SEKIRANYA KITA MENYAYANGI MEREKA LAKUKAN SEGERA AGAR KITA TIDAK MENJADI MANGSA SETERUSNYA DAN MENYESAL SEPANJANG HIDUP |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Setiap dari kita berasal dari sebuah keluarga. Samaada kita berasal dari keluarga berada ataupun dari keluarga biasa, semua itu adalah ketentuan Maha Pencipta yang tidak diberikan kepada manusia. Hanya setelah kita meningkat dewasa dan berupaya menggunakan akal fikiran , maka kita wajib berusaha memperbaiki kehidupan lalu yang dilalui. Samaada usaha itu diizinkan Allah SWT atau sebaliknya, semua itu telah termaktub di 'Luh Mahfuz" kepunyaan Allah SWT.
Terpanggil saya untuk menengahkan 'kisah benar' yang berlaku kepada individu dibawah ini, yang sememangnya amat dikenali olih masyarakat dinegara kita. Dan kisah benar yang dilalui beliau wajib dijadikan iktibar olih semua orang yang menyanyangi dan mencuba melindungi orang-orang yang disayang dari ditimpa musibah.
Sekiranya kita menyanyangi mereka lungkan sedikit masa untuk melakukan apa yang disarankan.
PERINGATAN : ADAKAH KITA SANGGUP MENERIMA SEKIRANYA
INI BERLAKU KEPADA YANG KITA SAYANG
ikhlas dari:- Cahaya Al Majid
Kisah melalui catatan blog peribadi : Noorshilaaminamin.blogspot.com
TRAJEDI GAS BOCOR :- JADIKAN TAULADAN AGAR KITA PEKA DENGAN PERSEKITARAN DAPUR KITA
SEMOGA PAPARAN KISAH INI DAPAT DIJADIKAN PERINGATAN KEPADA SELURUH SURI RUMAHTANGGA ATAU SUAMI AGAR SENTIASA 'BERWASPADA' MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT |
Syukur kehadrat Illahi yang masih mengasihi kita. Diberikan kekuatan, diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki dan yang paling kita syukuri kita masih lagi diberikan kesempatan untuk melalui hari ini dalam kehidupan. Saat dan jam berikutnya adalah ketentuanNya juga. Amin.
Hampir sebulan 'trajedi ' yang menimpa diri ini berlalu namun 'truma dan fobia' apabila melihat 'tong gas' dan dapur masak, masih lagi mendebarkan hati.
Sesungguhnya apa yang berlaku adalah diatas kehendakNya jua dan kejadian ini saya jadikan sebagai satu 'dugaan atau cubaan ' dariNya terhadap 'makhluk'Nya. Keridaan menerima "Qada dan Qadar" Nya menambahkan lagi keimanan terhadap Yang Esa.
Alhamdullilah , berkat doa orang yang tersayang, anak-anak serta sahabat dan rakan taulan samaada yang jauh mahupun yang dekat, kini saya pulih sepenuhnya. Terima kasih diucapakan kepada peminat-peminat yang sudi memberikan kata-kata semangat serta yang menghantarkan bermacam-macam ubatan , diucapkan ribuan terima kasih dan saya bermohon kepada Allah SWT agar kerahmatan jua dilimpahkan kepada mereka.
Ingatan kepada ibu-ibu serta bapa-bapa dirumah serta anak-anak yang selalu kedapur untuk memasak, diharap semua dapat memastikan bahawa keadaan dapur masak, tong gas serta kepala gas dan saluran tiup diperiksa selalu dan pastikan tiada kebocoran gas .
Jadikanlan ianya satu keperluan untuk memeriksanya pada kadar 'berkala' dan jangan dibiarkan. Untuk mereka-mereka yang menyimpan 'tong gas' didalam kabinet tertutup atau kedap udara, sila pastikan pintunya kabinet dibuka ketika memasak setidak-tidaknya pastikan tiada kebocoran gas berlaku didalamnya. Jadikanlah apa yang saya lalui ini sebagai satu pengajaran kepada semua agar ianya tidak menimpa orang lain.
Sebagai rujukan serta peringatan semua, disini saya paparkan gambar yang disiarkan . Semoga 'kerahmatan' ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa 'berwaspada' bila menggunakan 'gas".
Firman Allah SWT
Surah Al-Ankabut
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” .
Surah At-Thalaaq; ayat 3)
“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Tips
1. Jangan gunakan fabrik nylon atau polyster atau fabrik yang mudah terbakar sewaktu memasak
2. Nasihat Doktor :- apa bila seseorang terkena api atau minyak panas lakukan seperti berikut :-
i. lalukan air paip dikawasan yang melecur selama 5 minit kemudian sapukan putih telur
dibahaguan tersebut
ii. jangan gunakan 'colgate' atau 'apa-apa'
iii. paling tidak rendamkn towel dengan air dari peti sejuk lalu tekapkan dikawasan yang
terkena
" lepas tu barulah bawa ke kelinik"
Noorshila Amin
No comments:
Post a Comment