Friday 20 September 2013

SAMAKAH PERJUANGAN DR AZAHARI DAN NORDIN MAT TOP DENGAN CHIN PENG??



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Apa saja isu yang tidak menyebelahi  kepentingan kaum Cina akan di'cop' sebagai 'perkauman' olih mereka.. Penghalangan"abu mayat' Chin Peng yang tidak dibenarkan dibawa ke negara ini juga disifatkan sebagai  'perkauman' . Inilah mentaliti kaum Cina sedari dulu hingga kini walaupun mereka berwajah  Barisan Nasional tetapi hati tetap 'DAP".
 Kepentingan Cina tetap ajenda utama. 

MCA kena buka minda dalam  soal  mengebumikan 'abu mayat Chin Peng' dibumi ini.  Bukan kerana  isu 'perkauman' seperti yang difikir  olih MCA tetapi lebih menjurus kepada 'hak kerakyatan' seseorang, tambahan pula Chin Peng merupakan 'Ketua Parti Komunis Malaya dan telah lari meninggalkan Malaysia berpuluh tahun walaupun dia mendakwa dilahirkan disini . Adakah kita akan mengiktiraf 'pengkhianat' negara untuk diberikan 'keistemewaan"?

Walaupun beberapa Jeneral negara gajah putih menganggap beliau sebagai 'pejuang kemerdekaan' tetapi kepada rakyat Malaysia beliau adalah 'penentang kuasa Raja Raja Melayu"serta "pembunuh anak-anak Melayu"

Perjuangan yang berasaskan penentangan  dan peperangan terhadap  Kerajaan Berdaulat Malaysia yang dibarisi olih Angkatan Tentera  serta Polis DiRaja Malaysia telah meninggalkan seribu 'igauan ngeri' kepada  setiap denyut rakyat Malaysia . Berpuluh tahun anak anak Melayu dikerahkan kedalam hutan untuk menentang  komunis pimpinan Chin Peng dan beribu anak Melayu gugur diperbatasan dan tidak kurang juga yang mengalami kecacatan kekal. Bolihkah 'kpembunuhan ' yang dilakukan terhadap anggota tentera dan polis yang terdiri dari anak-anak  Melayu ini 'dimaafkan'  kesalahanya?

Cuba tanya MCA berapa ramai anak bangsanya yang mati diperbatasan  yang berjuang atas nama 'Tentera' atau 'Polis" yang mati atau cedera  bagi  menentang keganasan komunis pimpinan Chin Peng ? Sedarkah MCA bahawa majoriti pengikut komunis yang menentang dan membunuh anggota tentera dan anggota Polis Malaysia  adalah  terdiri dari kaum mereka? Masihkah MCA ingin menafikan 'hakikat' ini?

Tanya kepada MCA , kaum siapakah yang paling banyak membiayai  pergerakan ' komunis'? dan kaum siapakah yang paling banyak membantu memberi 'sumbangan dalam bentuk 'makanan' kepada petualang negara ini? Sebenarnya kita tidak mahu lagi mengungkit perkara yang sudah berlalu  tetapi semakin Melayu berdiam diri semakin lantang pula suara  kaum Cina 'menekan' orang Melayu ibarat 'menghiris tangan dengan sembilu".

Kini MCA ingin mempertikaikan pula kenapa jenazah Dr Azahari dan  Nordin Md Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia? Sedarkah MCA bahawa kedua-dua 'yang dicop' sebagai militan Islam itu adalah rakyat Malaysia yang disahkan 'kerakyatan'nya. Olih itu tiada siapa bolih menafikan 'hak' untuk keluarga mereka mengkebumikan mayat mereka  disini. Tambah pula Dr Azahari dan Nordin Md Top bukanlah ancaman besar kepada negara  seperti Chin Peng?

 Belum ada sejarah tercatat mengatakan Dr Azahari dan Nordin Md Top melancarkan perang gerila terhadap tentera Malaysia  ataupun Polis dan belum ada lagi anggota tentera  atau Polis Malaysia yang mati dibunuh olih kedua mereka. Olih itu adakah sama tarafnya diantara mereka dengan Chin Peng?

Cuba tanya MCA sudah berapa ramai orang Cina yang mati dibunuh olih Dr Azahari dan Nordin Mad Top? dan sudah berapa banyak rumah rumah kedai atau gedung -gedung perniagaan milik Cina yang pernah dibom olih mereka berdua? dan sudah berapa ramai jutawan Cina yang pernah di'tawan' atau dibunuh  olih mereka ini??

Olih itu kewajaran untuk mengaitkan kedudukan'  Dr Azahari dan Nordin Md Top dengan Chin Peng adalah berbeza dari banyak sudut dan tidak bolih dijadikan 'alasan' untuk menghalalkan 'abu mayat' Chin Peng untuk disemadikan dibumi  ini.  Chin Peng tidak pernah berpegang kepada perpatah  berbunyi ' dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung" tetapi sebaliknya Chin Peng hanya berpegang kepada 'dimana bumi dipijak disitu Melayu dipancung".

Olih itu kami sebagai anak Melayu yang terkesan dengan perbuatan Chin Peng menyokong penuh kata-kata Perdana Menteri yang tidak mengizinkan aby mayat Chinj Peng dibawa kesini untuk disemadikan kerana 'bumi Malaysia' telah mengharamkan 'manusia bernama 'CHIN PENG'. 

                    Kalau MCA masih lagi membising saya kata ' GO TO HELL'

                                                                   Sekian.
                                            Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Open door to Chin Peng’s ashes since Malay terrorists also buried here, says MCA




No comments:

Post a Comment