Thursday, 30 November 2017

THE PROMISED LAND: RENUNGAN JUMAAT: MAULIDUR RASUL

Bismillahirrahmanirrahim.

IKTIBAR MAULID

Alhamdullilah. Syukur kehadrat Allah SWT kerana melimpahkan rahmat dan hidayahnya kepada sesiapa saja yang dikehendaki dibumi ini.

Samada kepada yang beragama Islam mahupun kepada makhluknya yang dilahirkan dari kalangan orang bukan Islam, semuanya itu adalah diatas kehendakNya jua.

Tetapi sebagai makhluk  yang dilahirkan dari keluarga Islam, syukur dan rahmat jua kita panjatkan kehadrat Illahi, kerana telah dipilih Allah SWT sebagai muslim.

Tetapi adakah kita benar benar Islam sepertimana yang telah digariskan dalam Al Quran?

Untuk itu perlu lah kita mencerminkan kembali diri kita seadanya.

Tiada siapa yang terlebih tahu tentang siapa diri kita sebenarnya, samaada diri kita benar benar beriman dengan Al Quran atau sebaliknya, yakin atau pun tidak, beramal ataupun tidak, atau apa saja, melainkan diri kita sendiri.
Semua persoalan dan jawapanya ada pada diri kita.

Ada manusia Allah SWT berikan kesempatan samaada untuk menjadi baik mahupun sebaliknya. Ada juga yang Allah SWT tetapkan hala tuju perjalanannya.

Untuk itu kita perlu berhati-hati didalam membuat pilihan. Kerana setiap pilihan itu ada jalan cerita nya yang telah di tetapkan sepertimana Allah SWT tetap perjalanan antara bulan dan matahari berserta bumi.
Begitulah kehendakNya.

Sempena hari keputeraan baginda Rasulullah saw ini, marilah sama-sama kita hayati perjalanan baginda dalam menegak dan menyebarkan agama Islam yang Allah SWT pilih untuk umat baginda.

Tetapi yang sedih nya terdapat juga dari golongan yang mengaku umat Baginda saw ini yang memfitnah diri baginda tanpa sedar.
Dari kata kata atau hadith hadith nya mahupun perbuatannya yaitu sunnahnya ramai dikalangan kita tersasar jauh dan tidak mempraktikkanya.

Semakin jauh diri seseorang dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah maka semakin tersasar jalan manusia menuju Illahi.

Allah SWT telah berfirman sekira terdapat sebarang perbezaan pendapat dan pandangan sesama kamu maka kembalilah kepada Al Quran dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kebenaran yang datangnya dari Allah SWT.

Untuk itu marilah kita sama sama damaikan hati hati manusia yang terbelenggu dan yang hidup dalam kepura-puraan serta yang hidup dalam perasaan syak wasangka, agar mereka membersih hati.

Sebagai tanda permohonan kita kehadrat Allah SWT agar kita dan keluarga kita diberikan hidayah dan kerahmatan dan perlindunganNya maka marilah kita berselawat seperti yang difirmankan :

Al Ahzab Ayat 56.
"Sesungguhnya Allah SWT berserta Malaikat berselawat keatas Nabi'

" ALLAHHUMMA SOLLIALA SYAIDINA          MUHAMMAD WAALAALIHI SYAIDINA MUHAMMAD"

                  Cahaya Al Majid









No comments:

Post a Comment