Saturday, 2 December 2017

THE PROMISED LAND: DUIT FOREX TAK MASUK POKET MEREKA TAPI DUIT 1MDB...

Bismillahirrahmanirrahim.

DUIT 1MDB TERURAI KEAKAUN
PELANUN PELANUN.
SIAPA LEBIH BERBAHAYA?

Inilah kerja Najib yang beriya iya dan berusaha walau apapun keadaan asalkan keburukan dan kesalahan beliau sendiri dapat dikambus.

Satu dunia tahu bahawa skandal penipuan atau penyelewengan terbesar 'dana negara" telah berlaku dinegara ini.
Sosok yang dituding tidak lain dan tidak bukan adalah Najib Razak atau Perdana Menteri Malaysia.

1MDB yang keberhutanganya melebihi RM50 billion telah terjana melalui beberapa Bond Bond yang diterbitkan.

Najib merupakan sosok yang bertanggung terhadap penubuhanya dan merupakan Penasihatnya kepada 1MDB.

Didalam lembaran lembaran surat menyurat yang dipaparkan di internet telah membuktikan lagi akan keterlibatan beliau dengan secara langsung.

Kerana hutang dan kegagalan 1MDB dalam meneruskan "misi" impian Najib Razak, maka kesan langsung yang terpaksa dihadap kerajaan adalah terpaksa meletakkan syarikat 1MDB itu dibawah tanggungan Kementerian Kewangan.

Puncanya adalah Bond Bond yang diterbitkan olih 1 MDB melalui Goldman Sachs Yang bernilai berbillion dollar USD yang telah dijamin sepenuh nya olih Kerajaan Malaysia.

Yang menjadi issue besarnya adalah sebahagian besar dari dana yang diterbitkan melalui Bond Bond tersebut telah didapati dibayar kepada penama penama yang kesnya sedang disiasat olih Department of Justices Di Amerika.

Dan tuduhan yang dikenakan pula adalah kesalahan merentas negara iaitu ' pengubahan wang haram'.

Kerana kes 1MDB ini dan terbukti kemasukkan dana sebanyak RM2.6 billion keakaun peribadi Najib, dan diakui benar olih Najib sendiri, maka , timbul lah huru-hara politik UMNO dalam negara.

Melalui berbagai sumber yang datang samaada dari luar mahupun dari dalam negara telah mengaitkan dana 1 MDB itu terurai sebahagiannya keakaun Najib yang dibuktikan melalui money trail .

Itulah puncanya.

Ingin menunjukkan bahawa pemimpin UMNO terdahulu yang kini menjadi seteru utama beliau, maka, Rci diadakan buat "menjerat' mahupun " memalit'  keburukan terhadap Dr Mahathir .

Isu nya adalah kerugian forex atau kerana urusniaga yang berlesen dibawah kelolaan Bank Negara Malaysia.

Namun dalam kerugian yang dicatatkan menunjukkan tiada siapa diantara mereka yang didapati ada kemasukkan hasil ataupun imbuhan dari urusniaga tersebut seperti yang dibentangkan dan yang telah disahkan olih Jabatan Akauntan Negara.

Tetapi kerugian atau usaha yang dibuat oleh 1MDB adalah berlainan. Dengan menggunakan 'jaminan kerajaan Malaysia" maka berpuluh billion hutang dijana.

Yang jadi masaalah nya, perniagaan 1MDB itu telah kaput sehinggakan kerajaan terpaksa masuk campur dan meletakkan syarikat tersebut dibawah tanggungan Mof berserta hutangnya sekali.
Dan kini hutang itu terpaksa ditangguhkan olih rakyat.

Yang menjengkelkan rakyat pula, berbillion dollar USD terurai kepada penerima penerima yang tiada berkaitan dengan 1MDB.
Ada diantara nya telah menjadi instant billionaire dan ada yang jadi jutawan. Semua ini adalah wang rakyat.

Yang di kesalkan segala report dan hasil dari dapatan mengenai laporan urusniaga 1MDB ini, semuanya dirahsiakan dan di OSA untuk capaian umum.

Ini menambah lagi keraguan tentang 1MDB.

Sarawak Report dan beberapa lagi akbar luar negara melaporkan ' kes penyelewengan' ini, sehinggakan sebuah Bank di Singapura terpaksa diarah tutup olih kerajaan Singapura kerana didakwa terlibat dalam skandal pengubahan wang haram.

Dan sehingga kini banyak negara telah melakukan siasatan namun kerana tiada kerjasama dari pihak dalam negara maka kelewatan dalam siasatan mereka agak terbantut.

Untuk itu cuba kita renungkan siapa yang lebih membahayakan negara?

Adakah orang tua yang berumur 93 tahun itu dimana jasanya selama 22 yang telah mentransformasi negara ini dari negara pertanian keperindustrian dengan segala prasarana moden badan hidup rakyat yang selesa.

Atau Najib Razak yang secara singkat nya telah mejadikan negara hilang maruah, hilang penghormatan serta dilabel sebagai kerajaan Klepetokrasi dan terpalit dengan berbagai-bagai skandal?

Yang mana satu pilihan rakyat?

Cahaya Al Majid




1 comment:

  1. Kita perlukan penganti PM yang besih dari skandal. Baik skandal wang atau sek. Maruah negara mesti dijaga. Pemimpin2 harus hormat 'the rule of law'. Jangan kerana hubungan dan kepentingan keluarga undang2 mahu di ketepikan. Pemimpin sebegini yang percaturan politik nya mudah sangat dibaca tidak harus diberi peluang untuk menepikan undang2.

    ReplyDelete