Tuesday, 24 September 2013

BAM : KENAPA ANGKUH SANGAT!!! KEPIMPINAN AWAK BELUM TERBUKTI LAGI!!

JANGAN CAKAP IKUT SEDAP MULUT
BUKTIKAN DULU DIRI TU HEBAT
SETANDING ORANG YANG DIKATA
SalamunAlaykum

                                              "Jangan jadi kaduk naik junjung"

Apa yang diperkatakan  olih Presiden BAM yang baru dilantik baru-baru ini tidak mencerminkan sikap yang  professional . Sepatutnya beliau yang  berstatus 'Tan Sri" atau pun  seperti yang diwar-warkan sebagai seorang yang berkaliber didalam perniagaan, tetapi nilai diri sebagai 'Ketua' atau ' Pemimpin Persatuan" yang  unggul dan amat dihormati olih dunia luar terutama yang berkecimpung didalam sukan Badminton antarabangsa, nampaknya 'belum cukup ilmu" untuk " mengenali '" diri manusia yang pernah berjasa dan yang pernah 'mengukirkan' nama Malayisa  dan mengibarkan bendera Malaysia dipersada sukan dunia.     

Walaupun Rashid Sidek didakwa telah 'melakukan' kesilapan, seperti yang didakwa olih Presiden BAM, namun kesalahan atau 'salah laku' Rashid belum lagi dibuktikan  kesahihannya. Olih itu tindak tanduk Presiden BAM dengan meluahkan 'kata-kata' yang tidak enak didengar amat dikesali.    

Pressiden BAM harus mengukur 'baju di badan sendiri", siapa beliau kepada Negara? Pernah ke Tan Sri mengharumkan nama negara? Pernah ke Tan Sri memerah keringat untuk 'mengibarkan' bendera Malaysia di Persada Antarabangsa? Perlu diingat 10 tahun Rashid 'berkeringat' membantu Kem Malaysia terutama Jaguh   Badminton Negara Lim Chong Wei untuk berada diranking sekarang tetapi cuba tanya diri Tan Sri sendiri, apa sumbangan Tan Sri  kepada negara? Adakah Tan Sri setanding Rashid Sidek? Cuba tanya kepada peminat sukan di Malaysia, kenalkah mereka kepada Tan Sri berbanding Rashid Sidek?

Diharap Presiden BAM jangan cakap sedap ikut mulut. Kalau dah terasa diri tu hebat sangat cuba lah lahirkan beberapa lagi nama besar dalam dunia Badminton? Jangan setakat duduk di 'persada' hanya  untuk menilai 'kelemahan orang" sedangkan diri sendiri  sedang dinilai olih peminat serta masyarakat.

                                             Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
     
Tengku Mahaleel
JANGAN DISEBABKAN  'BERGELAR TAN SRI',  KITA BERANGGAPAN  YANG DIBUAT SEMUA BETUL
KEPIMPINAN PUN BELUM TERUJI LAGI..
 PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menyelar kenyataan jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yang mendakwa keputusan beliau untuk meninggalkan badan unduk itu selepas 10 tahun berbakti buat skuad kebangsaan disebabkan masalah pengurusan baru.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang terbang dari Kelantan untuk bertemu media berikutan peletakan jawatan Rashid kelmarin berkata, segala kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik 1996 di Atlanta itu, adalah rekaan semata-mata yang bertujuan untuk mengaburi mata BAM.

"Saya ingin tegaskan tujuan saya menjemput Tan Aik Mong ke sini adalah untuk membantu saya, dia hanya memantau dan bekerja sebagai Pengarah Pengurusan Bakat (TMG) BAM bukannya mengganggu seperti yang didakwa Rashid kecuali mendapat keizinan saya. Saya tidak tahu tujuan dia berbuat demikian. Tetapi semua itu tidak benar.

"Dan untuk makluman semua, kami telah menemui artikel India (media) bertarikh 19 Julai yang menyatakan Rashid telah menandatangani kontrak satu tahun dengan  Delhi Smashers.

“Jika ini benar, maka Rashid telah melanggar kontrak. Dalam undang-undang, anda tidak boleh mempunyai dua kontrak. Bagaimana anda boleh mempunyai kontrak dengan kami dan mendaftar dengan orang lain? Ini kerana, bila kamu ikat perjanjian dengan India, bagaimana kamu ingin mengendalikan latihan di sini.

"Jadi siapa ludah siapa dalam hal ini, dia ludah kita atau BAM ludah kepadanya? Saya fikir semua orang boleh menilainya setelah ketahui hal sebenar. Oleh itu, bagaimana kita mahu adil jika keadaan seperti ini," katanya pada sidang media di pejabat BAM semalam.

Rashid, yang menyerahkan surat peletakan jawatannya kelmarin mempunyai kontrak dengan BAM yang bermula 1 Januari 2013 hingga Disember depan.

Menurut Tengku Mahaleel, pihaknya mungkin akan mengenakan tindakan undang-undang kepada Rashid sekiranya apa yang didakwakan itu benar.

"Dalam undang-undang, pelanggaran kontrak akan mempunyai kesan yang teruk. Tapi kita akan meneliti terlebih dahulu dengan pihak India mengenai hal ini dan sekiranya betul, baru kita akan lihat apa tindakan lanjut akan dibuat.

"Buat masa ini peletakan jawatannya itu belum diterima oleh BAM dan kita tidak akan buat sebarang keputusan selagi kesahihan mengenai perjanjian dia dengan India tidak diketahui," ujarnya yang menganggap pemergian Rashid bukan satu kehilangan besar buat BAM.

"BAM tidak mempunyai masalah kehilangannya, kita masih mempunyai ramai pilihan jurulatih dan dilihat penilaian pemain di bawah bimbingannya juga tidak menunjukkan hasil yang bagus," jelas beliau.

Kelmarin, Rashid, 45 mengejutkan BAM apabila menghantar surat peletakan jawatan dengan sebulan notis.

Apa yang lebih membimbangkan, khabar kini bertiup kencang bahawa tindakan Rashid bakal disusuli oleh beberapa lagi jurulatih kebangsaan lain.

Tambah Tengku Mahaleel, pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa akan diadakan selepas ini bagi membincangkan isu terbabit.

No comments:

Post a Comment