Bismillahhirrahmannirrahim.
Bermacam macam alasan diberikan. Kini belum seorang pun Ahli Parlimen UMNO yang berani menarik sokongan terhadap Kerajaan PN dan Mahiaddin.
Adakah semua ini hanyalah retorik dan propaganda Ahli Parlimen UMNO saja?
Samada yang berjawatan Menteri dalam Kerajaan mahupun didalam GLC , mereka mereka ini masih belum memulakan gerakan untuk meninggalkan Kerajaan PN.
Adakah Ahli UMNO yang berjumlah 3.4 juta bakal dikencingkan olih Pemimpin yang memegang kedudukan didalam Kerajaan?
Hahahah ๐๐๐๐ runtuh langit Malaysia kalau mendengar "kata kata Pemimpin UMNO ni.
Masih ada lagi kah.. jati diri dan maruah Pemimpin UMNO yang selama ini berdegar degar mengatakan bahawa perjuangan mereka adalah untuk kemaslahatan rakyat, negara dan juga Agama.Islam?
Tetapi apabila kuasa dan duit seakan akan terlepas dari genggaman, maka, kepentingan diri dijadikan keutamaan dan kepentingan parti disampingkan.
Itukah jati diri yang dibina olih 'duit dan harta dunia' yang berimamkan iblis dan syaitan' dari kalangan manusia yang berada didalam UMNO?
Buanglah simbol keris itu dan gantikanlah dengan simbol lain.
Mungkin gambar "akak Sajat" sesuai kot untuk difikirkan sebagai ganti kalau keberanian telah hilang dari diri.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment