Wednesday, 13 December 2017

THE PROMISED LAND: FOREX RM 31.5 BILLION DAN DANA PENSTABILAN RM160 BILLION. SIAPA SALAH???

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO DAN BN PECAH
AMANAH RAKYAT??
DULU KINI DAN SELAMANYA?

Perdana Menteri Najib Razak aka Presiden UMNO aka Pengerusi BN, menggunakan kes kerugian FOREX 30 tahun lalu sebagai senjata untuk menutupi mulut Dr Mahathir aka " bekas Perdana Menteri aka  "bekas Presiden UMNO" aka " bekas Pengerusi BN" yang menerajui negara ini selama 22 tahun.

Dr Mahathir aka bekas Perdana Menteri aka Bekas Presiden UMNO dan bekas Pengerusi BN itu, tidak pula didapati ada kemasukkan wang berbillion keakaun peribadinya.

Segala apa yang diperbuat olih Dr Mahathir adalah demi kemajuan dan kesejahteraan negara dan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Semua ahli UMNO mahupun pemimpin tertinggi UMNO ataupun barisan Kabinet Mahathir sendiri yang terdiri dari Parti UMNO, MCA, MIC serta beberapa lagi Parti Kecil Sabah dan Sarawak  sedar dan tahu bahawa negara kita pada ketika diambil alih Dr Mahathir bukanlah berada pada kedudukan" kaya gaban" atau beratatus" maju". Oleh itu kekangan belanjawan untuk membangunkan negara amatlah terhad.

Maka apabila istilah "pengswastaan" diperkenalkan olih Dr Mahathir dalam mebangunkan negara yang dipelopori olih syarikat swasta yang berkerja sama dengan Kerajaan, maka, pembangunan fizikal terhadap negara kelihatan amat ketara.

Bayangkan sesingkat 20 tahun negara kita berubah wajah. Dari negara yang berpaksikan kepada pertanian diubah dan ditransform kepada negara perindustrian.

Banyak ruang ruang pengekonomian terjana ketika itu dan menafaatnya dirasai olih rakyat. Samaada dari segi perkerjaan mahupun perniagaan semuanya terhidang untuk rakyat nikmati.

Walaupun dalam tempuh 22 tahun negara kita makmur dan sejahtera namun dikala negara dibadai "gelora" kerana ringgit diserang, Dr Mahathir dan kebinetnya tetap cekap dalam menangani isu isu tersebut.

Kehidupan rakyat tidak terkesan . Alhamdullilah tiada kesan langsung terhadap rakyat hanya syarikat syarikat besar saja yang terkesan.

Tidak pula kita dengar syarikat syarikat besar gulung tikar mahupun melakukan pemberhentian pekerja. Namun dalam waktu itu juga banyak juga pelabur masuk menanam modal dinegara ini.

Walaupun skandal FOREX yang dilaung laungkan olih Najib mengalami "kerugian" berpuluh billion ,"forex trading"  adalah urusniaga Bank Negara yang dilakukan secara sah di sisi undang-undang undang. Dan kerugian forex itu pula diaudit dan disahkan olih Akauntan Negara.

Tiada pula kita dengar dikalangan orang yang diamanahkan itu didapati ada kemasukkan " wang besar" keakaun masing masing.

Tetapi kerana Dr Mahathir aka bekas Perdana Menteri, aka Bekas Presiden UMNO aka Bekas Pengerusi Barisan Nasional yang kini sedang lantang bersuara ditambah pula Dr Mahathir telah menjadi "pesaing" utama kepada Parti UMNO, maka, "mengolah" cerita lama dimana mereka sendiri (Najib dan Pemimpin UMNO dan BN) turut serta didalam kebinet Dr Mahathir, seharusnya turut sama dipertanggungjawab.

Olih itu untuk Najib dan Seluruh kabinetnya mahu menyalahkan Dr Mahathir mahupun Anwar Ibrahim mahupun Daim Zainuddin dalam isu forex ini adalah tidak adil.

Kesalahan itu sepatutnya dipikul oleh seluruh ahli Kabinet UMNO dan BN kerana lalai atau bersubahat dalam "penyelewengan kuasa" yang didakwa Kerajaan pimpinan Najib kini.

Bermacam macam cerita tidak baik atau kerakusan melahap harta negara didakwa dilakukan olih Najib aka Perdana Menteri aka Presiden UMNO aka Pengerusi BN , bukan saja dalam negara malahan diluar negara juga, olih itu , apakah tindakan yang dilakukan untuk membersihkan maruah " "Perdana Menteri Malaysia" yang disandang oleh Najib kini.

Untuk itu adakah UMNO dan BN  masih relevan untuk memegang amanah rakyat terutama melibatkan kepentingan "wang rakyat"?

Cahaya Al Majid.



2 comments:

  1. Admin lupa atau buat-buat lupa yang Tun M guna duit Petronas (melalaui MISC anak syarikat Petronas) bail out Konsortium Perkapalan milik Mirzan. Ini memang dirancang supaya nampak dia tiada kena mengena dengan bail-out tersebut. Kontrek2 Petronas kepada syarikat anak dia (Kencana Petrolium) tu bukan kerana dia PM ke. You are just bullshitting here.

    ReplyDelete
  2. Salam. Mungkin awak tak faham apa yang saya sampaikan. Maksud penulisan..UMNO dan BN keseluruhan nya bertanggung jawap diatas semua perkara berlaku dulu dan kini kerana mereka semua adalah Kerajaan yang sama memerintah.

    ReplyDelete