Sunday 3 December 2017

THE PROMISED LAND: RAKYAT HILANG TEMPAT BERGANTUNG?

Bismillahirrahmanirrahim.

PAYUNG KUNING HILANG SERI
TANPA RAKYAT.

Rakyat sedang mengelupor, rakyat sedang kepanasan dan hati rakyat sedang mendidih. Rakyat merayu,.mengemis dan merintih namun keluhan dan keresahan hati rakyat tiada siapa peduli.

Rakyat marah dan rakyat ingin tahu kenapa keborosan tentang duit rakyat yang hilang tapi dapat dikesan tetapi tidak dipedulikan , rasuah berada pada paras yang paling menjijikkan.

Salah gunakan kuasa serta ketirisan berlaku sana sini dibawah kerajaan pemerintah hampir setiap tahun walaupun beraudit yang berulang-ulang setiap tahun namun penyelewengan tetap berlaku sana sini.

Rasuah melibatkan billion ringgit samada diperingkat kerajaan pemerintah, wakil rakyat mahupun diperingkat kementerian dan jabatan, tiada satu pun kementerian atau jabatan mahupun ajensi kerajaan yang tidak terlibat dengan rasuah mahupun salah guna kuasa.

Rakyat marhaen hidup dalam kesempitan, rumah tidak mampu beli,. harga barangan melambung naik, gaji kecil, peluang perniagaan terhad, pengangguran meningkat , cukai ditanggung rakyat berbagai bagai cabang, jadi.bagaimana?

Kerajaan pula memberi beribu ribu alasan dalam menghalalkan tindakan tanduk mereka.
Kepada siapa lagi rakyat mahu mengadu?

Rakyat sudah penat, rakyat sudah jelak.

Orang dalam siasatan samaada kes rasuah, salah guna kuasa, mahupun terlibat dengan berbagai kes jenayah tetap berkuasa dan tetap bebas.

Pendakwaan mahupun.didakwa dimahkamah seperti semut.

Apalagi yang bolih rakyat harapkan dari Penguatkuasa Undang Undang.
Penguasa yang berat sebelah.
Pendakwa yang berat sebelah.
Pendakwaan pula berpilih pilih.

Ikan bilis, ikan parang,ikan tenggiri tetap masuk jaring tetapi standard jaws mahupun paus tetap bebas dilautan luas yang tiada sempadan.

Begitulah hakikatnya Negara ku ini.

Institut Raja sekadar menegur namun untuk membetulkan keadaan ibarat melepaskan batuk di tangga.

Isu melibatkan suku dan isu remeh-temeh agama dijadikan keutamaan

Agenda kesusahan rakyat golongan 7 juta miskin kategori BRIM semakin ramai. Rakyat tak berumah semakin tinggi jumlahnya namun siapa pembela rakyat?

Seandainya ini berterusan inshaallah generasi akan datang bakal menjadikan "institusi raja" sebagai "tugu" ataupun sebagai " taman perhiasan ditaman larangan".

Tiada lagi pilihan buat rakyat hanya melalui ketetapan satu undi saja semuanya bakal merubah seluruh langskap kepimimpin negara.

Cahaya Al Majid.







3 comments:

  1. Berikan mereka sedikit lagi masa, masa rasa kuat, masa rasa menang...

    Masa untuk mereka kembali insaf dan taubat iaitu masa untuk muhasabah diri.

    Setiap maksiat dan mungkar ada penghujung, setiap kezaliman ada azab..

    Kita serahkan kepada perancangan Allah..

    Kita terus bersuara walau satu ayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan jangan sesekali minta berlindung, pergantungan dan harapan kepada manusia walau apa status mereka, kecuali hanya pada Allah.

      Delete
  2. Itu pon dah bagus kalau mereka menegur untuk menegakkan kebenaran. Ada yang senyap sejuk menggigil. Pinjam dailog bujang lapok: Bukan shaitan seeetannn sultannnn.

    ReplyDelete