Bismillahhirrahmannirrahim.
ALFATIHAH..
Sudah lebih 24 bulan Najib melafaskan ' sumpah laknat" dengan menyebut kalimah Allah SWT bagi menafikan bahawa beliau terlibat atau sedar akan kemasukkan dana RM42 juta dari SRC keakaun beliau.
Kemasukkan Dana RM42 juta yang dakwa inilah yang disabitkan kesalahan keatas diri beliau.
Berbagai ranjau dan rintangan telah dilalui sepanjang beliau dipakaikan "rantai kesalahan" olih Hakim Nazlan dimahkamah Tinggi.
Semua umat Islam faham dan mengerti apa maksud "sumpah laknat' . Tujuan sebenarnya adalah menyerah diri atau berserah diri bulat.bulat kehadrat Illahi dan memohon Allah SWT menjadi "Hakim ' diatas kesalahan yang dituduh keatas dirinya dan berharap agar pertolongan dari Allah SWT hadir sekiranya dirinya benar benar teraniya.
Memandangkan August 25 , 2022 adalah hari terakhir penghakiman berhubung rayuan Najib dimahkamah tertinggi negara bagi menyempurnakan 'penyaliban atas kesalahan", Najib akan dikenali sebagai banduan selama 12 tahun mendatang.,
Tetapi inshallah, sekiranya Najib sebenarnya tidak bersalah dan teraniya,. inshallah, mereka mereka yang merancang dan yang bersubahat dalam menganiya Najib. pasti mereka mereka ini akan menerima "ganjaran' dari Allah SWT dengan kadar segera.
Inshallah, sama samalah kita nantikan berita "kegemparan" dalam negara dalam waktu yang terdekat ini.
Inshaallah Allah SWT tidak menzalimi mereka yang teraniya .
Inshaallah kebenaran bakal mengatasi kebhatilan.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment