Wednesday, 17 August 2022

THE PROMISED LAND : DO OR DIE BUAT KLUSTER ISMAIL SABRI

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nampakknya impak dari persefahaman atau MOU antara Ismail Sabri dengan Pakatan Harapan serta perjanjian sulit antara Ismail Sabri dengan Bersatu telah membuahkan hasil kini.

Apa saja strategi atau tuntutan Pakatan Harapan mahupun setuju terima terma Mahiaddin,yang diharapkan untuk merencatkan usaha Zahid Hamidi , Tok Mat Hasaan dan Najib dalam memperkuatkan  BN dan UMNO, kini terbukti mula merosakkan reputasi kepimpinan UMNO.

Melewat lewatkan pembubaran Parlimen dengan berbagai alasan , membesar besarkan isu LCS dan memberi ruang yang besar kepada  parti pembangkang untuk membenam UMNO, serta membenarkan "pendakwaan" terpilih terhadap beberapa nama besar pemimpin UMNO

Namun apa yang dilihat segala perancangan ini hanya menjurus kepada satu tujuan saja iaitu melupuskan 'puak yang menguasai PWTC " dan mengangkat kredibiliti Kluster UMNO diPutrajaya agar dilihat sebagai Mr and Mrs Clean .

Tanpa menjejaskan nama Pakatan Harapan dan hanya melalui strategi persefahaman,.tiap bait waktu, UMNO dan BN kini mula terbeban kerana "langkah sumbang" yang dlakukan olih Ismail Sabri.dan kluster nya .

Musuh UMNO sebenarnya bukanlah Pakatan Harapan mahupun Perikataan Nasional mahupun Mahathir tetapi musuh UMNO adalah  dari kalangan pemimpin"mereka yang merasakan diri hebat' serta mereka yang memegang kuasa tetapi berkeinginan untuk menguasai UMNO.

Hanya kerana ingin mengekalkan kuasa maka, segala nasihat dan pandangan dari kelompok tertinggi Parti disampingkan dengan alasan untuk mengekalkan kestabilan politik dan bukan untuk meningkatkan ekonomi mahupun untuk memulihkan pasaran saham mahuoun pasaran modal.

Bagi mereka  "1 down and 1 more to go'.dan Ungkapan.ini sebenarnya menjurus kepada Najib dan Zahid. 

Mereka mengimpikan agar kedua watak ini segera dinyahkan agar memudahkan cita cita politik mereka.

Tetapi adakah cita cita dan keinginan mereka ini akan tercapai?

Dan adakah Ismail Sabri akan hilang kuasa atau adakah UMNO akan buat keputusan do or die kerana kedegilan Ismail Sabri?

Cahaya Al Majid.







No comments:

Post a Comment