Saturday, 16 May 2020

THE PROMISED LAND : NAJIB MULA BUKA PEKONG MAHATHIR!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH SINGKAPAN NAJIB TENTANG
EMPIRE KEKAYAAN ANAK MAHATHIR SEBUAH KEBENARAN?

Kemungkinan perasaan yang terbuku yang amat lama dan yang telah tersimpan dihujung lubuk hati kini perasaan tersebut mula berinjak dan mahu menterjemahkan diri.

Kerana memendam perasaan terlalu lama kerana dituduh perompak,pencuri,penggadai negara, pembunuh serta berbagai bagai lagi gelaran, akhirnya, hari ini Najib mula membuka mulut dan meluahkan apa yang diketahuinya mengenai Mahathir.

Semua tahu bahawa Mahathir adalah Perdana Menteri buat negara ini selama 22 tahun dibawah bendera Barisan Nasional UMNO yang ditunjangkan olih UMNO serta berapa parti lain.

Mahathir pernah berkata bahawa kekayaan anaknya adalah kerana anaknya bijak berniaga Dan kekayaan yang dinikmati adalah dari usaha mereka sendiri dan bukan dari anugerah yang datangnya dari Mahathir.

Kalau benarlah apa yang didakwa Najib bahawa kekayaan anaknya sememangnya berpunca dari kekuasaaan Mahathir yang berjawatan Perdana Menteri ketika itu,maka,siasatan perlu dibuat terhadap anak anak Mahathir, kerana,. Najib pun dituduh dengan perkara yang sama, iaitu menyalah.gunakan kuasa demi kepentingan sendiri.

Sebelum ini ada juga desah desus mengenai kekayaan anak Mahathir yang dikata diperolehi melalui jalan kemungkaran. Kini sudah sampai masanya satu tindakan serius seperti yang didakwa Najib perlu dilakukan terhadap empire Mahathir demi kebenaran.

Tiada kepentingan diri melebihi kepentingan negara waima Perdana Menteri sekali pun.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment