Wednesday, 30 June 2021

THE PROMISED LAND: BENDERA PUTIH PENYELAMAT , YDPA ADA 45 HARI UTK SELAMATKAN NEGARA INI!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kerana hilang sumber kewangan serta hilang pekerjaan mahupun hilang mata pencarian kerana PKP yang berulang ulang kerana kegagalan Kerajaan dalam merangka plan pemulihan dalam MASYARAKAT,maka, rakyat telah bangun dengan ikhtiar membantu melalui "bendera putih'.

Walaupun hanya dengan isyarat menaikkan bendera putih, inshaallah, berbagai pihak dalam masyarakat akan datang membantu.

Alhamdullilah,. begitulah peka dan perihatinnya masyarakat berbilang kaum dalam membantu golongan yang terkesan dengan kemeruduman ekonomi akibat dari  PKP bangang yang dilakukan Kerajaan.

Kini ramai pihak sudah memulakan food bank bagi membantu golongan ini. Alhamdullilah.

Apa yang kita kesalkan , Kerajaan masih gagal dalam mengurus pendemik Covid 19 ini.

Walaupun Kerajaan memgatakan "total lockdown" tetapi pada hakikatnya bukanlah "total lockdown" sebenar. Apa yang sebenarnya dilakukan Kerajaan hanyalah menghadkan pergerakan masyarakat atau rakyat.

Yang mendukacitakan rakyat adalah kilang kilang dan tapak pembinaan yang menyumbang.lebih dari 70 peratus penularan didalam masyarakat,masih dibenarkan beroperasi.

Majority pekerja yang bekerja disektor perkilangan ini pula adalah pekerja warga asing dan kelompok ini tidak terjejas pendapatan mereka dan kelompok ini jugalah yang menyebabkan banyak wang negara dibawa keluar.

Kerajaan dilihat amat mementingkan ekonomi puak gergasi berbanding nyawa dan ekonomi rakyat sendiri.

Akibat.dari kekangan yang dilingkari terhadap rakyat melalui PKP ini, telah mengakibatkan majoriti rakyat hilang punca pendapatan.

Yang amat terkesan adalah mereka yang bekerja sendiri.

Kini kes membunuh diri semakin meningkat dan membimbangkan. Belum pernah negara kita alami perkara sebagini walaupun satu masa dulu kita menghadapi serangan matawang namun kes membunuh diri tidakkah seteruk hari ini.

Kegagalan bertimpa timpa Kerajaan PN yang dinahkodai olih Mahiaddin yang sememangnya tidak berkelayakkan.

Disumbang burukkan lagi,ada pula dari kalangan Menteri yang tidak berpengalaman seperti kelompok 'walaunta"  PAS serta beberapa kerat dari UMNO ini telah menyumbang keatas kegagalan terburuk negara abad ini.

Kepada YDP Agong ,jangan berlengah lagi, segera tamatkan Pemerintahan Kerajaan yang Tuanku perkenankan.ini. Sikit sebanyak Tuanku Baginda YDPA juga bertanggung jawap dengan kegagalan ini.

Kini tiba masanya Tuanku YDPA menarik balik perkenan PM kepada Mahiaddin dan jangan biarkan Kabinet nya dari terus menjadi Kerajaan. 

Lagi lama Tuanku YDPA membiarkan Kerajaan PN bernyawa lagi banyak kemudharatan dan kemusnahan bakal berlaku terhadap negara.

Jangan terpedaya dengan Kerajaan yang terbentuk dari pengkhianat Sheraton!!!

Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Negara hanya ada masa kurang dari 45hari untuk diselamatkan.

Lakukan sekarang atau tunggulah 45 hari mendatang.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment