Bismillahhirrahmannirrahim.
PAKATAN MINTA KUASA BALIK
ADAKAH MAHATHIR DAH REDO UNTUK ANWAR JADI PERDANA MENTERI??
ATAU DIANNAK BALIK JAWATAN TU!!!
Kalau sebelum ini bermati matian kelompok PKR dan DAP membalun PPBM Dan Mahathir agar jawatan Perdana Menteri yang disandang Mahathir ketika itu untuk dilepaskan dan diberikan kepada Anwar.
Berbagai bagai alasan telah Mahathir berikan, dari 2 tahun atau 3 tahun atau selepas Persidangan APEC akhir tahun ini,namun, semua alasan Mahathir itu.tidak dipedulikan atau diendahkan olih PKR mahupun DAP.
Kerana tekanan inilah maka kebanyakkan pemimpin dalam Bersatu atau PPBM.dilihat.tidak lagi selesa dengan permainan yang dimainkan olih rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan.
Mungkin kerana gigitan Mahathir atau cengkaman Mahathir sudah tidak lagi sebisa dahulu, atau Geng DAP mula menyadari bahawa Bersatu hanya berstatus minoriti dalam Pakatan,maka, cucukan demi cucukan yang bertali arus telah dihala kearah Bersatu,.dan ini melemaskan ahli PPBM.
Kerana tidak sanggup dengan tekanan dari kedua pihak samaada dari dalam.PPBM mahupun DAP dan PKR ,akhirnya Mahathir meletakkan jawatan PM nya dan sekali gus Muhyiddin membawa keluar PPBM atau Bersatu dari Pakatan Harapan.
Berderai Pakatan Harapan!!!
Melalui jalan cerita yang Mahathir mahu kita hadam adalah:-
Selepas beliau dilantik sebagai'interim Perdana Menteri' , Mahathir menjangkakan bahawa beliau sekali lagi akan dipilih olih YDP Agong sebagai PM, tetapi, keadaan sebaliknya terjadi.
Mahathir tidak menjangka bahawa YDP Agong akan menerima perletakkan jawatan beliau dan memutuskan bahawa seorang Perdana Menteri baru perlu dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang Baginda rasa akanmendapat sokongan majoriti dari Ahli Parlimen.
Maka terjadilah peristiwa mengusul nama nama Ahli Politik dari kalangan mereka. Hanya nama Anwar Ibrahim dan Muhyiddin yang disebut dikalangan mereka dan bukan nama Mahathir. Memandangkan blok Anwar telah berpecah atas pemecatan Azmin Ali dan Zuraidah maka blok Anwar kekurangan Ahli Parlimen.
Setelah YDP Agong berpuashati dengan pertemuan dengan semua 222 Ahli Parlimen Dan diketahuinya Baginda siapa yang mempunyai majoriti maka dengan kuasa yang dipertanggungjawapnya keatas jawatan Baginda sebagai YDP Agong, maka,Baginda melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang baru.
Jadi dimana kesalahan YDP Agong yang mahu dipertikaikan olih Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam pelantikan Perdana Menteri. Hanya YDP Agong saja yang perlu mengesahkan kesahan jawatan Muhyiddin sebagai PM dan bukan Pakatan Harapan mahupun Mahathir.
Hari ini kelompok "haru biru' yang terdiri dari Mahathir, Anwar Ibrahim, May Sabu serta Lim Guan Eng mahupun dengan beberapa kerat dari Sabah dan Sarawak berkehandakkan kembali 'kuasa' yang telah disahkan kepada Muhyiddin.
Hahaha...apa citer....
Kau orang ingat..YDP Agong tu..kuli kau atau macai kau..
Suka.suka mak bapak kau je!!!
Bila masaalah.kau letak jawatan..hantar surat kat Agong..
Pas tu suruh YDP Agong selesaikan "tahi' kau.
Kalau rasa diri tu hebat dulu.. kenapa letak jawatan???
Adakah rakyat dan YDP Agong suruh kau letak jawatan?
Bila tak pilih kau lagi.. macam macam hal kau jaja..
Ini tidak! Bila dah masaalah..semua salahkan orang lain!!!
Cukup cukuplah..
Patut lah ramai rakyat dah meluat dan mendoakan kehancuran kamu semua.
Cahaya Al Majid.
Again you talk nonsense as if you got direct line to Allah.Baik dan buruk ada lah kehendak allah dan hanya dia tahu sebah dan musabah. Orang kena covid atau kanser ada lah telah di takdir allah. Bala atau hikmah hanya allah tahu. So dont play god lah.
ReplyDeleteKalau Tak faham Tata bahasa Melayu jangan Komen. Fahamkan apa maksud tanda tanya mahupun tanda seruan. Jangan perbodohkan diri, bolih Tak?
ReplyDelete