Bismillahhirrahmannirrahim.
Runtuhnya Kerajaan pimpinan UMNO diMelaka dikata kerana "gila kuasa dan agihan projek".
Ketua Menteri dari UMNO dikata terlalu mengikut telunjuk Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang menjawat jawatan Speaker Dewan Negeri Melaka.
Kerana ketidakpuasan hati'4 orang Ahli Exco Negeri iaiatu 2 dari UMNO berserta 2 lagi anggota Exco Dewan Negeri yang mesra Kerajaan BN , bagaimanapun mereka berempat telah sepakat menyatakan telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri dan mengakibatkan Dewan Negeri telah dibubarkan. Itulah rentetannya.
PRN bakal diadakan pada 28 hb November 2021.
Apa kedudukkan BN dan UMNO sekarang.
Sebelum ini UMNO Pusat melalui MKT dan PAU telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan berkerjasama dengan PPBM atau Bersatu mahupun PN dalam PRU 15.
Walau bagaimana pun pembentukan Kerajaan terkini wakil UMNO telah dipileh sebagai Perdana Menteri,namun apa yang dapat dilihat kuasa Perdana Menteri tidak "mutlak' tetapi bersyarat atau terbatas. Semua ini terbukti apabila SUA UMNO gagal dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Walaupun PN melalui suara Setiausaha Agongnya Hamzah Zainuddin mahukan agar kerjasama PN dan BN dipersekutuan dapat diterjemahkan di Melaka namun beberapa pandangan dari kelompok UMNO serta pegangan Ahli MKT UMNO terkini, nampaknya bertentangan dengan kemahuan PN.
Ahli UMNO masih berpegang dengan keputusan PAU.
Antara kuasa dan maruah , yang manasatu President UMNO dan MKT bakal pileh?
Mungkinkah kerana kuasa, UMNO bakal memileh untuk bersama PN? atau memilih maruah dengan bertanding sendirian demi kelangsungan kuasa pada PRU15?
Jika Zahid aka President UMNO memileh untuk bersama PN pada PRN ini, maka, Zahid bakal diterjah dan akan hilang sokongan dari Ahli akar umbi UMNO dan ini memudharatkan kedudukan beliau sebagai President UMNO dan UMNO bakal dilabel sebagai pengecut dan Zahid bakal dilihat sebagai gagal sebagai President.
Dan kemudharatan pada UMNO terlebih besar bakal berlaku dalam liku liku menghadapi PRU 15 nanti.
Sekiranya UMNO atau BN bersendirian dalam PRN ini, UMNO dilihat lebih bermaruah dan kerusi UMNO dalam DUN juga bakal dapat dipertahankan dan ini memudahkan jalan jalan kemenangan menuju PRU 15 terbentang luas.
UMNO sebenarnya tiada pilihan lain kecuali "leburkan" PPBM atau Bersatu atau kelompok yang sewaktu dengan nya iaitu Perikatan Nasional.
Memileh PN sebagai gabungan dalam PRN diMelaka seolah.olah memileh jalan untuk UMNO cepat cepat untuk dikuburkan .
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment