Wednesday 16 February 2022

THE PROMISED LAND: JOHOR NAK PERCAYA CAKAP SIAPA?

Bismillahhirrahmannirrahim.

PRN Johor telah menjadi medan pertembungan antara beberapa Parti Politik. 

Kini pemimpin pemimpin utama parti politik telah menyuarakan hasrat masing masing untuk membentuk Kerajaan baru di Johor samaada melalui ucapan President parti masing masing mahupun melalui calon MB yang bakal mereka nobatkan.

PEJUANG - MAHATHIR

Pengerusi Pejuang yang masih "semput jantung" dan bakal berulang alik ke IJN telah menyuarakan hasrat hatinya.

Mahathir mahukan warga Johor menolak BN mahupun UMNO yang didakwanya bahawa pembubaran DUN Johor adalah bertujuan untuk menyelamatkan 'kluster mahkamah'. 

Katanya" melalui kemenangan BN atau UMNO di Johor" kluster Mahkamah bakal diselamatkan". 

Adakah kemenangan BN diJohor yang bakal menobatkan MB dari UMNO itu berupaya untuk mempengaruhi Hakim di Mahkamah agar melepaskan "kluster Mahkamah' tanpa melalui pembicaraan?

Sebenarnya inilah pandangan Mahathir yang paling "ngang" yang keluar dari mulut Mahathir setelah keluar dari IJN dalam cubaan untuk menyakinkan orang Johor untuk menolak BN atau UMNO. 

Mukriz selalu Presiden Pejuang telah berjanji untuk menjadikan ungkapan "caring" sebagai motto pemerintahan sekiranya berjaya membentuk Kerajaan di Johor.

Hahahaha 😂😂🤣😂 gelak kejap!!!

Sewaktu jadi MB Kedah pun tak duduk di Kedah inikan nak jadikan Johor sebagai Kerajaan caring!!!

Ingatlah warga Johor..yang berjaya dilakukan Mahathir sewaktu 22 bulan jadi PM dibawah Pakatan Harapan.. hutang negara ditambah berlipat kali ganda, dan ekonomi Johor merudum selepas PRU 14.

Sedarlah wahai marhean Johor sewaktu 22 bulan MAHATHIR memerintah bersamanya adalah watak watak yang sama juga didalam pertembungan di Johor ini hanya mereka menggunakan jenama yang berlainan saja. 

Mereka yang sama berada didalam PH dahulu adalah Mahathir dan Mukhriz, Mahiaddin, Azmin Ali, Anwar Ibrahim,Mat Sabu and the Gang, Lim Guan Eng dan keseluruhan warga DAP, Warisan dan Shafei Afdal dan watak.ini jugalah yang berjanji bulan dan bintang kepada rakyat Malaysia terutama pelajar University yang dijaniikan penghapusan hutang PTPTN dan bermacam macam lagi.

Yang berjaya dilakukan hanyalah mengheret Geng UMNO ke Mahkamah dan melepaskan Geng Pakatan Harapan dari didakwa di Mahkamah dan melantik "badut" PKR dan DAP dalam mengetuai Badan Kehakiman, SPRM dan AG chambers demi melunaskan niat.

PERIKATAN NASIONAL  - MAHIADDIN & HJ HADI.

Alasan yang diutarakan sama juga macam Mahathir atau Bersatu iaitu untuk "mengekang kluster Mahkamah'. 

Tetapi PN lupa bahawa kuasa yang mahu digarap adalah di Johor dan bukan Pusat dan tujuan PRN ini adalah untuk memileh Wakil Rakyat untuk DUN Negeri Johor.

Nampaknya kemaslahatan kehidupan orang orang diJohor bukanlah keutamaan mereka untuk dibela melainkan semata mata mahu melempiaskan nafsu dendam dalam diri dengan menggunakan orang Johor untuk merealisasikan dendam kesumat. 

PAKATAN HARAPAN :- DAP/PAN/MUDA

- LIM GUAN ENG 

-MAT SABU.

-SYED SADEK.

Alasan yang digunakan sama juga dengan alasan bekas rakan kongsinya iaitu Mahathir. Ketika itu mereka semua duduk sebumbungn dibawah lambang PKR tetapi memperkenalkan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan sewaktu PRU 14.

Kalau dahulu mereka menggunakan lambang PKR sebagai wadah perjuangan buat menambat hati rakyat tetapi kali ini DAP, PAN dan anggota terbarunya iaitu Muda yang berpresidenkan Syed Sadik juga menggunakan lambang Pakatan Harapan sebagai taruhan.

Yang terpisah kini dan menggunakan logo sendiri hanyalah PKR, walaupun mereka masih sebahagian dari Pakatan Harapan tetapi lagu yang didendang buat rakyat Johor juga menggunakan alasan yang sama.

Kalau di Melaka PKR merjerat diri sendiri kerana menawarkan Jawatan Ketua Menteri kepada Idris Harun dari UMNO bagi menumbangkan Ketua Menteri sedia.ada namun kegopohan mereka telah memakan PKR sendiri. 

Hanyut kelompok PH di Melaka dengan DAP hilang beberapa kerusi dikubu kuatnya manakala PAN menang satu kerusi dan PKR pula lebur semua.kerusi.

PKR  ANWAR IBRAHIM.

Same old story. Refomasi! Refomasi dan Refomasi. Tiada ajenda jelas.

WARISAN :. SHAFEI AFDAL.

Parti yang ditubuhkan untuk mengangkat Shafei Afdal  dan suku.kaum sendiri di Sabah, akhirnya dikalahkan olih jenama UMNO. 

Hanya berbekalkan nama Shafei Afdal untuk didendang di Semenanjung setelah Parti Warisan kecundang di Negeri sendiri kini bernafsu besar untuk membeli keyakinan orang Semenanjung pula.

Hilang Wang pertaruhan adalah pasti buat Parti ini.

Walauapapun tiada satupun ungkapan dari Pejuang, PKR, DAP, PAN, Muda, PPBM, PAS mahupun Warisan dalam menyerang parti yang pernah sebumbung iaitu dalam Pakatan Harapan. 

Jelas apa yang dapat dilihat perjuangan mereka hanyalah untuk menumbangkan UMNO dan BN saja, dan bukan untuk membantu rakyat Johor.

Kenang kembali apa nasib rakyat selepas BN tidak menjadi Kerajaan selepas  PRU 14. 

Apa jadi kepada ekonomi?

Apa jadi kepada nasib rakyat?

Apa jadi kepada pelabur luar?

Berapa puluh billion hutang dijana sewaktu kelompok PH/ PN memerintah?

Dan berapa billion pula nilai harta negara diluar negara telah dilelong?

Dan berapa billion pula nilai saham di Bursa Saham menjunam selepas Mahathir atau PH memerintah?

Adakah Presiden Parti dalam Pakatan Harapan sepakat dalam isu memerintah?

Curiga mencurigai sesama mereka timbul dan akhirnya terjadinya perletakkan jawatan Mahathir sebagai PM.

Apabila Gerakan Sheraton yang diketuai olih Mahiaddin dan Azmin Ali berlaku dengan modal scheme of thing beberapa pemimpin UMNO dan PAS sanggup menggadaikan maruah demi menyelamatkan dosa masing masing. Tetapi akhirnya semua runtuh apabila gila dunia mulai merobek keimanan masing masing waima lebai lebai pun sama juga.

Kesudahanya semua berantakan sesama sendiri kerana acuan Parti Parti berlainan pegangan serta mempunyai ajenda masing masing samaada untuk peribadi ataupun kepentingan ramai, hanya Tuhan saja yang tahu matlamatnya.

Cahaya Al Majid.















No comments:

Post a Comment