Friday, 19 January 2018

THE PROMISED LAND: TUKAR KERAJAAN..NEGARA HANCUR??

Bismillahirrahmanirrahim.

YANG DITAKUTI NAJIB
BUKAN KERAJAAN YANG AKAN HANCUR
TETAPI MASA DEPAN DIA DAN KELUARGANYA YANG HANCUR
ITU YANG NAJIB TAKUTI TU...

Najib ni kalau nak menakutkan orang orang kampung terutama orang di Sabah memang world.

Tetapi pada hakikat, cuba lihat di Selangor dan Pulau Pinang, adakah dua Kerajaan Pembangkang ini "hancur"?
Cuma yang hancur dikedua-dua negeri ini adalah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional saja.

Dah dua penggal Barisan Nasional dan UMNO mencuba dengan bermacam macam umpan kepada rakyat negeri ini, namun rakyat dikedua-dua negeri ini amat senang dan nasib rakyat mereka terbela jika dibanding ketika era Barisan Nasional atau UMNO menunjangi negeri ini.

Adakah dua negeri ini hancur apabila bertukar kerajaan? Dari Barisan Nasional kepada Pakatan?

Ekonomi, peluang niaga dan nasib rakyat dinegeri ini dilihat terlebih baik lagi jika dibandingkan dengan negeri negeri yang diperintah olih BN.

Tak da pun kita dengar atau lihat Pemimpin negeri pembangkang ini didakwa di mahkamah atau didapati bersalah kerana salah guna kuasa mahupun rasuah .

Tetapi jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Barisan Nasional  dari Sabah hingga lah ke Perlis, kes rasuah yang melibatkan Pemimpin BN terutama UMNO sering kali didedahkan cuma kes mereka saja " dilat'kan pendakwaan dengan berbagai alasan.

Dari PMnya hinggalah ke Exco negeri nya, semuanya terpalit dengan berbagai skandal dan rasuah samada dalam negeri mahupun diluar negara.

Tak ketinggalan,  di tanah Felda yang membekalkan UMNO dengan lebih 50 kerusi Parlimen pun, cuba dijual  olih UMNO dan BN.

Habis kering kekayaan peneroka disedut dan disebat olih Pemimpin UMNO. Olih itu siapa yang menghancurkan?

Bukankah Parti pemerintah yang menghancurkan masa depan rakyat? dan peneroka?

Cukup cukuplah 60 tahun UMNO dan BN berkuasa. Habis punah ranah harta Felda dan hasil peneroka  dikerjakan selagi bolih olih puak UMNO ni.

Walauapapun yang cuba ditegakkan olih Najib, rakyat dah serik dengan "janji manis" , cukuplah setakat ini kuasa diberikan kepada Melayu UMNO.

Cuma dikesempatan yang ada ini diharap samaada UMNO , Barisan mahupun Najib sendiri, tolong lah bersihkan maruah negara yang tercalar akibat skandal 1MDB tu.
Dan juga gelaran Klepetokrasi tu pun diharap dapat dibersihkan dengan kadar segera. Itu pun kalau UMNO dan BN ada maruah lah...

Cahaya Al Majid.


1 comment:

  1. Alang-alang menyelok pekasam, b iar sampai ke pangkal
    lengan. Negara ni memang dah hancur pun, satu demi satu
    asset rakyat di curi, jadi, biar hancur lebur.
    Sekurang-kurangnya, tukar kerajaan,
    boleh halang kehancuran sedia ada.
    Rome tak boleh dibina dalam sehari tapi boleh dibakar
    dalam semalam.

    ReplyDelete