UMNO HARUS BERHENTI BERFANTASI ..INGATLAH KITA BERPIJAK DIBUMI NYATA. SELALUNYA PERUBAHAN ADALAH SATU KEBAIKAN SEPERTI SIFATNYA ' BERHIJRAH'. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"JANGAN SAMPAI MENUSIA MENJADI MALAIKAT MAUT UNTUK UMNO"
Manusia dikalam melalui usianya..semakin banyak umurnya semakin dekat pula 'hari kepulangan' untuk menghadap penciptanya. Tetapi Allah SWT itu adil-seadil-adilnya, ada manusia pulang pada usia yang muda dan ada juga dilambatan, semuanya itu adalah hak dan ketentuan dari Illahi.
Namun didalam meniti usia 66tahun UMNO, kalau dibandingkan dengan umur manusia, semestinya ini menunjukkan bahawa 'usia' bagini sudah menghampiri 'zaman rumah kata pergi dan kubur kata mari ' dan ini adalah kata-kata hikmat yang digunakan untuk "menyedarkan" atau ' peringatan' kepada sesetengah manusia yang masih leka dengan perkara ke 'dunia'an.
Walau apapun bagi pertubuhan pula, pada usia begini ianya melambangkan atau menunjukkan akan kematangan sesebuah kumpulan . Namun apa yang terjadi kepada pertubuhan UMNO pada usia begini 'kelompok' pemikiran pemimpinnya menampakan ketidak matangan serta kebimbangan, walaupun pada hakikatnya sesetengah dari pemimpinnya sudahpun melebihi had umur persaraan tetapi masih ketakutan didalam menerima realiti kehidupan dan perubahan.
Perkara ini amat ketara apabila isu PAU yang akan diadakan pada hujung tahun ini menjadi topik utama . Ketakutan terhadap 'isu pembangkang' nampaknya sudah ditutupi dengan kehangatan PAU 2013 ini pula . Bermula dengan ketetapan yang dibuat olih UMNO Negeri Sembilan yang secara terangan 'melalak' mengatakan sokongan agar jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan kerena 'menghormati' kuasa Presiden dan Timbalan Presiden. Samaada MB N. Sembilan meluahkan kerana ingin membodek atau sebaliknya, itu terpulanglah.
Apa yang merisaukan orang Melayu ketika ini ialah kepimpinan olih presiden UMNO ketika ini tampak lemah atau 'hilang arah'. Kepercayaan serta bantuan yang diberi dan dijanjikan kepada kaum Cina dan India telah dibalas dengan tuba olih kelompok ini. Samaada ianya kesalahan pucuk pimpinan didalam 'menstrategi' atau ' kelopongan pemimpin' hanya rakyat yang menjadi hakimnya. Tetapi sedikit sebanyak 'tempias' akan terarah kepada pucuk pimpinan terutama Barisan Nasional iaitu Najib.
Diwaktu kehangatan masyarakat Melayu mengatakan tentang PAU 2013, rata-rata rakyat samaada yang berada didalam UMNO mahupun diluar UMNO menyatakan keperluan untuk diadakan pertandingan. Tetapi dikelompok teratas pula nampaknya seakan-akan tidak berani menyatakan pendirian, kalau adapun ucapan yang diperkatakan semuanya "double meaning' atau 'beralas' ,hanya yang berada diiluar kotak secara terang 'menginginkan' semua jawatan dipertandingkan.
Untuk kali ini pertubuhan UMNO wajib berubah, samaada dari segi penampilan mahupun tindakan. Sekiranya pada usia bagini UMNO masih lagi ragu-ragu akan terpecah atau terbahaginya kumpulan UMNO sekiranya diadakan pertandingan maka selagi itu UMNO tidak akan berubah. Sekiranya segala susun atur tidak dilakukan demi pembaharuan maka UMNO akan nampak seperti dahulu dan ini akan membuatkan UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang hiprokrit 'dimata orang Melayu , ibarat ; cakap tak serupa bikin'.
Namun dengan kesempatan yang datang ini iaitu PAU 2013, sekiranya tiada perubahan dilakukan olih orang UMNO terhadap UMNO, terimalah hakikat bahawa ' saat kematian semakin hampir', bilamana 'tiada lagi Melayu yang soleh mendoakan' .
Kepada pertubuhan orang Melayu ini, 'tepuk dada tanya salera'.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
JANGAN SAMPAI UMNO JADI TENGKORAK HIDUP!!! |
Nota : Untuk kali ini saya tidak bersependapat dengan Ayahanda Dr Mahathir agar Jawatan Preseden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Sekiranya pertandingan dilakukan maka mandat baru dari Ahli Umno dapat memperkasakan UMNO lagi, sekiranya tidak . UNMO" tetap berada dikelompok yang dikata ' Kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi" itulah akan jadi kepada UMNO. 'Rumah kata pergi manakala kubur pula kata mari"
No comments:
Post a Comment