Monday, 17 October 2022

THE PROMISED LAND: UMNO !!!TOLONG JANGAN SUAP NAMA ISMAIL SABRI KEMULUT YDPA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Cukup cukuplah 12 bulan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. 

Cukuplah jangan diulangi lagi kesilapan bodoh yang telah dilakukan Mahiaddin, walaupun kita tahu bahawa keberadaan Ismail Sabri dipileh sebagai PM adalah untuk kepentingan Bersatu atau PPBM dalam memandangkan hayat politik Mahiaddin.

Cuba perhatikan ada tak apa apa yang berjaya diperjuangkan olih Ismail Sabri  selama 12 bulan dia sebagai PM?

Apa yang telah berjaya dilakukan olih beliau secara peribadi??

Peguam Negara lantikan Mahiaddin pun tak mampu digantikan.

Sepatutnya segala kepincangan serta salah laku sekiranya ada dizaman PH mahupun diera 17 PN Mahiaddin diambil tindakan segera bagi meyakinkan rakyat tetapi semua itu tidak berlaku. 

Apa yang terjadi hanyalah melangsungkan kegagalan 22.bulan dari Mahathir dan meneruskan legasi kehancuran Ekonomi 17 bulan yang dicipta dari Kerajaan Mahiaddin.

Kebergantungan kestabilan kedudukan jawatan PM Ismail Sabri pula terpaksa digalang ganti dari pihak Pembangkang melalui Perjanjian CSA nya.

Apa ke jadahnya jawatan PM.ditangan tetapi seperti 'melukut ditepi gantang'.

Sepatutnya Ismail Sabri tidak perlu tunduk kepada Kem PN.yang diketuai olih Mahiaddin yang berada didalam Kabinet. 

Ismail Sabri sepatutnya tegas dalam menjunjung sumpah yang  diamanahkan kepada beliau olih YDPA. Tetapi semua.itu tidak berlaku.

Legasi dapatan SPRM yang mengatakan bahawa suami Governor Bank Negara dan anaknya terima RM715 juta dari Jho Low tidak diambil tindakan segera begitu.juga dengan dapatan SPRM.melalui rakan syrategik penyiasatan Polis.Singapura.yang mengatakan bahawa bekas Menteri Kewangan iaitu Tan Sri Nor Yaakub menerima RM85 juta dari Jho Low pun tidak diambil tindakan.

Bukankah sepatutnya Ismail Sabri selaku PM wajib mengarahkan agar semua kepincangan dalam Sistem keadilan serta pendakwaan ini diutamakan demi keadilan yang mahu ditegakkan.

Tetapi disebabkan lemahnya Ismail Sabri atau takutnya beliau akan kehilangan  sokongan dari Perikataan Nasional yang membolihkan beliau berjawatan Perdana Menteri maka semua keadaan kelemahan perundangan dilihat dibiarkan tanpa pembetulan. 

Makanya rakyat menilai bahawa Ismail Sabri hanyalah penyambung legasi kegagalan yang ditinggalkan Mahathir selama 22 bulan dibawah Pakatan Harapan dan kegagalan 17.bulan dibawah Mahiaddin atau Perikataan Nasional.

Cuba bayangkan sekiranya 12.Ahli.Kabinet nya tidak menghantar surat kepada YDPA tentang isu pembubarkan Parlimen.yang didakwa mereka akan diadakan diwaktu banjir,. adakah Ismail Sabri akan menasihati YDPA untuk pembubaran tersebut?

Kami tidak menyalahkan Ismail Sabri apabila ramai Ketua Bahagian UMNO yang masih mencalonkan beliau untuk meneruskan jawatan PM sekarang tetapi UMNO perlu lihat dan memikir dalam dalamnya, adakah Ismail Sabri berkaliber untuk memimpin dan memulihkan ekonomi negara?

Apakah kejayaan beliau sebelum ini diwaktu beliau menjawat jawatan Menteri diera BN berkuasa? Adakah pencapaian beliau outstanding atau so so saja??

Selama.12 bulan dia sebagai PM.tak.nampak satupun buah fikirannya yang dapat diterjemahkan kepada rakyat.untuk dijadikan renungan dan difikirkan.

Kepada UMNO cukup cukup lah "menyuap kata bengong kamu" terhadap YDPA,.yang masih mahukan Ismail Sabri sebagai PM .

Inshaallah, YDPA akan menimbang dan memilih salah seorang yang terbaik dari kalangan pemimpin tertinggi kamu, yang dirasakan.olih Baginda bolih membawa dan membimbing negara ini untuk keluar dari kesesakan ekonomi sekarang .

Wahai Ahli dan Pemimpin UMNO, tentukan kamu memenangi PRU 15 ini dahulu,. jangan banyak cekadak!!!

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment