Thursday, 14 June 2018

THE PROMISED LAND: BERAYA TETAPI TAK BERGAYA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada seluruh pelayar yang tak putus putus mengunjungi blog ini.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana 'menggerakan" hati ANDA semua untuk mengikuti perjàlànan blog ini.

Tiada daya dan upaya saya mahupun sesiapa saja untuk merubah pendirian mahupun pandangan diri orang lain melainkan semua itu adalah di atas kehendak Yang Maha Kuasa saja.

Saya disini hanyalah sebagai asbab untuk anda mahupun mereka atau sesuatu yang mungkin berlaku atau mungkin telah berlaku atau berubah atau akan berubah pada diri diri sahabat sahabat saya mahupun anda samaada yang telah saya dampingi dari dahulu mahupun sekarang dan yang telah berhijrah semuanya adalah diatas kehendak Allah SWT yang maha Mengetahui.

Alhamdulillah.

Walau siapapun kita, samaada kaya melangit nya seseorang mahupun melaratnya hidup seseorang mahupun tidak memiliki apa jua kekayaan didunia, namun Janji Allah SWT adalah benar, "Aku tidak Akan merubah Nasib sesuai kaum, melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya".

Berpegang dari Firman Allah SWT itu, inshaallah, berusaha, bertawakal Dan terus berdoa kepada Allah SWT Yang Maha ESA  adalah kunci buat segala galanya.

Inshaallah.

Semoga Aidul Fitri yang kita raikan ini akan membawa rahmat kepada diri kita dan juga keluarga  dan sekali gus memantapkan lagi  keimanan kita untuk hari hari yang bakal mendatang.

Sepuluh jari dihulur tanda kemaafan dipinta dari seluruh pelayar blog ini.

Selamat Hari Raya.

Cahaya Al Majid.

1 comment:

  1. teori bodoh bangang kaum abata mimangkuk ni la menyebabkan melayu dan islam jadi bangang penuh ilusi selagi mamak tua ni tak mampos lagi. mamak ni bukan kaum yg ditunggu kli anak bini sendiri penyokong lgbt comango dan pluralis murtad. mamak nak cakap aa pasa islam skg..menyalak untik tuan top dog layak nya.

    udah udah la berteori bangang ni..

    ReplyDelete