Bismillahhirrahmannirrahim.
Kalau PRU 14 dahulu, ratipan harian Mahathir adalah Najib, kleptokrat, IMDB serta hutang negara RM1 Trillion.
Ratipan berjemaah ini bukan saja keluar dari mulut Mahathir malahan ratipan ini juga disumbatkan juga kemulut seluruh kepimpinan Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP, PAN serta PPBM atau Bersatu
Mahiaddin berserta seluruh kepimpinan Bersatu atau PPBM termasuk Mahathir, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta seluruh anggota DAP, PKR yang ketika itu dinahkodai olih Azmin Ali kerana Anwar Ibrahim masih diSg Buluh, tidak ketinggalan Rafizi Ramli serta seluruh kepimpinan PKR dan disertai olih Mat Sabu and the Gang dari Amanah atau PAN, tanpa gagal setiap hari menyanyikan lagi dan irama yang sama iaitu hutang negara RM1 Trillion, Najib penyamun,perompak, dan 1MDB.
Dijanjikan pula kepada rakyat bahawa toll akan dihapuskan, GST dihapuskan, PTPTN tidak perlu dibayar balik serta bermacam macam janji bulan dan bintang yang akan diberikan kepada seluruh rakyat, akhirnya apabila Pakatan Harapan dan Mahathir berkuasa..semua yang dijanjikan dikatakan bukan "kitab suci' hanya GST satu satu nya yang dihapuskan.
Tetapi hari ini Mahathir mula melagukan irama baru.pula . Kata Mahathir UMNO akan membawa kehancuran kepada negara.
Hahahah 🤣🤣🤣🤣 Mahathir! Mahathir.
Cuba Tanya Mahathir..selama 9 Tahun UMNO yang menunjangi BN diera Najib sebagai Perdana Menteri, adakah negara berada dizaman kegelapan ekonomi atau pun zaman kemeruduman bursa saham ataupun zaman kehilangan pelabur pelabur dari luar negara mahupun zaman matawang negara semakin kecil berbanding matawang luar?
Adakah ekonomi negara semakin mengecil ataupun pembangunan prasarana terhenti dan projek tidak ada?
Bukankah ekonomi negara mencanak keparas RM1.3 Trillion.
Dan kenapa , tiba tiba bursa saham negara menjunam keparas dibawah 1600 mata ketika Mahathir menjadi PM buat kali kedua dan Pakatan Harapan adalah Kerajaan nya. Kenapa tetiba bursa saham hilang 300 mata yang bernilai RM300 billion -RM400.billion?
Adakah kejatuhan ekonomi, kemeruduman bursa saham mahupun larinya pelabur luar negara kerana UMNO "bermasaalah" sedangkan.yang sedang berkuasa adalah Mahathir Dan Pakatan Harapan yang mana didalamnya ada Anwar Ibrahim, Lin Guan Eng, Lim Kit Siang, Mahiaddin Yassin, Mukhris Mahathir,ada Mat Sabu,Gobin Singh and Brothers, Khalid Samad,.tidak ketinggalan Syed Sadik, Mazlee Malik, Tok Pa, Mas Emiryanti serta Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin ditambah dengan keberadaan Ketua Polis yang dipilih sendiri olih Mahathir iaitu Hamid Bador, Lafeefa Koya sebagai Persuruhjaya SPRM, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara serta Ketua Hakim Richard Melanjun dan dikuatkan lagi dengan Zeti Aziz sebagai Gavornor Bank Negara tetapi akhirnya ..ekonomi melungkup, hutang negara bertambah, aset negara banyak terjual dan wang PETRONAS di sedut semahunya bagi melapangkan perbelanjaan negara. Tak cukup dengan itu berbagai bond diterbitkan untuk tujuan perbelanjaan.
Kenapa???
Adakah semua Wang itu digunakan untuk melunaskan hutang hutang yang dikata Pakatan Harapan sebagai "hutang dibawah BN dan UMNO ' melebihi RM1 Trillion. Sedangkan hutang negara yang sebenar yang telah diaudit adalah sebanyak RM686 billion saja atau tidak lebih dari ,52,% dari KDNK negara.
Cukup cukuplah Mahathir, tak kira lah siapapun samaada Mahiaddin ke, Anwar Ibrahim ke, Hj Hadi ke atau sesiapa pun yang berasal dari Pakatan Harapan..sedarlah..anda telah menjerumuskan negara ini kelembah kemeruduman ekonomi, kemelesetan bursa saham, kejatuhan nilai mara wang ringgit, penarikkan keluar modal pelabur secara besar besaran serta penutupan pejabat atau syarikat bertaraf Dunia . Semuanya kerana kesalahan kamu kerana ajenda kamu adalah dendam kesumat dan bukan untuk kamajuan negara melainkan hanya untuk memuaskan hati dan memenuhi nafsu syaitan kamu saja.
Itu saja yang kamu .berjaya lakukan untuk negara dan nyaris nyaris 'tengkok" YDPA yang cuba kamu "panggang" melalui menandatangani perjanjian ICERD telah digagalkan.olih UMNO dan Melayu.
Adakah kamu fikir Raja Raja Melayu dan orang Melayu UMNO akan lupa akan peristiwa itu?iaitu percubaan kamu _Geng Pakatan Harapan dan Mahathir" dalam menjerat Raja Raja Melayu dengan ICERD?
Seperti yang saya tuliskan sebelum entry ini..kehadiran diri kamu berserta pemfitnah dibumi Melayu ini, inshaallah, pada PRU 15 ini , ini adalah tanda tanda sebagai "satu pengakhiran" yang amat memalukan yang akan diingati olih setiap jiwa Melayu dibumi Tanah Melayu ini.
Inshaallah anak cucu dan cicit kamu bakal mengenang kamu sebagai orang orang yang rugi serta manusia yang tidak mengenang budi.
Allahhuakbar.
Cahaya Al Majid.
.
No comments:
Post a Comment