang. Bukan saja dilafazkan oleh golongan  biasa tetapi golongan bangsawan pun tidak terlepas juga.

Apa erti dan gambaran sebenar bagi golongan yang dikategori sebagai "nyanyuk' ni.

Nyanyuk dikelaskan sebagai " golongan orang tua tua yang telah tidak jelas fikiran dan perbuatannya" atau ,' bertindak seolah olah telah berkekakuan seperti budak budak,".

Wajib diingat!!!

Selagi seseorang itu masih lagi boleh berfikir  mengurus diri  dan tanpa ada apa apa kecacatan  pada akal dan fikiran dan tidak lupa akan perkara wajib dan halal maka amat hinalah kita sebagai manusia kalau kita menuduh mereka tanpa bukti.

Memang senang kalau nak menjatuhkan hukum tetapi adakah hukuman dan gelaran yang kita beri itu dapat membersihkan dosa kita terhadap batang tubuh yang dituduh?

Allah SWT telah berjanji bahawa semua manusia adalah sama di sisi Nya .

Tiada siapa yang lebih dari yang lain melainkan hamba hambanya yang beriman dan beramal Soleh dan melakukan kebaikan seperti yang dituntut.

Allah SWT telah berfirman, gunakan kata kata yang baik  dalam menegur dan jangan sekali kali  menyakiti hati orang lain, sesungguhnya perbuatan itu amat dibenci Allah SWT.

Olih itu....

"Sampaikanlah kebenaran walaupun kebenaran itu amat  menyakitkan untuk ditelan."

Jadikan Al Quran sebagai pegangan dan bukan menghukum

              Cahaya Al Majid

     




No comments:

Post a Comment