Friday 18 February 2022

THE PROMISED LAND: DULU MAHATHIR KATA NEGARA NAK BENGKRAP! KINI MAHIADDIN KATA KEWANGAN NEGARA BERMASAALAH.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dulu sewaktu PRU 14 Mahathir atau Bersatu serta semua hulubalang Pakatan Harapan termasuk lah Mahiaddin  mengaku bahawa negara dah nak bengkrap kerana hutang negara telah melebihi RM1 Trillion yang dibuat dizaman Barisan Nasional yang diterajui olih Najib sebagai PM ketika itu 

Kini, irama yang serupa tetap dimainkan olih Mahiaddin. 

Dalam kempen PRN di Johor, Mahiaddin tetap melagukan perkara yang sama dan dia mengatakan bahawa KEWANGAN NEGARA  berada pada keadaan tidak molek atau bahasa kasarnya bermaksud " kewangan negara bermasaalah. 

Maklumat ini beliau perolehi dari Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul iaitu orang yang beliau lantik kejawatan tersebut. Mengikut dari apa yang dikata, kedudukan kewangan yang dilapor olih Kerajaan Ismail Sabri tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Peergh... Mahiaddin...

Kecut lagi perut pelabur luar yang nak melabur mahupun berniaga dengan dinegara kita!!! 

Atau Mahiaddin nak sabotaj Kerajaan Ismail Sabri?

Apa yang diucapkan Mahiaddin seakan akan mahu menakut nakutkan rakyat tentang keadaan ekonomi negara.

22 bulan Mahathir dan Pakatan Harapan memerintah ditambah dengan 17 bulan Mahiaddin sebagai PM adakah ekonomi negara berada pada keadaan baik?

Hutang yang diwarisi dari Kerajaan BN selepas PRU 14 hanya berjumlah RM686 billion saja tetapi selepas Mahathir berkuasa selama 22 bulan dan Mahiaddin 17.bulan kenapa hutang negara melangit ketahap RM 1 Trillion?

Apa yang dibelanjakan olih Mahathir pengerusi Pakatan Harapan dan Mahiaddin selaku PM dari PN buat, sehingga berbelanja hampir RM350 billion dalam tempoh lebih kurang 39.bulan? 

Sifir mudah BN 62 Tahun memerintah hutang negara hanya RM686.bilion tetapi diera Mahathir dan Mahiaddin 39 bulan saja hutang yang ditambah adalah RM350 billion.

Jadi siapa cekap siapa boros.ni ?

Siapa sebenarnya yang tak berkeboloehan ni?

Mahathir 22.bulan dan Mahiaddin 17 bulan hutang dibuat RM350 billion

BN/ UMNO 62 Tahun RM 686 billion.

Nampaknya laluan untuk pembubaran Parlimen bagi mengadakan PRU 15 dan semakin nyata dan Ismail Sabri tidak lagi mempunyai pilihan.

Cahaya Al Majid.







No comments:

Post a Comment