Bismillahhirrahmannirrahim.
Berbulan lamanya, 3.4.juta Ahli UMNO menunggu agar suara mereka diterjemahkan secara nyata olih Presiden mereka.
Walaupun Zahid tidak petah berkata kata, namun ayat yang atur dan diluahkan secara terperinci dan terang sudah memadai untuk memuaskan hati dan kehendak Ahli partinya.
Melalui ucapan perpisahan serta ungkapan menarik sokongan terhadap keberadaan Mahiaddin dan Kerajaan PN sebagai Kerajaan, maka secara jelas dan terangnya Mahiaddin dan Kerajaan PN telah hilang majoriti'.
Kini Kerajaan PN yang ditunjangi olih Bersatu dan PAS serta beberapa kerat lagi Parti kecilan serta beberapa gabungan parti dari Sabah dan Sarawak,bakal mencari "pelampung' untuk mengekal kuasa.?
Apakah pandangan serta takrifan Baginda YDP Agong serta Duli Duli Raja Melayu terhadap situasi penarikkan sokongan UMNO terhadap Kerajaan PN?
Pada pandangan rakyat marhean, Kerajaan yang memerintah ini sangat gagal dan penyataan kegagalan yang disebutkan olih Presiden UMNO sememamgnya sealiran dengan keadaan dan bukan serkap jarang.
Kegagalan yang bertimpa timpa semenjak Pemerintahan 22.bulan Kerajaan Mahathir PH dan diganti dengan Kerajaan PH2.0 yang dari kelompok yang sama iaitu PPBM,maka, mengelumangkan rakyat dengan kesusahan seolah olah tiada penghujung.
Tiada apa pencapaian yang dapat dibanggakan olih kedua dua Kerajaan ini melainkan negara dijurus kelembah kehancuran.
Kelacuran politik, kehancuran ekonomi negara dan rakyat, peningkatan kes Covid semakin menggila, kematian kerana Covid juga sedang menaik, peningkatan kes bunuh diri juga bertambah dan bermacam macam lagi.
Kini rakyat dalam kesusahan dan rakyat terpaksa mengibar bendera untuk kelangsungan hidup.
Adakah petanda diatas menunjukkan negara kita dilindungi ALLAH SWT.?
Atau adakah Negara kita sedang diazab Allah SWT kerana memiliki Pemimpin yang tak berakhlak dan tidak amanah',pembohong, penipu atau pemfitnah?
Atau .adakah.ini 'laknat Allah SWT" kerana sumpah Najib yang "berbalik" kepada pelakunya?
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment