Saturday, 15 June 2013

40 HARI MELAYU UMNO DIANGKAT !! TETAPI TANGANNYA SENGAJA DIIKAT :

NAJIB MASIH MENUNGGU 'ILHAM PUNASIHAT' ?? JAWATAN PERDANA TERLEBIH PENTING , ISU LAIN BOLIH MASUK LONGKANG

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sudah melepasi 40 hari orang Melayu dan Bumpiutra berkuasa melalui Barisan Nasional , namun sehingga ini 'kuasa' yang dimiliki ' seakan-akan terancam' dengan keletah Anwar Ibrahim dan gerombolannya iaitu (Melayu+Cina+India+ carca marba). Berbagai-bagai bentuk 'ancaman' dilakukan terutama yang ' memperlekehkan  kuasa YDPA", "menghina Nabi Muhammad", 'menghina Melayu' dan 'bahasa Melayu'. Sekali gus, kumpulan ini secara terangan 'mempertikaikan' apa yang termaktub didalam Perlembagaan Negara dan 'penghinaan' ini sama  tarafnya  'Menghina Kuasa Kuasa Raja Melayu".

Melalui 'perkenan' Raja Raja Melayu, maka, Pemimpin  yang diberi mandat untuk 'mentadbir' sesebuah Negeri' , rakyat telah mewakilkan kuasanya @ suaranya' kepada Wakil Rakyat' yang dipilih samaada melalui Parti Pemerintah mahupun Parti Pembangkang.  Dalam erti kata sebenar, DYMM Raja Raja Melayu telah memberi perkenan  kepada setiap 'wakil rakyat'  yang menang didalam pilihan suara Rakyat kedalam sesebuah dewan perundangan untuk diperjuangkan nasib dan masa hadapan' mereka.

Kini semua pemimpin parti yang menang sudahpun 'mengangkat sumpah' ada yang menjadi Ketua Menteri ada yang jadi MB dan ada juga yang dilantik sebagai Exco, dan semua ini membuktikan bahawa mereka ini 'akur' dengan ketetapan yang 'terangkum' didalam Perlembagaan.

Sepatutnya sebagai pemimpin yang mewakili komponen parti  tertentu seharusnya memainkan peranan yang lebih berkesan didalam 'menasihati' orang-orang atau penyokong mereka agar 'akur' dengan 'ketentuan' yang 'disumpahkan' terhadap 'tanggung jawap' wakil rakyat . Namun semua tanggung jawap ini tidak dilakukan dengan beramanah, melainkan juga 'mereka-mereka' ini terlibat sama didalam 'menghina kuasa' YDPA' menyanggahi  sumpah yang dilafas sewaktu 'mengangkat jawatan'. Ini yang dinamakan ' sumpah laknat wakil rakyat". "Cakap lain buat lain."

Berbalik kepada isu sebenar, Melayu UMNO mengungguli 88 kerusi Parlimen, sekiranya kita mengambil kira parti-parti yang bertanding secara individu. Dari cerminan 88 kerusi ini UMNO merupakan tonggak utama yang menonjol didalam semua parti walaupun setelah dicampur dengan rakan parti BN. Dengan itu UMNO mendemonasi keseluruhan kuasa dipersada BN dan Kerajaan tetapi yang agak memuskilkan 'kenapa UMNO seolah-olah' hilang kuasa sedangkan UMNO yang berkuasa??

                               WATAK YANG DICANANG AKAN MENGUGAT 

                                             
PKR parti yang tersedikit mempunyai kerusi di Parliment nampaknya 'seolah-olah' amat berkuasa. Tiada sebuah negeri pun yang berjaya dimenangi secara majotiti olih PKR tetapi' tindak tanduk'nya melebihi tokey?? Kenapa parti Pemerintah takut?? dengan kuasa terkecil ini??

Dari perkiraan orang Melayu, nampaknya UMNO yang diterajui olih Najib Tun Razak ini sangat lemah dan gagal menangani 'isu pau basi'  PKR  ini. UMNO yang menungguli 88 kerusi Parlimen ini nampaknya 'terlalu takut' dengan angka 88 ini agaknya, mungkin Najib berimpikan bahawa jika BN memenangi 2/3 kerusi Parlimen maka 'itu bererti kuasa penuh " tetapi sekiranya 'menang simple majoriti' bermaksud ' kuasa terhad'. Najib harus tahu dalam Perlembagaan dan Pilihanraya, walaupun 1 kerusi membezakan, yang terlebih kerusi tetap  'pemenang' dan 'berkuasa'.

Tetapi sekiranya Najib takut dengan bayang-bayangnya sendiri atau tidak berkemampuan untuk 'membawa' Melayu dan UMNO kesatu 'level' yang lebih tinggi, diharap Najib tidak segan-segan berundur. Dengan berbagai spekulasi yang melanda tanah air berhubung 'kelembapan" Najib didalam nenangani 'isu-isu' semasa dan Politik, membuatkan, kepercayaan terhadap keupayaan beliau untuk terus memimpin UMNO kerap dipertikaikan.Ditambah pula dengan spekulasi terkini mengatakan Najib membuat pertemuan sulit dengan Anwar Ibrahim di Indonesia, dan isu ini serba sedikit 'menjejaskan' kepercayaan ahi UMNO terhadap Najib didalam menghadapi PAU yang akan datang.

Rata-rata pemimpin terdahulu mula meluahkan perasaan terhadap kepimpinan Najib, ada yang mengatakan Najib terlalu lembut, lemah atau tidak bolih mengawal keadaan, terutama berhubung isu Anwar Ibrahim dengan Blackout 505. Semua ini 'menjadi' nanah dan barah kepada Najib, sekiranya gejala ini gagal dibendung. Kebimbang orang Melayu terhadap 'penasihat' Najib yang dilihat tidak 'pro-Melayu' juga dilihat mencalarkan 'kredabiliti' Najib sebagai Boss, yang dilihat gagal 'didalam membuat keputusan' dari cadangan sipunasihatnya. Isu-isu ini nampaknya tidak melelapkan tidur Najib selama 40 hari ini.

Ditambah isu berbangkit berhubung ura-ura Tengku Razaligh 'dicucuk' untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, menambahkan lagi kelamkabut kehidupan politik Najib. Semua ini berlanjutan dan 'tercetus' kerana Melayu melihat bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak konsistant dan amat bergantung hidup politiknya kepada 'penasihat' yang disekelilng , yang rata-rata dilihat sebagai 'lintah menghisap darah' Najib. Itulah yang terjadi.

Walau apapun yang terjadi Melayu hanya ingin melihat kepimpinan UMNO yang ada ketika ini harus melakukan sesuatu untuk 'mengilap' kembali sinar UMNO yang dilihat semakin suram selepas PRU 13 walaupun menjuarai 88 kerusi. 

Tetapi semua itu tidak bermakna sekiranya kuasa' yang dimiliki' UMNO tidak dapat dimenafaatkan untuk :-

  1. Menentang Penghinaan Terhadap YDPA dan Raja Raja Melayu
  2. Menentang penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad s.a.w
  3. Menentang penghinaan terhadap Bangsa melayu
  4. Menentang penghinaan terhadap Bahasa Melayu.
 Sekiranya semua ini tidak berjaya atau berani dilakukan olih UMNO eloklah digantikan dengan pemimpin Melayu yang lebih brutal dan berani.berjuang .

                                           

                              AMAT DIKESALI TENTANG PEMBANGKANG
 Tidak pula kedengaran suara pemimpin  pihak pembangkang terutama PAS,PKR dan DAP  berusaha untuk membendung perlakuan 'tidak' beradap ini?? perlakuan mereka seolah-olah merestui 'penghinaan ini". Tidakkah mereka 'terangkum' didalam 'sumpah' mempertahankan Perlembagaan Negara dan Kedaulatan Negara serta Institusi Raja Raja ??Apakah sekiranya menjadi 'pembangkang' mereka bebas 'menghiris' hati orang dan bangsa Melayu dan Agama Islam ??

                                                Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment