Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
UMNO baru menyambut hariulang tahunnya yang ke 66 baru-baru ini. Selama 66 tahun ini selepas merdeka UMNO dipimpin olih 6 orang bermula dari Tunku Abd Rahman Putra Al Haj hingga kepada Najib Tun Razak dan kesemua mereka ini menjawat jawatan Perdana Menteri. Ada yang memerintah untuk jangka waktu yang lama dan ada juga yang memerintah untuk seketika. Dikalangan mereka ada yang disambung khidmatnya , ada yang meninggal semasa memegang jawtan , ada yang meletak jawatan dan ada juga yang di'nasihat' untuk melepaskan jawatan. Begitulah perjalananya nasib dan hakikat yang ditempuhi olih Perdana Menteri Malaysia dulu dan kini.
Tetapi pada hakikatnya setiap Timbalan Perdana Menteri yang menjadi orang kedua kepada Perdana Menteri tidak kesemuanya diangkat sebagai Perdana Menteri seperti Tun Musa Hitam , Tun Ghaffar Baba dan ketua Pakatan kini iaitu Anwar Ibrahim dan hanya Allahyarham Tun Dr Ismail saja yang meninggal ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dikalangan mereka-mereka yang memegang jawatan Perdana Menteri kebanyakanya tergolong dari keturunan 'bangsawan' atau 'ternama' atau orang berada. Kecuali Tun Dr Mahathir saja dari kelompok orang kebanyakan. Waima Pak juga dari kelompok orang berada kerana datuknya merupakan ulama besar dan kehidupan mereka semestinya 'senang atau mewah' berbanding Tun Dr Mahathir.
Berbalik kita kepada 'topik' utama iaitu Muhyiddin ganti Najib.
Walaupun Barisan Nasional meneruskan legasi pemerintahanya dalam PRU 13 yang lalu, namun penguncupan kerusi-kerusi yang dimenangi BN semakin terhakis berbanding dahulu. Walau bagaimanapun kerusi yang ditandingi olih UMNO didalam Barisan Nasional menampakkan pertambahan sedikit. Kekalahan beberapa kerusi BN adalah disumbangkan melalui kekalahan kerusi komponannya iaitu MCA, Gerakan. MIC dan beberapa rakan lain.
Kenapa kerusi UMNO bertambah?? Penambahan atau kemanangan UMNO adalah berpunca dari 'perasaan takut' orang Melayu sekiranya Pembangkang memerintah iaitu melalui kerjasama PAS,PKR dan DAP . Persengkokolan PAS , PKR bersama DAP serta 'kegagalan' PAS dan Melayu PKR mempertahankan isu' kalimah Allah" , keceluparan Nik Aziz berhubung isu-isu agama yang sensitif serta 'kelantangan' suara DAP didalam menentang Bangsa Melayu dan Agama Islam, membuatkan, Melayu 'menjuruskan' semua undi kepada UMNO melalui BN. Tindakan ini bukan kerana UMNO atau BN itu kuat tetapi Melayu tiada tempat lain untuk 'berlindung' untuk sementara waktu.
Walaupun Melayu terasa dipinggirkan atau dianaktirikan olih Najib didalam pemerintahannya, namun, untuk PRU 13, Melayu memberikan undi sepenuhnya kepada UMNO walaupun dengan 'rasa hati' yang pedih dan terpaksa. Pemberian serta sanjungan kepada kaum Cina dan India amat berlebihan yang dilakukan olih Najib, seolah-olah tanpa undi Cina dan India, BN akan kecundang dan hilang kuasa.
Didalam percaturan Najib melalui perkiraan 'Warroom' nya,Najib sendiri tidak berapa yakin bahawa Melayu akan memberikan undi sepenuhnya kepada UMNO dan BN, olih sebab itu beberapa kerangka 'strategi' dilakukan untuk 'memenangi' hati kaum Cina dan India. Tetapi alangkah 'dukacita'nya hati Najib apabila keseluruhan kaum Cina mungkin 95% dan 59% kaum India menolak BN. Kekalahan ini adalah disebabkan 'salah percaturan' dari penasihat Najib sendiri yang gagal membaca scenario ataupun sengaja nak 'mensabotaj' BN. Inilah yang perlu diteliti kini olih UMNO dan bukan Najib.
Ternyata strategi Najib serta kepimpinan 'war room' nya gagal 'menawan' atau 'mengalahkan' parti lawan. Strategi yang dilakukan adalah salah dan 'memakan diri' , olih itu, UMNO harus melihat scenario ini. Adakah masih mahu mengekalkan 'Jeneral' yang kalah didalam percaturan dan diberikan semula 'amanah' untuk mengetuai semula gerakan bagi menghadapi 'PRU 14?". Kini rata-rata orang Melayu tidak 'mengharapkan' Najib untuk menjadi Jeneral untuk PRU 14. Sepatutnya 'kegagalan' tempoh hari dijadikan 'laluan' untuk Najib memberikan lalulan kepada Muhyiddin untuk 'meneruskan' legasi PRU 14 tanpa syarat.
Sebelum banyak lagi kemusnahan yang dilakukan olih Najib kepada Melayu serta 'hati orang Melayu' , kini disarankan, sudah sampai masanya agar kepimpinan tertinggi UMNO iaitu Presiden UMNO yang ternyata gagal 'mendalami' hati Melayu, direhatkan atau 'disideline' dari jawatan . Untuk mengharungi PRU 14, UMNO memerlukan pemimpin berciri Islam, Melayu dengan semangat yang kental dan brutal didalam, menghadapi karenah dan aksi Pembangkang yang semestinya bersifat 'kurang ajar dan rasis'.
Melayu perlukan 'Panglima" dan bukan 'pemegang tombak".
Memandangkan Najib masih lagi merasakan beliau adalah 'pemenang' dalam kekalahan, olih itu didalam kesempatan PAU yang akan datang, seeloknya, ahli UMNO menggantikan "Jeneral" ini dan gantikan dengan "Jeneral" baru, yang lebih bersifat Melayu kampung yang tahu hidup susah dan memahami kemiskinan bangsanya dan memahami kehendak masyarakat 'bawahan' iaitu Melayu.
Ciri-ciri kemelayuan tampak dimata akan sifatnya , ciri keislamanannya pula bolih diketengahkan dan diangkat serta pasangannya pula tidak 'kerterlaluan' dan bercirikan 'muslimah', tidakkah patut kita menggantikan yang baik kepada yang terbaik.
" KETUA SEMESTINYA BERSIFAT SEBAGAI IMAM DAN BUKAN MAKMUM"
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
TERIMA KASIH OUTSYEDTHEBOX
Undian yang dibuat olih blog : OutSyedTheBox:
After three days (writing this on Sunday) the response so far (a bit more lembap - people are fed up I think) is as follows. Arranged in descending order :
Tun Dr Mahathir Mohamed 469 (51%)
Tan Sri Muhyiddin Yasin 234 (25%)
Tengku Razaleigh Hamzah 100 (10%)
Dato Sri Najib Tun Razak 39 (4%)
Dato Sri Ali Rustam 38 (4%)
Tun Daim Zainuddin 36 (3%)
Votes so far: 916
Ulasan OutSyedTheBox
Tan Sri Muhyiddin Yassin is next and pretty high with 25% of support. I strongly believe if there was no Tun Dr Mahathir or Tun Daim on the list, the votes for TSri Muhyiddin Yassin would have been much higher.
The PM Dato Sri Najib Tun Razak is way down the list - vying for last spot with Dato Sri Ali Rustam with 4% of the vote only.
Tan Sri Muhyiddin is more than six times as popular as Najib or Ali Rustam. If there is a contest today for the party president's post. Tan Sri Muhyiddin will clinch it in a cinch. I think this is obvious.
The people are fed up that Najib has not changed anything since he became PM in 2009. He had ample opportunity to completely change the Cabinet, throw out the entire non functioning system put in place by Pak Lah and reinvent the Gomen.
Instead Najib has made it worse. The non performing GLCs (actually almost fraudulent), the bloated 'con-sultans' ripping off the Gomen, the lacklustre and 'feathering their own nest' Cabinet, the out of touch with reality policies or no policies, the almost total ignorance of what is good business, wearing the silly cheong sam, the silly BRIM, the screecher preacher style of speaking have all made things worse for Najib.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWoi sumer jgn jadi jayanegara dah
ReplyDeleteDisebabkan nama ' gantidiri' sesetengah pemberi komen berunsur 'keterlaluan' maka komen tersebut saya keluarkan demi menjaga 'maruah' laman ini .Sila gunakan nama 'gantidiri' yang elok sekiranya menginginkan komen anda terpahat dilaman ini. Harap maklum.
ReplyDeleteBUKAN PASAL NAMA "GANTI DIRI" MAKA TUAN PUNYA BLOG INI MEMADAM SEMUA KOMEN @ HUJAH DARI TUAN "AKUDTGDRPANTEK", TAPI PASAL TUAN PUNYA BLOG INI SUDAH "KALAH" DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN DENGAN TUAN "AKUDTGDRPANTEK" ITU!!!!...SYABAS!!! TUAN "AKUDTGDRPANTEK"!
DeleteSalam. Perkara pokok disini bukan kerana 'menang' atau ' kalah' tetapi saya melontarkan pandangan serta permerhatian saya terhadap isu-isu semasa yang melibatkan soal pokok 'isu Melayu dan Islam'. Didalam perjuangan ini belum ada lagi istilah 'kalah' atau ' menang' kerana masing-masing mempunyai hala tuju dan perjuangan sendiri. Selagi terhadap 'isu' yang melanda yang didapati 'mengecilkan' ruang dan peluang Melayu dan Islam berkembang , yang didalangi pemimpin tertentu yang tidak mengikut Al Quran dan Sunnah, inshaallah, saya akan bersuara, untuk membetulkanya, waima, sekiranya, pemimpin Islam juga, tidak akan terlepas dari 'kritikan' saya. Harap maklum.
ReplyDelete