Bismillahhirrahmannirrahim.
Sudah 3 kali YDPA Titah agar Parlimen bersidang tetapi PN tetap ingkar.
Tiada jalan lain melainkan...
YDPA wajib mengerakkan TDM (Tentera Di Raja Malaysia) untuk mencegah Kerajaan PN dari melakukan kemudharatan yang lebih besar terhadap kemaslahatan rakyat dan Negara.
Rakyat dalam berbagai kesusahan, duit sudah tiada,bantuan macam siput babi.
Rakyat tertekan,
Setiap hari ada rakyat membunuh diri. Rakyat sudah mengambil jalan singkat.
Jangkitan Covid 19 tetap tinggi melebihi angka 5 ribu,
Kematian kerana Covid juga meningkat,
Ekonomi merudum,
Semuanya kerana Mahiaddin merasakan bahawa kedudukan Kerajaan PN kukuh dan mempunyai majoriti sebab UMNO masih mendukong mereka.
Kerana merasakan bahawa sokongan 111 Ahli Parlimen masih bersama mereka maka Titah YDPA bukan perkara penting.
Satu perkara yang perlu dilakukan UMNO demi menyakinkan rakyat dan orang Melayu adalah dengan menjadi pembela atau benteng terakhir terhadap kuasa Raja Raja Melayu dan mengaku menjunjung tinggi Titah Baginda YDPA , maka, tanpa alasan, UMNO perlu menarik sokongan serta merta terhadap keberadaan mereka dalam PN sebagai Kerajaan.
Walaupun ada segelintir Ahli Parlimen UMNO yang sedang menjawat jawatan Menteri didalam Kabinet PN mungkin akan enggan untuk berserta dengan keputusan kepimpinan UMNO dalam menarik sokongan ,maka, memecat keahlian mereka adalah jalan terbaik demi kelangsungan parti.
Tiada guna UMNO bertangguh lagi kerana maruah dan intrigiti YDPA dan Raja Raja Melayu sedang dipemalukan secara terangan samaada olih Perdana Menteri nya, Menteri Menteri nya, Peguam Negara nya juga olih Speaker Dewan nya.
Bukan saja maruah YDPA tercalar dan tidak dipandang tinggi olih rakyat malahan dunia pun bakal memperlekehkan keberadaan YDPA dan Raja Raja Melayu kerana Kerajaan PN merasakan mereka lebih berkuasa.
Sekiranya UMNO tidak mahu berserta dengan YDPA Agong dan Raja Raja Melayu,dan masih mendukong dan menyokong Kerajaan PN, maka, kehilangan kuasa dan hilang kedudukan serta disisehkan olih orang Melayu bakal diterjemahkan olih rakyat pada PRU 15.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment