Friday, 15 May 2020

THE PROMISED LAND: KENAPA TOMMY THOMAS DAN LATEEFA KOYA MUNGKIR PADA NEGARA!

Bismillahhirrahmannirrahim.

KES ANAK NAJIB
KEMALUAN TERHADAP TOMMY THOMAS
DAN LATEEFA KOYA.

Kenapa Tommy Thomas dan Lateefa Koya melepaskan jawatan masing masing apabila Kerajaan pimpinan Mahathir atau PH runtuh?

Adakah mereka berkhidmat kerana negara atau kerana mahu melengkapkan kemahuan Mahathir dalam menyabitkan kesalahan terhadap diri Najib,UMNO Dan Barisan Nasional?

Apa yang dilakukan Tommy Thomas sebagai AG adalah menentukan setiap kes yang melibatkan Najib, semua tuduhan semestinya bermula dari tangan nya..

Berapa banyak kes Najib dan sekutunya yang telah berjaya dibuktikan olih Tommy Thomas dimahkamah yang mengatakan sememangnya Najib adalah pencurinya seperti yang didakwa Mahathir?

Sudahkah tuduhan itu di buktikan secara nyata?

Melalui apa yang dibentangkan dan dilapurkan diMahkamah , belum ada satupun bukti nyata yang menjuruskan kepada penyataan bahawa Najib adalah pencurinya.

Samaada kes I MDB ke, kes RM40juta SRC  ke,mahupun kes KWAP, semua nya belum dapat membuktikan bahawa Najib adalah pencurinya.

Kalau sebelum ini Tommy Thomas beriya iya mengatakan bahawa semua kes Najib akan dapat dibuktikan dengan mudah kerana didakwa mempunyai banyak bukti, tetapi kenapa sehingga Tommy Thomas meletak jawatan ,belum ada satu bukti pun  mengatakan bahawa Najib adalah pencurinya.

Kenapa???

Atau adakah kerana dakwaan yang dikenakan terhadap Najib merupakan dakwaan dan dendam politik semata mata yang bertujuan untuk  merosakkan reputasi Najib,UMNO mahupun Barisan Nasional Dan mengangkat DAP, PKR Dan sekutunya?

Begitu juga dengan dakwaan terhadap anak tiri Najib, kenapa Mahkamah tidak dapat menyabitkan kesalahan terhadap beliau?Adakah kerana tiada bukti kukuh yang dapat digunakan untuk "melekatkan" tuduhan terhadap beliau?

Kenapa tidak dibuktikan kebenaran nya dan kenapa harus membuat penyelesaian.
Bukankah Mahathir, Kerajaan PH serta Tommy Thomas kata bahawa modal yang diterima olih anak tiri Najib berpunca dari 1MDB?
Buktikan lah!!!!

Kenapa perlu dibuat penyelesaian?
Adakah kerana malu atau tidak berjaya membuktikan semua tuduhan terhadap Najib mahupun sekutu Najib,membuatkan Tommy Thomas meletak jawatan tergesa gesa?

Kalau begitulah akhirnya, bukanlah Tommy Thomas berkhidmat untuk negara melainkan bersubahat dengan PH dalam meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap undang undang negara yang bolih diacu mengikut kehendak dan kemahuan Mahathir mahupun Kerajaan PH.

Selayaknya jawatan Tan Sri yang dipakaikan dibadan Tommy Thomas dilucutkan dengan serta merta.

Begitu juga dengan Lateefa Koya,kalau sebelum ini berdegar degar mengatakan bahawa banyak salahlaku dan kecurangan rasuah berlaku dalam kalangan Ahli politik terutama dipihak BN,UMNO mahupun Ahli UMNO. Kalau sebelum ini bermacam macam dakwaan telah dijaja tetapi akhirnya? apa kesudahanya?

Sebelum mengangkat sumpah jawatan, macam macam telah didakwa berlaku dikalangan Ahli politik terutama Najiblah, UMNOlah dan Barisan Nasional.

Kalau benarkah kau berada dipihak yang benar dan mengangkat kebenaran sebagai pegangan kau,kenapa kau lepaskan jawatan Ketua SPRM?

Bukankah sumpah dan janji kau untuk berkhidmat untuk negara ?

Atau sememang nya kamu berkhidmat untuk Mahathir dan Pakatan Harapan?

Jadi benarlah pandangan rakyat bahawa jawatan yang kamu sandang itu semata mata untuk kepentingan blok  politik yang kamu anuti iaitu Pakatan Harapan Dan bukan kebenaran yang kau perjuangan.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment