Wednesday 13 December 2017

THE PROMISED LAND: TERKHILAF ATAU SENGAJA

Bismillahirrahmanirrahim.

ANTARA PENJAWAT AWAM DAN
PENTADBIR
SIAPA DIATAS UNDANG UNDANG.

Lim Guan Eng ( LGE) merupakan seorang ahli politik dan juga merupakan seorang Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Kini beliau sedang menghadapi tuduhan salah guna kuasa dalam isu pembelian hartanah yang dikata telah dibeli dibawah harga pasaran.

Kesalahan yang didakwa adalah kerana beliau berjawatan sebagai ketua Menteri yang didakwa menggunakan pengaruhya untuk mendapat hartatanah tersebut.

Tetapi yang anehnya kenapa beliau dikategorikan sebagai" penjawat awam"? Sedangkan Najib Razak dalam kes penyalahgunaan kuasa terhadap 1 MDB , melalui lawyernya, Hafarizam pula menafikan bahawa Najib adalah seorang Penjawat Awam mengikut Perlembagaan.

Jadi apa bezanya antara Lim Guan Eng yang menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri dan Najib sebagai Perdana Menteri?

Tidakkah kedua duanya tertakluk dalam bidang kuasa dan akta yang sama dan dibawah Perlembagaan yang sama.

Atau adakah Perlembagaan Negara hanya mengiktiraf bahawa hanya Perdana Menteri dan Menteri Kabinet saja tidak dikategorikan sebagai Penjawat Awam?

Kekeliruan ini mesti dijelaskan kepada umum kerana banyak perkara berbangkit yang menyalahi antara satu dengan yang lain.

Undang undang kena adil kepada semua dan bukan berpilih pilih.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment