Bismillahhirrahmannirrahim.
ADAKAH UNDANG UNDANG TELAH DICABUL
DIERA TOMMY THOMAS SEBAGAI
PEGUAM NEGARA????
Kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah melalui tingkahlaku Peguam Negara yang dahulu mahupun yang terkini dan keputusan mereka dipertikai olih rakyat mahupun pengamal undang undang maka ketetapan menegakkan undang undang perlu dilakukan segera.
Kalau sebelum ini Peguam Negara,Tommy Thomas telah membebaskan Lim Guan Eng atas tuduhan rasuah serta beberapa orang wakil rakyat DAP serta beberapa orang pesaorangan yang terlibat dengan aktiviti kelompok keganasan atau LTTE, maka, semua keputusan Peguam Negara Tommy Thomas perlu dikaji semula.
Tidak cukup dengan itu satu ketetapan tentang campur tangan Tommy Thomas terhadap kes kematian Ahli Bomba Adib juga perlu diperhalusi.
Semenjak tertularnya kes anak tiri Najib yang dikata telah mendapat keizinan Tommy Thomas untuk disifatkan sebagai DNAA dan Tommy Thomas menafikan sebaliknya,maka, ketetapan berhubung Kedaulatan undang undang perlu dijelaskan.
Memandangkan Tommy Thomas amat mirip dan condong kepada parti Pakatan Harapan dan Mahathir.seperti yang Tommy Thomas lafaskan,maka, keputusan yang diambil beliau mungkin berat sebelah.dan mungkin menafikan undang undang.juga mungkin telah berlaku.
Untuk itu satu RCI terhadap Tommy Thomas yang dilihat gagal menegakkan keadilan.dan berperinsip berat sebelah serta gagal dalam menentukan pendakwaan terhadap tertuduh dengan niat melepaskan, maka, tindakan RCI adalah satu keperluan terhadap beliau.
Sekiranya perkara diatas gagal dilakukan maka rakyat akan berpandangan bahawa kuasa politik mengatasi undang undang atau undang undang sememangnya telah dipegang olih Ahli Politik yang berkuasa?
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment