Friday, 9 July 2021

THE PROMISED LAND: PENDERITAAN BERGANDA RAKYATNYA BAKAL BERPANJANGAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Penderitaan rakyat akan berpanjangan.

Selagi Kerajaan berdegil dan tetap menghalalkan kelompok pergilangan, pembinaan dan kelompok perusahaan tidak mustahak berterusan , selagi itulah kes Covid tidak akan mengurang.

Walaupun vaksinasi dilakukan seharian yang tidak menumpukan kesektor yang terpilih, maka penularan berskala besar akan berlaku. 

Memburukkan lagi jangkitan melalui kluster yang disebut diatas ,penularan terhadap masyarakat setempat telah berlaku dan ini telah menambahkan lagi angka jangkitan dan juga kematian dari hari kehari.

Kalau Kerajaan PN sayangkan rakyat maka berkorbanlah demi nyawa rakyat . 

Hentikan operasi pengilangan, pembinaan serta perusahaan yang bukan keperluaan tetapi kalau Kerajaan masih berdegil untuk meneruskan semua kegiatan tersebut dan mengharapkan keajaipan vaksin sebagai benteng maka bersedialah untuk prasa yang lebih buruk dengan angka kematian melebihi 3 angka setiap hari.

Kelumpuhan terhadap kemudahan hospital Kerajaan mahupun swasta pasti berlaku.

Tiada lain benteng yang dapat menahan kegilaan ini melainkan semua sector ditutup selama 20 hari.

Sekiranya jangkitan masih tidak berkurangan minggu ini, maka, tunggulah bala besar bermula yang bakal menghantui negara untuk minggu minggu mendatang.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment