Thursday 19 September 2013

RENUNGAN JUMAAT :MELAYU SANGGUP BERKORBAN HARTA KERANA IBADAH KORBAN TETAPI SANGGUPKAH MELAYU MENGORBANKAN 'KALIMAH ALLAH' UNTUK DIJADIKAN KORBAN UNTUK KRISTIAN??

SEMPENA HARI RAYA KORBAN INI  ORANG MELAYU  BERSENANG HATI
MELAKUKAN IBADAH KORBAN  YANG MENJADI TUNTUTAN AGAMA
TETAPI SANGGUPKAH KITA MENGORBAN 'KALIMAH ALLAH'
SEMATA-MATA HENDAK DISAMAKAN DENGAN TUHAN TRINITI KRISTIAN?
TANPA MELAKUKAN APA-APA????
                                                 Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

 Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."QS 31:13.


Hari Raya Haji dikenali juga sebagai 'hari raya korban'.  Dan dimusim ini jugalah berduyun-duyun umat Islam yang berada atau yang sewaktu dengannya 'membelanjakan' wang ringgit semata-mata ingin menunaikan ibadah seperti yang dituntut didalam agama kita.

 Didalam kegairahan  umat Islam di Malaysia untuk menyambut hari tersebut, perlu kita ingatkan bahawa  isu ' kalimah Allah"  masih lagi belum diputuskan dan kini menunggu penghakiman  dari Mahkamah diPuterajaya .

Apa yang dapat dilihat, tiada pergerakan langsung samaada dari Parti Politik mahupun NGO Islam  dan bersuara tentang isu ini seolah-olah mengambarkan bahawa 'kalimah Allah" tidak penting dan bukan keutamaan untuk diperjuangkan masa ini sedangkan pihak yang menuntut (Kristian) telah mencanangkan kepenggunaanya terutama baru-baru ini di Pulau Pinang. Haruskan kita diamkan 'pencabulan' ini?.

Untuk menyandarkan harapan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk sama-sama kita mempertahankan 'kalimah Allah ' ini nampaknya bukan lagi 'ajenda' mereka,  tambahan pula kini PAS telah menjadi  terlebih  'liberal' dari UMNO . Untuk mengharapkan PKR untuk menunjangi atau menjadi 'benteng' utama pertahanan  isu 'kalimah Allah" dimana Anwar Ibrahim bertindak sebagai 'Khalifah'nya yang juga merupakan 'ilmuan Islam;' seperti yang dia dakwa , sememangnya  tidak bolih diharap ibarat 'jauh panggang dari api", kata, pepatah Melayu Untuk itu bagi umat Islam atau bangsa Melayu untuk menaruh harapan  yang  menggunung tinggi kepada kedua orang  Pemimpin Parti  'yang didakwa' bertaraf 'khalifah" ini sememangnya tidak bolihlah diharapkan.

Ada juga sosek-sosek suara mengatakan bahawa parti Cap UMNO ini bolih  diharapkan untuk dijadikan  'benteng' pertahanan untuk  'kalimah Allah" namun sehingga kini  masih belum lagi kedengaran suara-suara pemimpinnya, samada Pemuda ke, Wanita ke, Puteri Ke atau UMNO sendiri , semuanya senyap sunyi . Yang  dihebohkan ialah hal pemilihan puaknya  , siapa bakal berkuasa dan siapa patut  memegang kuasa , yang lain  bukan keutamaan masa ini. Hal parti melebihi 'segalanya' walaupun 'kalimah Islam' berkedudukan digelinciran . Walaupun  isu ini berpunca dari kelemahanan  kepemimpin parti Cap UMNO yang 'bacul'.

Hanya yang lantang bersuara sewaktu 'kes' ini dibentangkan di mahkamah ialah PERKASA. Alhamdullilah , sekurang-kurangnya masih ada juga Pertubuhan yang berasaskan Melayu yang ambil berat dan  perihatin dengan 'isu' ini. 

Ingin saya bertanya, dimana suara-suara Imam Imam  di Malaysia, dimana suara Ustaz-Ustaz, dimana suara Ahli Ahli Jemaah Mesjid dan Surau di Malaysia, dimana suara-suara Tok Guru Pondok, dimana suara Penuntut Unversiti, Penuntut Kolej, dimana suara cendekiawan Melayu, dimana suara Guru-Guru Melayu, dimana suara Bekas Tentera dan Polis Melayu, dimana suara bekas-bekas Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat Melayu, dimana suara Persatuan Usahawan Melayu serta dimana suara Raja-Raja Melayu dan Kerabatnya??? Kenapa semua 'terkatup mulut' dan 'terikat tangan' serta 'terpasung kaki' didalam mempertahankan 'kalimah Allah". Tidakkah mereka sedar bahawa 'kalimah Allah" akan  dikorbankan atas nama 'undang-undang Manusia' Sedarkah mereka bahawa malapetaka  ini  berakibat  dari kelalaian manusia  yang diberi kuasa sekaligus akan menyebabkan  Islam dan Melayu  akan 'terkorban maruah dan bangsa' apabila keputusan ini tidak menyebelahi umat Islam. 

Sanggupkah tuan tuan mendengarkan nama Allah disebut didalam Gereja dengan menggunakan 'tanda salib"? Sanggupkah tuan puan mendengarkan 'air suci' yang akan diminum olih pengikut Kristian disebut dengan nama Allah berserta tanda salib? Sanggupkah tuan tuan tengok Al Kitab ditulis dengan abjad Allah berlambangkan "salib" dihadapan muka buku? Sanggupkah tuan tuan mendengarkan  apabila rakan tuan tuan mengaku Tuhanya  adalah  Allah sambil memakai salib dilehernya? Sanggupkah kita mendengar ungkapan mengatakan bahawa Allah itu "tiga dalam satu"? Sanggupkah??????

Kepada tuan tuan dan puan-puan, sempena Hari Jumaat yang berkat ini, saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat Malaysia yang beragama Islam agar dapat bersatu bersama-sama mempertahankan 'kalimah Allah" ini dari di'korban'kan olih undang-undang manusia olih Gereja Kristian . 

Dan sesungguhnya 'kalimah Allah" adalah 'maruah dan mertabat' umat Islam di Malaysia.Olih itu marilah kita gerakan 'silatulrahim' yang mengikat ini demi Islam yang kita junjung.


                                              Bismillah                             
          Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

                                                  A001
        Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

                                                           A002
         "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

                                                  A003
                           "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

                                       A004
                        "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

                                                 ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Umat Islam tiada pilihan melainkan menolak sekeras kerasnya Kalimah Allah (swt) diguna oleh kafir utk merujuk tuhan tuhan dan ilah ilah mrk yg berbagai bagai dan berbilang bilang, atau terlibat sama meredhai, menyetujui dan menyokong kemusyrikan, na'uzubillah !

    ReplyDelete