Monday, 27 February 2017

THE PROMISED LAND : ADAKAH INI MISI BALAS BUDI TETAPI JAWAPAN BELUM TENTU LAGI.. KECOH NYA MACAM DAH CONFIRM!!

Bismillahirrahmanirrahim.

  " SANGGUP KAH KITA MENERIMA BALA"

Macamana lagi nak mempercayai apa yang kerajaan Najib kata dalam lawatan Raja Arab ni.

Hanya MOU saja yang digembar gemburkan telah berjaya di tanda tangani . Kenyataan implementasi projeknya  tunggu lah dua tiga tahun lagi.

Itu pun kalau Kerajaaan Najib masih wujud lagi.

Macamana nak kata,  permintaan kuota haji bagi penambahan 3,000 orang  bagi meningkatkan keparas 30,000 jemaah dari negara  ini , yang mana Rajanya dikata amat rapat dengan Najib , macam dalam selfie Najib semalam kerana dikata sebagai sumbangan besar terhadap dunia Islam dan diakui oleh Najib bahawa telah menerima ,,' derma Rm 2.6 billion itu ,malangnya itu pun tidak dapat diputuskan oleh Raja Yang dikata MENJAGA DUA KOTA SUCI INI.

Hai.. jumlah seciput ini pun  tak dapat untuk diconfirmkan..oleh Rajanya ..Biar betik,!!!!
Inikan pula derma RM2.6 bilion yang dikata "derma,", masuk akal ke????

Walau apapun mungkin lawatan ini adalah tanda terima kasih kepada Kerajaan Pimpinan Najib kerana sanggup bersama dengan Tentera Pakatan Arab Saudi bersama sama Amerika, Britain , Perancis dan Afrika berserta geng geng Arab yang lain dalam mengebom umat Islam yang tidak sealiran dengan Arab Saudi.

Dan dengan kejayaaan misi membunuh lebih 10000 nyawa termasuk kanak kanak dan lebih 40000 rakyat Yaman cedera mahupun hilang kemampuan . Maka kejayaan ini di kongsi kan bersama Malaysia dengan lawatan Raja nya.

Mesti kah kita meraikan???

Adakah bernilai kepada kita dengan ,"pembunuhan," itu walau pun bukan dengan secara langsung??

Tetapi kita tetap' bersubahat" . Tahukah kita apa hukumnya "bersubahat'.

Manusia yang hilang pertimbangan saja yang lalai akan hukum Allah SWT ini.

"Firman Allah SWT yang mana satu yang mahu kamu nafikan"

                 Cahaya Al Majid





No comments:

Post a Comment