Tuesday 28 February 2017

THE PROMISED LAND : RIUH SATU MALAYA TAPI...

Bismillahirrahmanirrahim.

 "DAH DAPAT LAMPU AJAIB KE"

Hari ini gegak gempita seluruh alam bumi Melayu ,dimaya mahupun nyata , dari radio mahupun TV , berita kejayaam Kerajaan pimpinan Najib telah menadatangani penjualan 50% pegangan Petronas dalam RAPID kepada Aramco milik Kerajaan Arab Saudi serta 7 MOU bernilai RM9 billion di tanda tangani.

Walaupun sebulan yang lalu Johari Menteri Kewangan ll telah menyatakan bahawa syarikat tersebut telah menarik diri tetapi "berita sumbang Johari" itu telah terbalik. Samada Johari tidak dimaklumkan atau sengaja "mengolah cerita" hanya dia dan Kabinet Najib saja yang mengetahuinya niatnya.

Sedap mendengar berbillion billion dolar masuk atau mahu dilaburkan dinegara ini
Bermula dengan mengatakan bahawa China akan membuat pelaburan dinegara ini melalui Projek Kereta Api Timur Barat yang dikata berjumlah puluhan billion begitu juga dengan keretapi Fast Track dari Kota Singapura ke Kuala Lumpur, dan berpuluh billion juga dijangka mahu di laburkan.

Tetapi apa yang disebut itu katanya adalah untuk jangka masa panjang, waima apa alasan sekalipun mahu ditentang dan  dibantah rakyat, keputusan Najib ...tetap di teruskan .

Berdoa lah agar Projek UMNO dan Najib ini bukanlah lagi satu bala yang menjerut leher rakyat  seperti 1MDB yang akhirnya tergadai apa yang dimiliki .

Tetapi yang peliknya beratus Billion nilai projek telah diumumkan tetapi yang sedih nya "impak' atau 'kesan' dari pengumuman tersebut tidak langsung membawa erti kepada pengukuhan nilai ringgit

Nilai ringgit langsung tak tercuit, masih sama , semakin lemah berbanding nilai mata wang negara jiran. Apa kejadah nya

Olih itu adakah.ini boleh menjadi kebanggaan atau untuk di raikan oleh rakyat?

Bila nilai ringgit lemah harga barangan jadi mahal. Kerajaan Najib ni tahu ke idak sifir ekonomi?

Harga barangan meningkat, harga makanan naik, sara hidup jangan katalah dah nak pengsan tetapi apa usaha Kerajaan Najib dalam menangani semua kenaikan ini?

Tetapi kalau dok asyik berbangga dengan projek projek mega yang menguntungkan sebelah pihak dan menyusahkan kehidupan rakyat, apa kejadah!!!.

Kalau.benda yang paling asas bagi kemaslahatan rakyat pun Najib dan Kerajaannya gagal tangani, patut tak rakyat tukar saja kerajaan yang ada sekarang.

             Cahaya Al Majid






2 comments:

  1. Persepsi yang dibuat sebelum ini telah menghancurkan keyakinan pelabur kebanyakan, walaupun ada beberapa peluang pelaburan baru, masih belum mampu mengikis persepsi negatif yang telah terhasil dan kerana itulah nilai matawang x mampu melonjak...

    ReplyDelete