Saturday 21 September 2013

AAI...ADO JUGAK KOBAU KOBAU YANG NAK LANGGAR WARIGH...DEN.......


SEBELUM PRU 13 SAYA DAH KATA KJ AKAN JADI MENTERI.
NIKAN PULA ADA YANG NAK BUAT 'GEMPAK'
TENGOK DULU KIRI DAN KANAN
JANGAN MAIN LANGGAR JE..IKUT SUKA 

Assalammualaikum

Sahih!!! Konpom!!! ada ramai  calon nak menentang KJ. Salah seorang adalah anak kepada bekas Menteri Besar Kedah iaitu Sanusi Junid dan seorang lagi tu, 'bersumpah sumpah bagai'. Kalau nak tahu sumpah orang macam tu..tidak kemana...esok lusa..lupalah sumpah tu bila 'dah dapat 'signal', "standard' lah..ahli Cap UMNO.

Sedarkah mereka bahawa ketua pergerakannya  baru saja dilantik jadi Menteri dan 'manual' tugasan pun belum habis dibaca lagi dah  ada pula 'tungau'  yang sengaja nak buat gatal pulak . Kerusi ompok  yang diberikan olih Najib di KBS tu pun belum panas lagi dah  ada pula 'anjing' nak menyalak '. Kalau macam nilah 'etika'  dan budaya perjuangan Pemuda  Cap UMNO sampai bilapun tidak berkesudahan dan kalau pun parti Cap UMNO terlungkuppun masih tak akan 'tenang'. 

Kalau iaiyapun dah tak suka dengan KJ tu, tak usahlah  'jual' sumpah-sumpah , takut-takut nanti termakan sumpah baru padan muka. Buat pengetahuan  'calon' yang nak tunjuk lagak  'Melayu' terlebih Melayu tu, eloklah 'cermin' sikit muka tu.

Untuk pengetahuan semua, KJ akan berada dikedudukanya untuk tempoh yang lama, dan KJ akan sampai ketahap yang tidak kau orang jangka, walaupun, musuh 'berkeliling'. Watak ni dah lama saya 'jaga" olih itu..janganlah mengidam 'buah pahit yang tidak mampu kau telan'. Berangan pun jangan!! Faham...

                                     

                                                ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Penentang gelar KJ “Bangla” kerana tidak bersekolah di Malaysia

Penentang Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia itu, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu "ibarat Bangla", merujuk kepada warga Bangladesh.

Beliau mengakui mempunyai kelebihan kerana bersekolah di dalam negara dan berkata, hanya mereka yang membesar dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.

"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam Bangla datang, umur 20 tahun datang Malaysia, hendak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tidak pernah bersekolah di Malaysia pun.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Syed Rosli berkata, kelebihan belajar dan merasai suasana dalam negara adalah kelebihan yang dimilikinya, sekaligus mampu membawa suara akar umbi parti ke peringkat lebih tinggi.

"Saya membesar di Malaysia saya susah di Malaysia, jadi saya memahami apa masalah di akar umbi.

"Khairy memang ada kelebihan tetapi beliau gagal untuk memahami masalah apa gunanya kamu belajar tinggi?" katanya.

Syed Rosli adalah antara calon yang akan menentang Khairy dalam pemilihan Umno kali ini.

Selain beliau, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi turut menghantar borang pencalonan menentang Khairy secara rasmi hari ini.

Syed Rosli turut mengangkat sumpah laknat di ruangan pencalonan sekaligus mencetuskan sedikit kekecohan.

"Saya dengan ini bersumpah laknat untuk tidak mengamalkan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa.

"Saya berjanji akan menjadi seorang pemimpin yang bersih jika diberi peluang memimpin Pemuda Umno," katanya. - 21 September, 2013.

No comments:

Post a Comment