Thursday, 21 May 2020

THE PROMISED LAND: KATA BANG NON"KERAJAAN PH LEBIH BAIK BERBANDING PN ATAU BN'

Bismillahhirrahmannirrahim.

KEJAYAAN PAKATAN HARAPAN???
Heeemmmm.

Maafkanlah statement Bang Non ni, sebab Bang Non ni terlampau lama duduk Kat Sg Buluh dan maklumat terhadap perkembangan dan perjalanan ekonomi negara pun amat terhad buat Bang Non.

Apa yang pasti kebanyakkan informasi yang dapat dikutip olih Bang Non adalah melalui kata kata mahupun cerita dari pelawat dari kalangan kelompok Bang Non sendiri seperti Ahli keluarga mahupun dari lawyer lawyer yang membela beliau.

Kalau nak dapat informasi dari media sosial rasanya tidak kot kecuali kalau beliau menonton TV. Itupun kebanyakkanya cerita hebat Kerajaan masa itu . Amat jarang sekali siaran TV swasta mahupun RTM akan menceritakan kegagalan Kerajaan memerintah.

Olih itu bagaimana Bang Non hendak menilali kecuali cerita yang disampaikan melalui kaum kerabatnya saja.

Jadi bagaimana Bang Non menilai Kerajaan adakah melalui cerita cerita mulut?

Begitu juga dengan kehebatan PH yang dicanang Bang Non.

Benarkah pemerintahan Kerajaan PH berjaya meningkatkan taraf ekonomi negara mahupun rakyat?

Tidakkah apa yang kedengaran dan yang dirasai rakyat adalah sebaliknya.
Adakah dengan membubarkan cukai GST dan menggantikanya dengan cukai SST itu satu kejayaan yang telah menyelamatkan Kewangan negara?

Wahai Bang Non!!

Adakah manifesto yang dijanjikan kepada rakyat telah ditunaikan atau janji itu
hanyalah semata mata janji yang tidak perlu ditunaikan bak.kata PM Pakatan Harapan manifesto.bukan kitab suci'.

Adakah.penjualan harta negara yang beratus billion itu satu kejayaan buat PH?
Dan kemeruduman nilai matawang negara dan Bursa saham negara juga dianggap  satu kejayaan olih Bang Non?

Atau adakah kerana PH telah melantik Tommy Thomas dan Lateefa Koya yang gagal menegakkan undang undang dan bersifat pro PH itu juga satu kejayaan buat Bang Non juga?

Bang Non!! Hanya 2 perkara saja yang dilihat berjaya dilakukan PH iaitu pertama mendapatkan pengampunan untuk Bang Non sendiri dan kedua Atok Mahathir berjaya menitikkan air liurnya kemulut Abang Non dengan janji jawatan PM.
Alih alih Atok Mahathir kencing dengan janji Abang Non akan ganti dia sebagai PM dalam masa 2 tahun 3tahun atau lepas APEC.

Kesudahannya.. kejayaan PH yang dirasai olih rakyat adalah pertelagahan dan perebutan kuasa sesama sendiri.

22 bulan siang dan malam bersifat jatuh dan menjatuhkan sesama.sendiri dan akhirnya kejayaan PH diruntuhkan sendiri olih Atok Mahathir dengan perletakkan jawatan dia sebagai Perdana Menteri.
Maka hancur semua...

Itulah kejayaan Pakatan Harapan buat tatapan Abang Non.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment